AWAS Mahathir.... you're next!!!!!!! real soon

Bermula dari Suharto, kemudian Estrada dan yang terbaru pula Gus Dur. Semuanya mampu disingkirkan lantaran desakan suara rakyat melalui wakil wakil Parlimen yang mereka lantik. Syabas kepada rakyat khasnya dan wakil wakil Parlimen negara negara berkenaan umumnya kerana telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bijaksana. Semoga ianya menjadi teladan dan pengiktibaran kepada rakyat dan wakil wakil yang terpilih di Malaysia ini bagi melaksanakan tanggungjawab terhadap amanah yang di pertanggungjawaban ke atas bahu mereka, oleh rakyat yang mahukan kesejahteraan dan keadilan dikembalikan semula mengikut lunas lunas perlembagaan dan bukan atas kehendak pemimpin secara diktator. Tahniah juga kepada Polis dan Tentera negara berkenaan yang bersikap professional, tidak gentar dan terikut ikut dengan gelagat pemimpin rakus mereka. Semoga menjadi bahan muhasabah diri untuk Polis dan Tentera negara ini.

Persoalannya sekarang, adakah wakil wakil rakyat di Malaysia tercinta ini ada mempunyai iltizam dan kejantanan ke arah itu?. Seantero dunia telah tahu bahawa semua wakil wakil rakyat di Malaysia ini kebanyakannya pengecut dan bacul, tidak amanah dan yang paling hina ialah kaki rasuah terbilang.

Apakah rakyat boleh mengharapkan kejadian dan peristiwa terbaru yang berlaku di Negara berkenaan akan menjadi satu realiti?.

Alangkah malunya kami rakyat Malaysia yang tercinta ini kerana mempunyai wakil wakil rakyat yang terang terang bacul dan pengecut. Memang tidak ada apa yang boleh diharapkan dari mereka mereka ini. Tunggulah sampai kucing bertanduk atau bulan terbit di tengah hari, mereka lebih lebih lagi tuan speaker yang kononnya faham erti amanah kepada rakyat, tak akan berani bertindak untuk menyingkir siPM terkutuk yang pernah dipunyai oleh negara.

Mereka ini seolah olah telah mengisytiharkan sikap "berkerat rotan" terhadap rakyat dan tidak hairanlah apa jua rintihan dan keluhan rakyat akan dibakul sampahkan sahaja. Jika teruk lagi, tangkap dan perosokkan dalam penjara tanpa bicara. Dan tidak mustahil akan timbul peristiwa seumpama "Perigi Buaya" jika ini berterusan sebagai pendekatan si pemerintah menangani kebangkitan rakyat.

Jadi apa pilihan yang rakyat ada?

Adalah disarankan agar digembelingkan satu tindakan yang lebih tersusun dan berkesan bagi menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat. Antaranya :

Pertama- Menjadikan matlamat satu kepala- dua maklumat disebarkan dalam seminggu dengan syarat maklumat maklumat tersebut biarlah berkaitan dengan penyelewengan, salah guna kuasa pemerintah terhadap harta dan wang negara atau rakyat. Bersandarkan fakta benar benar sahih dan tepat tanpa boleh dicabar akan kebenarannya. Yakinlah bahawa semua rakyat dah tak percaya akan apa juga yang diperkatakan oleh Mahathir dan Kuncu kuncu hapraknya. Tengoklah temberang dia yang baru, kununnya... apa nama tu... bailout Renong, nak selamatkan pekerja. Piiirahhhh!!!! kenapa masa mula mula buat privatisation dulu tak fikir semua itu, pekerja estet kenapa tak dibela? dasar lidah pembelit, siapa yang nak percaya. Kesian pun ada dengan si nyanyuk ni, tak ubah macam budak si gembala kambing yang tersohor ceritanya suka menipu bila bercakap. Biar sedikit informasi tersebar asalkan ianya tepat dan bertaut pada bukti yang kukuh dan betul. Skandal skandal yang tepat yang dilakukan oleh wakil wakil rakyat yang tidak bersifat peribadi akan lebih meyakinkan rakyat. Salah laku ketua bahagian dan cawangan, berlambak boleh diketengahkan.

Kedua- Tingkatkan kesedaran dan kempen memboikot media cetak dan elektronik mereka. Kemudahan email adalah cara yang paling berkesan dan tepat sampai kepada rakyat. Sebaran melalui pos dan courier juga amat berkesan dan cepat.

Ketiga- Beri tekanan psikologi oleh setiap rakyat terhadap semua wakil wakil rakyat mereka. Kalau perlu, boikot semua program program mereka. Lagipun kesemua program mereka kebelakangan ini amat mudah dimengertikan akan maksud dan tujuannya. Upacara perasmian bangunan bangunan sekolah merupakan salah satu acara yang mereka intai intai sekarang ini. Maka itu pasal tak menghairankan bila terjadi satu sekolah atau Universiti dah dirasmi punya lama dulu , tup tup akan dirasmi lagi!!!. Mereka tutup peluang ceramah, tak apa. Kita pula tutup ruang dan tapak untuk mereka bersandiwara. Dalam masa yang sama beri tekanan psikologi terhadap kaum keluarga mereka yang masih mempertahankan mereka. Berapa ramai mereka nak paksa paksa kakitangan awam, apakah dengan tidak menghadirkan diri ke majlis majlis mereka boleh dihukum mati? haei mana punya law haaa?. Ingat sikit, kita orang Islam, ada tata cara dan hak sebagai manusia. Kita adalah sebaik baik kejadian di muka bumi ini. Layanan cara kebinatangan terhadap kita sebagai manusia, wajib disanggah dan ditentang jika tidak, Dayus kita di sisi Allah s.w.t. Orang yang dayus takkan mencium bau syurga apatah lagi nak memasukinya. Lainlah kalau kita memang salah seorang dari mereka yang meniru si Abu Lahab dengan mempersendakan Syurga dan Neraka seperti siMufti Shuib laknattullah sekor tu. Dari kecik sampai ketua ni, tak pernah ku jumpa seorang yang mengaku Islam bertindak sedemikian rupa. Sombong dan bongkak betul puak puak ni. 

Keempat- Boikot sungguh sungguh terhadap kesemua perniagaan yang ada kaitan dengan unsur kronisme terutamanya perbankan, makanan makanan segera serta BERNAS yang tersohor mencekik darah rakyat. Pemaju perumahan yang didalangi oleh kronisme. Pusat peranginan terutama di Langkawi. Pengorbanan semua pihak amat perlu jika ingin realiti perubahan menjadi kenyataan. Pengorbanan merupakan kawah dan tungku sesuatu kejayaan

Kelima- Rakyat kena memainkan peranan tanpa ada rasa takut dan bersalah sebagai individu melahirkan protes melalui memek muka serta body language bagi menampakkan bahawa selera rakyat dah tak ada terhadap pemerintah yang ada terutamanya terhadap wakil wakil rakyat mereka. Antaranya menjuihkan bibir apa bila berdepan dengan mereka atau palingkan muka secara spontan atau elakkan untuk menghulur salam kepada mereka. Pakat semua pandang mereka atas bawah dengan sinis agar mereka merasa macam cacing kepanasan. Memang perbuatan itu nampak kurang manis, tapi apakah perbuatan mengkhianati dan melacurkan amanah rakyat, merupakan sesuatu perkara yang wajar disanjung dan perbuatan yang nampak manis?.

Ah!!!!! banyak lagi kena difikirkan dari mengharapkan tindakan dari wakil rakyat yang ada. Lagipun bagi wakil rakyat BN, mereka dah tahu bahawa inilah penggal terakhir untuk mereka, jadi apa lagi, pulun!!!! Pulun!!!!!! habih habih sementara ada chance ni. Kumpul bekal sebelum kena tendang!!!!!! Tak gitupun dah memang HAPRAK, alang alang HAPRAK biar sampai HAPAK!!!!!! SEHAPAKNYA!!!!!!!!

Pihak pimpinan BA pun, tolong tolonglah tengok tengok dan dengar sikit idea idea rakyat, cuba bincang dan saring. Manalah tahu untung untung idea rakyatlah yang mempercepatkan si malaun sekor dan kuncu kuncunya terpelanting dalam tempayan pekasam Sg buloh buat selama lamanya. Tanpa rakyat, takkan ada bergelar pemimpin, tanpa pemimpin tak karuanlah hidup rakyat. 

Pensil kayu

Jumlah pembaca:orang