Ceramah Dilarang, Berhimpun Ditegah, Mahkamah Ditelefon, Polis Dicucuk Hidung, ... Apa Lagi Untuk Demokrasi!!

Apa salahnya, apakah dosa para pemimpin pembangkang dan teruk sangatkah keselamatan dan keamanan negara ini, sehingga kerajaan pimpinan UMNO/BN yang berkepalakan Dr Mahathir al-kutty membuat pelbagai arahan mengGILA...melarang ceramah, melarang berhimpun, melarang pembangkang berhujah, bercakap, mengkritik dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia dalam sistem demokrasi. Menangkap, menahan, mendakwa, melokapkan dan memenjarakan para aktivis rakyat, pembangkang dan reformasi rakyat Malaysia. Menyekat media, menutup mulut rakyat, membisukan rakyat, intelek, pemikir dan pejuang rakyat yang mahukan sebuah perubahan lebih baik di bumi Malaysia. Sistem demokrasi menghalalkan semua itu, kecuali rakyat, para pemimpin pembangkang mengajak rakyat mengangkat senjata memerangi atau membuat negara menuju kebinasaan.

Parti-parti pembangkang dalam BA dan para pemimpinnya BUKAN hendak membangkitkan AMARAH rakyat. Tetapi untuk menyuntik dan membangunkan kesedaran rakyat Malaysia yang majmuk ini terhadap apa yang berlaku dalam negara ini. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan kronisme, sistem ekonomi yang pincang, sistem kehakiman yang tunggang langgang, sistem pentadbiran negara yang berkecamuk, sistem undang-undang yang terus dicabuli, keselamatan dan kebajikan rakyat marhaen yang dipijak, gejala demi gejala terus bersilih ganti dan sebagainya.

Isu-isu yang menekan kehidupan masyarakat, rakyat dan yang boleh membankrapkan sebuah kerajaan inilah yang hendak dijelaskan oleh para pemimpin BA supaya rakyat faham dan tahu. Dan memberi satu alternatif kepada rakyat bagi merubah sistem pemerintahan yang ada hari ini kepada sebuah sistem pemerintahan lebih baik di bawah kerajaan BA. Para pemimpin BA hanya bermodalkan air liur, lidah dan ceramah untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia.

Jadi, kenapa para pemimpin UMNO/BN yang berkepalakan Dr Mahathir al-kutty and kroni's ini tidak berani berhadapan secara lebih jantan. Sebaliknya mereka perkudakan POLIS, RTM, MEDIA PENGAMPU, KRONI, MAHKAMAH, HAKIM, SPR, JPN, pegawai tinggi kerajaan kaki ampu, pensyarah kaki ampu, korporat kaki ampu dan sebagainya untuk menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat Malaysia.

Kalau sudah semua ditegah dan dilarang, ceramah tangkap, berhimpun tangkap, hadir mahkamah tangkap, dakwa, ugut dan macam-macam lagi tindakan yang diluar adab dan etika yang dibenarkan dalam sistem demokrasi. Apa lagi yang tinggal untuk rakyat bersuara, berhimpun, bercakap, menulis dan mengkritik sebuah pemerintahan yang sudah tenat, sakit dan nazak. Sebuah kerajaan yang hampir lumpuh kerana kepimpinannya bergelumang dengan lumpur-lumpur rasuah, salah guna kuasa, salah guna harta rakyat, salah guna harta kerajaan, penyelewengan sana-sini, amalan kronisme melampau, kekayaan rakyat dan negara hanya berlegar di kalangan beberapa kerat rakyat Malaysia yang kaya raya sahaja dan pelbagai sistem dalam negara sudah diperkuda dan dicabuli semahu-mahunya oleh pimpinan UMNO/BN berketuakan Dr Mahathir al-kutty wal-nyanyuki.

Apabila semua sudah disekat, yang halal sudah diharamkan, yang haram jadi boleh, yang zalim dianggap baik, perompak, penyamun disanjungi dan dibela, dipertahankan. Amalan rasuah, salah guna kuasa dianggap amalan biasa masyarakat dan dianggap tidak salah. Pemimpin jahat, pembohong lagi zalim dianggap wira, pemimpin baik. Orang baik yang hendak menentang segala kejahatan dan penindasan terhadap rakyat marhaen dianggap orang jahat, agen asing, pembawa huru-hara dan sebagainya ditangkap, didakwa, diISAkan dan dipenjarakan. Inilah tanda-tanda kehancuran sebuah pemerintahan yang zalim lagi kejam.

Untuk menghadapi tribulasi dan tentangan keras lagi zalim dari penguasa zalim itu, rakyat tidak boleh lagi berdiam diri, rakyat Malaysia yang majmuk ini mesti bangkit dan bangun bersama para pemimpin pembangkang di Malaysia untuk menumbangkan parti kerajaan UMNO/BN pimpinan Dr Mahathir al-kutty pada pilihanraya 2004 akan datang, insya-Allah dengan kekuatan rakyat, yang diadun bersama para pemimpin BA yang ikhlas, jujur, telus, amanah, sabar, istiqamah dan dengan semangat serta keilmuan kita akan berjaya menumbangkan UMNO/BN dan memerintah Malaysia ke arah kerajaan lebik baik dan adil.

Sekian.
Ibn Sabah, 26.7.2001M

Jumlah pembaca:orang