Mahathir Ketua "Black MeNtal"

Kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai kumpulan Black Metal yang didalangi oleh Pakcik Paku, Pakcik Pahat dan Pakcik Hammer yang kegiatan mereka dilaporkan sebagai mempersendakan agama dan lain-lain perkara pelik. Tindakan segera telah diambil oleh pihak berkuasa untuk membendung kegiatan itu demi kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun, sedarkah kita tentang kewujudan kumpulan 'Black MeNtal' yang diterajui oleh Mahathir Mohamad? Mahathir telah berjaya mem'Blak-MeNtal'kan pengikut-pengikut UMNO sehingga mereka sanggup mempersendakan agama terutamanya semasa persidangan-persidangan agung parti UMNO tersebut. Semua persendaan Mahathir terhadap Islam akan disambut dengan tepukan dan teriakkan oleh pengikut-pengikut mereka yang fanatik. Sokongan yang tidak berbelah bahagi akan diberikan kepada ketua 'Black MeNtal' itu.

Lihat sahaja petikan dari berita harian berikut yang bertarikh 24 Julai 2001, muka surat 2 yang berbunyi:

(Bagaimanapun) orang UMNO ini tak tergamak nak gunakan agama untuk sogokan. Jadi dia guna wang. Kalau Pas, dia sogok syurga kerana tak ada siapa yang tahu sama ada benar atau tidak (masuk syurga)... sebab yang pergi ke sana tak balik cerita," kata Dr Mahathir disambut gelak ketawa penyokong kerajaan.'

Cuba analisis jawapan beliau di Parlimen semasa menjawab soalan Mohd. Apandi Haji Muhamad (PAS - Jeli). Jawapan beliau itu bukan sahaja tidak menjelaskan kenapa politik wang dalam UMNO semakin parah semasa beliau menerajui parti itu bahkan turut diselitkan dengan persendaan terhadap agama. Perlukah kita menanti orang yang masuk syurga keluar kembali dan memberitahu kita akan kebenaran mengenai syurga atau tidak cukupkah dengan beriman kepada firman-firman Allah di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang syurga? Ataupun berpandu kepada hadis-hadis Rasullullah s.a.w.?

Kita ingin melihat apakah tindakan dari pihak berkuasa, MAIS, IKIM, Dato' Hamid Othman, Mufti Shoib, Dato' Nakhaei Ahmad dan sebagainya mengenai perkara ini. Banyak sudah perkara-perkara agama yang dipersendakan oleh Mahathir ini yang boleh menjadikan beliau sebagai Ketua 'Black MeNtal' yang sangat berbahaya dengan pengikut seramai 2.7 juta orang yang telah berjaya di'Black MeNtal'kan oleh beliau selama ini.

Kumpulan Black MeNtal ini sama sahaja dengan kumpulan Black Metal dan kedua-duanya harus dibendung. Kalau kumpulan Black Metal diketuai oleh Pakci Paku, saya percaya bahawa kumpulan 'Black MeNtal' pula diketuai oleh Pakcik Saku !! Benteras mereka dan nyahkan ketua serta kumpulan Black MeNtal !!

cthajar

Jumlah pembaca:orang