GEMA: UUM KE ARAH UNIVERSITI POLIS

Universiti Utara Malaysia(UUM) pimpinan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Fawzi Basri yang penuh taksub fahaman Umnorisme telah memperlihatkan corak pentadbiran universiti secara kepolisan yang mana telah bertentangan dengan kemulian ilmu. GEMA merumus, setelah segala instrumen Kerajaan, UUM termasuk Hal Ehwal Pelajar(HEP), kemudahan kolej dan ugutan akademik dilihat tidak mampu untuk menghalang proses kebangkitan mahasiswa UUM maka polis dan Polis cawangan khas terpaksa digunakan terutamanya menjelang Pilihanraya Kampus UUM bagi mengekang kemaraan gerakan mahasiswa yang adil, demokratik lagi independen.

Mahasiswa Malaysia umumnya menyedari bahawa NC UUM akan berkerja keras untuk memastikan UMNO berjaya membentuk Kerajaan Mahasiswa di UUM dengan harapan Regim Mahathir akan menghamburkan pujian melangit kepadanya atas kejayaan membendung Gerakan Mahasiswa yang anti kezaliman. Namun NC UUM telah lupa bahawa mahasiswa UUM sekarang telahpun bijak dan matang untuk mengenal yang mana adil dan yang mana zalim atau ringkasnya antara kumpulan BN dengan kumpulan Independen.

Luka mendalam kekejaman NC UUM (yang juga mantan pemimpin GPMS) keatas Mahasiswa UUM masih lagi basah. Ini termasuklah,

1.   Bertindak kejam di luar peri kemanusiaan dengan mengantung pengajian selama tiga semester kepada saudara Mohd Rizal Anan (Mantan pemimpin MPPUUM) atas keberanian beliau menyanggah si Astora Jabat.

2.   Mmenyekat kemudahan UUM kepada mana-mana aktivis mahasiswa yang dilihat anti UMNO dan anti kezaliman.

3.   Melambat, menangguh atau membatalkan program-program yang menguntungkan gerakan mahasiswa alternatif dan merugikan UMNO.

4.    Mengunakan PTPTN untuk mengugut pemimpin mahsiswa yang lantang dan tegas mempertahankan keadilan dan kebenaran.

5.    Mewujudkan isu kafir mengkafir di dalam kampus supaya masyarakat melihat Gerakan Mahasiswa UUM ekstrim dan ganas

6.   Memaksa Saudara Husnul Hadi (Timbalan YDP MPPUUM) membuat laporan polis dan sidang akhbar untuk menafikan kenyataannya di malaysiakini.com

 Dan yang terbaru,

7.   Memperbesar-besarkan isu kem motivasi mahasiswa UUM bagi menimbulkan fitnah yang dashyat kepada gerakan mahasiswa UUM. Tindakan tidak bertamadun NC UUM ini mengambarkan beliau seorang yang maharisau dengan situasi terkini UUM dimana ia telah memberi ancaman kepadanya dan juga kepada Regim Mahathir. GEMA pecaya, NC UUM akan terus rajin - memfitnah gerakan mahasiswa dengan isu khalwat, program haram, anti establishment dan radikal group tetapi mahasiswa Malaysia serta rakyat tidak akan percaya malah mengutuk sikap sang pengampu besar ini (NC UUM).

Menginsafi dan menyedari kezaliman berterusan NC UUM, maka GEMA menyeru kepada mahasiswa UUM supaya,

1.       Berwaspadalah dengan fitnah dan agenda jahat NC UUM keatas gerakan mahasiswa alternatif. 

2.       Sabar dan tabah menghadapi ujian perjuangan demi menegakkan keadilan sejagat. 

3.       Bersama-sama untuk memastikan UMNO gagal menjadikan UUM sebagai universitinya. Dan,

4.       Memulaukan mana-mana organisasi mahasiswa yang mempunyai hubungan dengan UMNO.

Akhir sekali, GEMA menperingtkan kepada NC UUM agar bersedia untuk menghadapi kekalahan dalam Pilihanraya Kampus. Dan, kepada Regim Mahathir, sila singkirkan si Fawzi Basri dari jawatan NC UUM kerana beliau telah gagal membantu UMNO merampas Kerajaan Mahasiswa UUM dan ini telah mencemarkan lagi nama buruk UMNO di mata rakyat dan mahasiswa Malaysia. Kepada pemimpin mahasiswa dan mahasiswa UUM kalian telah membuktikan sifat keberanian kepada teman-teman mahasiswa di kampus lain, maka teruskanlah perjuangan ini sehinggalah mencapai kemenangan. Kekentalan perjuangan kalian amat dihargai, dihormati malahan hebat sekali.

 

Sekian.

Salam Reformasi.

 

 

 

RA’IZZ MUHAMMAD

Jurucakap GEMA
raizz_gema@yahoo.com

26 Julai 2001