Amerika Tegur Malaysia
(U.S. Admonishes Malaysia)

by FEER RISIKKAN FEER

Disiarkan oleh Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM

Amerika Syarikat dan Malaysia ternyata mempunyai tanggapan kefahaman yang berbeda mengenai keadaan hubungan antara mereka.

Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar memberitahu para wartawan selepas pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika, Colin Powell, pada 16 hb Julai lepas bahawa pentadbiran Presiden George W. Bush 'lebih melihat kedepan' daripada pentadbiran Clinton.

'Para pegawai A.S. 'menyebut mengenai Anwar tetapi ia bukan agenda utama' daripada mesyuarat selama 45 minit itu,' kata Syed Hamid sambil merujuk kepada Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini terpenjara, yang memohon kebenaran kerajaan untuk keluar negara  bagi mendapatkan khidmat pembedahan pada sakit belakangnya yang amat perit itu.

Bagaimanapun kenyataan pegawai Amerika bercanggah dengan keterangan Syed Hamid. Ia menyebut Collin telah menegaskan dengan begitu terang sekali bahawa sebarang usaha untuk membaiki hubungan dan  mengatur pertemuan antara Bush dan Perdana Menteri Mahathir Mohammad bergantung kepada tiga isu penting:

1. layanan kerajaan terhadap Anwar      

2. cara kerajaan menangani pihak pembangkang (enam aktivis pembangkang dan seorang pelajar kini merengkok tanpa dibicarakan di bawah akta kejam ISA) dan      

3. pelengahan pelepasan berita terbitan asing untuk sebaran dalam Malaysia.          

Menurut seorang diplomat Asian yang diberi taklimat mengenai pertemuan yang begitu tegang di Majlis Keselamatan Kebangsaan (National Security Council - NSC) itu, Syed Hamid bertanya mengenai kemungkinan diadakan pertemuan antara Mahathir dan Bush di mesyuarat forum APEC (Asia-Pacific Economic Cooperation) di Shanghai pada bulan Oktober nanti. Itu telah dijawab dengan begitu keras oleh Timbalan Pengarah NSC, Steve Hadley:          

'Pertamanya, anda mesti melakukan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu'.          

Terjemahan:

Pemburu Kata         

 Asal: http://www.feer.com/0108_02/p008intell.html