KES TAN SRI KHALIL - P/RAYA KECIL DUN BESERAH?  

Rakyat khususnya di kawasan Dun Beserah kini telah mula membuat persiapan awal apabila kedengaran ura-ura ADUN Beserah sekarang iaitu Dato' Fauzi telah mula merasa jemu dengan mainan politik UMNO dan seolah-olah cuba mempermainkan beliau.  Kes Tan Sri Khalil nampaknya mengambil masa begitu lama walaupun telah berkali-kali diberi janji akan selesai secepat mungkin.  Ini menunjukkan kepada rakyat serius atau tidak UMNO untuk membenteras gejala rasuah di kalangan pemimpin-pemimpinnya.

Dato' Fauzi dijangka akan membuat keputusan nekad dan berani dalam masa terdekat ini bagi mengajar pemimpin UMNO khususnya Dr Mahathir dan Dato' Adnan bahawa beliau bukanlah sebodoh yang disangka.  Hangat diperkatakan bahawa kerusi DUN Beserah akan dikosongkan sekiranya dalam masa terdekat ini isu rasuah Tan Sri Khalil masih mencapai jalan buntu.  Kes ini sebenar amat mudah diselesaikan kerana ia melibatkan harta kerajaan negeri sahaja dan bukan kerajaan pusat.  Tetapi ia amat sukar diselesaikan kerana yang terlibat adalah Setiausaha Agung UMNO. Sekiranya Dato' Fauzi berada di tempat Tan Sri Khalil, sudah lama kes ini diselesaikan.  Sekiranya Tan Sri Khalil didapati tidak bersalah, maka Dato' Fauzi pula semestinya bersalah atas tuduhan membuat laporan palsu serta memfitnah.  Inilah dilema UMNO sebenarnya.

Walau apapun terjadi, rakyat khususnya di DUN Beserah tidak lagi bersabar untuk menunggu pengumuman berani Dato' Fauzi. Kempen secara senyap telah bermula di DUN Beserah oleh Barisan Alternatif terutamanya di kalangan pengundi-pengundi cina.  Apabila ceramah tidak lagi dibenarkan, masih terdapat banyak masjid-masjid menggunakan mimbar masjid bagi menerangkan kezaliman dan kemungkaran kerajaan sekarang.  Keberanian khatib-khatib di Beserah wajar diberi pujian.  Aktiviti-aktiviti PAS dan KeADILan nampaknya semakin menunjukkan peningkatan dan kerjasama di antara parti-parti BA semakin erat dan mantap.

Kita tunggu dan lihat samada Dato' Fauzi yang dikenali anak didik Dato' Seri Anwar memang seorang pejuang yang berani ataupun Dr Mahathir sememangnya pemimpin bacul lagi haprak. Wallahuaklam.

MASSURIA NS

Jumlah pembaca:orang