KEDURJANAAN PEMIMPIN BARISAN NASIONAL

Kedurjanaan yang berlaku Malaysia khasnya berlaku kini adalah impak dari gejala yang tidak bermoral dari kalangan pemimpin yang menerajui kerajaan sekarang. Dari hal politik, ekonomi, moral, sosial ianya menjadi satu titik hitam yang mengaburi mata kita rakyat marhaen di Malaysia. Di dada akhbar juga media massa kita dihidangkan dengan pelbagai permasalahan yang dulu yang tidak diambil tindakan. Adakah ini cara untuk mengalihkan pandangan kita dari agenda perubahan yang total bagi mengujudkan masyarakat yang adil dan bermaklumat. Agenda ekonomi yang mencengkam kita semua masyarakat bawahan terutama petani, pesara, peneroka makin dilarikan dari pandangan nasional. Bagai ada satu perancangan yang diaturkan bagi mengalihkan perhatian kita.

Namun demikian cara perubahan yang ingin diambil bukan hanya di bertumpu di peringkat pemimpin Alternatif sahaja, kita rakyat marhaen harus peka dengannya dan mengambil langkah yang konkrit untuk merealisasikan agenda perubahan  kepada masyarakat bawahan.

Kita dicengkam dengan kekurangan sumber kewangan untuk diri dan keluarga dari akibat kerakusan pemimpin HAPRAK. Tindakan yang perlu diambil haruslah bijak sebagaimana sebelum kemerdekaan dimana sedaif kita semasa itu bukannya tidak mempunyai wang yang banyak tapi kita sedar kesengsaraan yang pernah kita hadapi semasa penjajahan Jepun juga Malayan Union menyedarkan kita masyarakat Melayu betapa peritnya penderitaan mental. Tetapi hari ini ,di dalam dunia IT kita bukan masyarakat yang mundur dan boleh dipesongkan dipersonakan dengan janji palsu dari pemimpin HAPRAK

Kebangkitan kita bergantung ke atas diri kita setiap individu, sekiranya bergantungan kita terhadap ALLAH tidak lalai Insya-Allah kita berjaya jua akhirnya.

Persiapkan diri kita dan keluarga dengan rohani dan jasmani mudah-mudahan setiap jalan menuju perubahan mencapai matlamatnya. Semoga kedurjanaan pemimpin Barisan Nasional dapat dikekang. Dan ingatlah dan praktikkan setiap wasiat nabi MUHAMMAD S.A.W dalam khutbah terakhir beliau sebelum wafat semoga kita khususnya rakyat Malaysia mendapat syafaatnya di akhirat kelak. 

REFORMIS KUALA PILAH

Jumlah pembaca:orang