Sandiwara UMNO/Mahathir Kepada Umat Islam...

UMNO yang lahir sejak 1946 itu di bumi bertuah Johor yang berjiran dengan negara jiran Singapura. Adalah parti utama kepada pemerintahan Perikatan/BN di Malaysia sejak dari merdeka hingga ke saat ini. Sepuluh kali pilihanraya umum diadakan UMNO dan sekutu-sekutunya dalam Perikatan/BN terus ditabalkan sebagai parti pemerintah di Malaysia dan dikebanyakkan negeri di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Kecuali beberapa negeri seperti Kelantan dan Terengganu yang menjadi kubu PAS. Selangor, Pulau Pinang dan Sabah pernah terlepas dari kekuasaan UMNO/Perikatan/BN, tetapi parti-parti yang menguasai ketiga-tiga negeri tersebut akhirnya bergabung bersama Perikatan/BN.

Itulah gambaran hebatnya pengaruh dan cengkaman kuasa politik UMNO sejak awal-awal dulu. Tetapi akhir-akhirnya selama UMNO berketuakan Dr Mahathir al-kutty dan kroni-kroninya. UMNO semakin mengecut, orang Melayu yang menjadi ahli dan pendokong kuat UMNO itu sendiri sudah tidak lagi berkeyakinan terhadap parti UMNO. Ini disebabkan sandiwara UMNO/Mahathir and Kroni's terhadap umat Islam dan orang Melayu teramat banyak yang mendukacitakan dan melukakan hati umat Islam dan orang Melayu yang secara turun temurun tradisinya memang beragama Islam.

Sandiwara UMNO konon parti mereka parti Islam ketiga terbesar di dunia atas alasan ahlinya menjangkau 2 juta lebih. Ini yang penulis teringat suatu ketiga dulu digembar-gemburkan UMNO parti Islam ketiga terbesar di dunia, tak silap sewaktu Setiausaha Agungnya Tok Mat. Dalam pada mereka mendabik dada sebagai parti terbesar Islam itu dan menjadi parti tunjang kepada BN yang memerintah Malaysia. Penulis ingin menarik perhatian khalayak rakyat Malaysia yang majmuk ini untuk melihat beberapa premis dan bidang yang sepatutnya UMNO selaku tunjang parti kerajaan boleh ketengahkan, buat dan lakukan untuk rakyat dan negara Malaysia, antaranya tentang sandiwara UMNO dalam bab Perlembagaan Negara yang diwarisi dari penjajah, Undang-undang Islam di Malaysia, Budaya, Pendidikan Islam, Ekonomi dan Politik.

1) Sandiwara Dalam Perlembagaan.

Kenapa UMNO tidak pernah terfikir untuk mengIslamkan perlembagaan UMNO dan perlembagaan Malaysia yang diwarisi dari penjajah. Kenapa mereka masih takut-takut hendak mengetatkan penggunaan undang-undang Islam di Malaysia, masih mencari-cari hujah untuk mengelak. Begitu juga isu sekolah agama, pendidikan Islam, seni budaya, ekonomi dan politik. UMNO cukup kelihatan takut-takut dan bimbang, atas faktor takut menyentuh perasaan agama dan bangsa lain. Isu ini sensitif, boleh mengeruhkan hubungan antara agama dan kaum. Betulkan semua alasan itu. Pernahkah UMNO dan pimpinan UMNO mengwujudkan dialog antara agama, bangsa dan tamadun dengan agama dan bangsa lain di Malaysia ini ke arah menyedarkan rakyat Malaysia pelbagai kaum.

Hujah lapok UMNO ini terus dimainkan oleh para pemimpin mereka yang tidak begitu berminat ke arah yang lebih baik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia yang majmuk ini. Dan mereka selamanya bagai "kata di bawah tempurong" dengan hujah seperti orang tidak berwibawa, "Malaysia negara majmuk". Parti UMNO, apakah UMNO juga parti majmuk, sebelum ia berubah menjadi UMCINO/Mahathir al-kutty. Kita persoalkan apakah benar alasan majmuk perlembagaan Malaysia yang diwarisi dari penjajah itu tidak boleh dipinda ke arah lebih Islamik atau sekurang-kurang mencerminkan perlembagaan yang beracuankan Malaysia yang sebenar, tidak lagi berbaur undang-undang penjajah. Pada hal pakar undang-undang Malaysia dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama sudah ramai yang berkebolehan serta mempunyai keupayaan menggubal perlembagaan negara.

Bayangkan 43 tahun lebih kita merdeka. Kenapa pimpinan UMNO tidak boleh membuka mata hati dan akal fikiran mereka untuk berdialog dengan kepimpinan parti-parti gabungan BN dengan kerjasama para pakar undang-undang atau pensyarah-pensyarah di universiti tempatan bagi maksud mencari jalan terbaik ke arah menggubal undang-undang negara yang masih ditakok lama dibayangi oleh undang-undang penjajah. 

2) Sandiwara Dalam Pendidikan Islam.

Dalam bab ini kita melihat, UMNO pimpinan Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini sangat jengkel melihat guru-guru agama, pelajar/mahasiswa/i dan institusi Islam, konon menjadi sarang parti-parti pembangkang khususnya PAS. Malahan UMNO mencari jalan untuk mengkambinghitamkan golongan agamawan atau Islamis sebagai pemecah belah rakyat, anti-kerajaan, pengamal ajaran sesat, militan dan yang terbaru isu Black Metal dengan membesar-besarkan keterlibatan beberapa kerat pelajar sekolah agama. 

3) Sandiwara Dalam Seni Budaya.

Kenapa UMNO dan para pemimpinnya masih membenarkan artis-artis asing yang jelas membawa unsur budaya yang tidak sesuai dengan budaya bangsa dan rakyat Malaysia. Penulis pun tidak begitu ingat lagi kumpulan pemuzik dan artis barat yang diberikan kebenaran mengadakan konsert secara besar-besaran di Malaysia. Kita lontarkan fikrah sebegini bukan bermaksud kita menolak secara total seni budaya. TIDAK! tetapi kita mahu meletakkan satu asas seni budaya yang lebih baik, bersopan, manusiawi dan fitrah yang bersesuaian dengan citra kehidupan bangsa dan rakyat Malaysia yang majmuk ini. Bukan budaya liar yang akan membentuk generasi muda-mudi Malaysia yang ganas, liar dan kasar sebagaimana kumpulan pemuzik Black Metal dan sebagainya.

Insya-Allah, akan kita bicara lagi pelbagai sandiwara UMNO selama mereka menunjangi pemerintahan BN di bumi Malaysia. 

Sekian dulu.

Ibnu Sabah, 27.7.2001M

Jumlah pembaca:orang