Tunang, Sahabat dan...pun Kena Tahan dan Tangkap

Keganjilan demi keganjilan dan amalan luar biasa yang dilaksanakan dalam pelbagai sistem negara hari ini, semakin menjadi-jadi dan tunggang-langgang. Prosedur apa, undang-undang dan peraturan apa yang dipakai menahan dan menangkap tunang, sahabat dan siapa jua yang pemerintahan UMNO/BN rasakan boleh menggugat kuasa dan pemerintahan mereka. Inilah yang terjadi kepada DS Anwar Ibrahim dulu, kawannya, setiausaha peribadi, setiausaha politik, rakan sepermainan tenis, adik angkat, pemandu dan siapa juga yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim akan ditahan, disoal siasat, ditangkap dan berbagai lagi penyiksaan semahunya dilakukan.

Dan yang terbaru tunang kepada Tian Chua seorang rakyat China Mabel Au ditahan dan diarah kembali ke negaranya. Kita melihat kerja seperti ini bukan kerja profesional, bahkan memalukan kepimpinan negara dan boleh menjejaskan dasar luar Malaysia.

Sebaliknya, isu warga asing/PTI yang 'bermaharajakutty' seperti yang dihadapi di Sabah tidak pula di atasi secara lebih bersistem. Apakah warga asing/PTI di Sabah tidak membahayakan keselamatan dan kedaulatan rakyat, negeri dan negara Malaysia yang lebih ramai dari seorang tunang yang memang mempunyai hubungannya dengan seorang rakyat Malaysia yang diISAkan.

Rakyat marhaen mengharapkan isu ini akan membuka mata hati, akal dan mata kepala para pemimpin UMNO/BN, supaya mereka tidak sesuka hati menjalankan pemerintahan negara ini ikut suka aku atau ikut suka Mahathir atau ikut suka Pak Lah.

  Sekian.  

 Ibn Sabah, 29.7.2001M.

Jumlah pembaca:orang