AGENDA DI SEBALIK ISU

Setiap dari kita yang dijadikan Allah dengan mempunyai hala tuju yang berbeda ini membuat antara kita mungkin mempunyai pandangan yang berbeda. Namun pandangan yang berbeda bukan halangan untuk kita meLUNASKan segala agenda perubahan yang kita semua impikan dan perlu dilaksanakan.

Di dada Akhbar kita dapat lihat akan kepelbagaian isu yang dihidangkan untuk kita masyarakat marhaen, dan kita mungkin juga terpengaruh dengan isu yang dibangkit oleh media HAPRAK dewasa ini. Dapat kita lihat akan perselisihan pendapatan parti Politik PAS dan DAP, dan ianya diperbesarkan untuk kita melupakan agenda mengalihkan pandangan minda akan kepincangan yang terdapat dalam komponen parti BN.

Sebolehnya setiap dari kita yang bernama pemimpin haruslah mencari formula yang lebih konkrit untuk menghadapi kemelut ini. Agar agenda perubahan selari dengan kehendak manifesto yang di persetujui bersama, kerana masa semakin hampir untuk kita berjuang untuk kali Ke 11.

Semoga kemelut tersebut dapat diselesaikan pada minda yang terbuka, baik kedua-dua belah pihak dan jangan asyik membesarkan perkara yang kecil sehingga kemelut tersebut menjadi batu penghalang ke arah Malaysia yang Adil.

Agenda di sebalik isu kebakaran DTC, tangkapan aktivis reformis, juga pengharaman ceramah oleh pihak BN diadakan untuk menguji minda masyarakat adakah kesemua perencanaan tersebut mendapat kesan yang keras dari pihak BA atau tidak.

Bagi saya setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan jangan lupa akan kata azimat DSAI kalau takut risiko jangan bicara soal perjuangan. Adakah kita masih di takuk lama ?(saya rasa perjalanannya agak lembab buat ketika ini) walau apa pun setiap stategik dan agenda yang ingin diketengahkan haruslah segera di sampaikan kepada masyarakat marhaen. Saya sering impikan akan kehangatan REFORMASI  September 98 yang memberikan kesan yang amat dalam ,dan ianya memberikan perubahan yang TOTAL sama sekali ke atas diri saya ,masyarakat marhaen di kampung.

Penerangan demi penerangan haruslah diselaraskan di peringkat negeri, daerah, kampung , agar keberkesanan maklumat yang telus dari pemimpin kepada masyarakat. Teruskan hidupkan suasana REFORMASI 98 agar ianya menjadi azimat dan pengalaman yang berguna untuk meneruskan perubahan total di bumi bertuah MALAYSIA.

Mengenai akan akta AUKU dan ISA dasar diluluskan ianya adalah untuk melindungi Pemerintah yang HAPRAK dan ZALIM. Jangan kita lupa tangan siapakah yang memangkah mereka ini.

Dulu kita jahil ,sekarang kita masyarakat bermaklumat dan jalan untuk merubah kesemua akta yang mencengkam rakyat harus. Oleh itu perancangan yang rapi agar kerjasama rakyat semua dapat digembeling dalam merencanakan PEMANSUHAN semua kezaliman ini. Idea dan pandangan dari pemimpin BA dan rakyat harus lebih kuat lagi agar GELOMBANG KEBANGKITAN REFORMASI akan melanda Malaysia lebih kuat lagi.

Teruskan DEMO kerana cara ini sahaja jalan yang halal di sisi Perlembagaan Negara.

Dengan setiap negeri mengadakan DEMO ke seluruh negara serentak dari segi masa ,tarikh, dan waktu. Demo perlu diaturkan dengan lebih licin lagi. Setiap halangan dari FRU /PGA harus diteliti agar setiap DEMO dapat dijalankan secara AMAN .Demo bukan hanya terikat dengan sesuatu isu, dan ianya harus diadakan setiap hari, melalui konvoi kereta, larian REFORMASI ke seluruh negara semoga impak dari kesan ini melekat dihati setiap individu yang akan berubah. Yang hidup akan mati, yang muda akan tua, yang baru akan lusuh kerana setiap dari kita dijadikan untuk mati ,hanya ALLAH jua kekal selamanya.

Kesilapan dari saya ,dipohon maaf  semoga reformasi terus hangat bak API membakar tanah GAMBUT.

Wassalam

 

REFORMIS KUALA PILAH

Jumlah pembaca:orang