MINYAK YANG BERAPI
(Fire-fighting)

Artikel asal ada di FEER terkini: sila lihat: http://www.feer.com/_0115_31/p052money.htm 


Lawatan Perdana Menteri India Atal Bihari Vajpayee ke Kuala Lumpur telah mendedahkan kemelut minyak sawit yang menghantui Malaysia selama ini. Kebimbangan Malaysia terhadap tarif percukaian yang tinggi oleh Kerajaan India terhadap minyak sawit Malaysia mungkin merupakan sudah kena pada tempatnya. Ini mungkin lebih mendorong kepada kepincangan Malaysia sendiri dalam perbincangan di WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan bukannya kerana ketidak-adilan pihak India. Namun, ia telah diselesaikan dengan satu cara yang bermakna –dengan menggunakan pertukaran kaedah counter-trade untuk menyelesaikan masalah yang serius itu.

Selepas minyak petrol, minyak masak merupakan pengimportan yang kedua terbesarnya di India. Pada akhir Februari, ada usaha melindungi pengeluar minyak masak tempatan, dengan menaikkan tarif cukai minyak masak daripada Malaysia sehingga meninggi, meningkat hampir 92%. Tetapi, tarif minyak kacang soya, daripada Amerika Syarikat dan juga Brazil, sebagai contohnya berada di tahap yang sama sekitar 45% . India mengimport hampir 25% minyak sawit Malaysia dan merupakan pasaran pengeksportan Malaysia yang terbesar. Kerana itu kenaikan tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia sudah tentu membuatkan Malaysia meraung dan meminta Vajpayee menentukan suasana dagang yang sama rata setara pengeksport minyak negara lain.

Rayuan Malaysia itu lebih bersifat plaintif daripada keberangan, yang mungkin memeningkan para pengamat media Malaysia. Sebabnya: Tindakan India itu adalah menepati peraturan WTO; satu hakikat yang tidak pun dinyatakan dan menerima laporan akhbar tempatan. Perbincangan perdagangan pada tahun yang lalu menunjukkan betapa Amerika berjaya merundingkan satu pengekangan tarif sebanyak 45% sahaja terhadap pengeksportan minyak kacang soya kepada negara yang membangun. Di waktu yang sama tarif tertinggi pada minyak sawit ditentukan pada 300%(tiga ratus persen) Ini bermakna pengeluar minyak masak terbesar dunia telah cuai menjalankan tugasnya sendiri.* “Para perunding kami nampaknya telah tertidur lena," jelas seorang eksekutif kanan industri Malaysia.

Perkara ini sudah pun disedari oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad. “Nampaknya ada perbezaan besar antara soya dan minyak sawit dan ini adalah bahana kerana tidak menumpukan perhatian semasa perbincangan WTO itu sedang bersidang,” demikian laporan beliau ketika memberitahu para wartawan pada akhir Mach. “Kalau mereka (pakar perunding Malaysia) tidak membuat kajian yang terperinci, bahananya mereka melanyak kita akhirnya.”

Masalah dua hala (bilateral) ini menyerlahkan kepentingan prasarana tradisi Malaysia pada waktu harga minyak sawit yang berada di tahap 730 ringgit per ton, (US 192) merupakan harga terendah sejak tujuh tahun. “Bahaya yang menghantui kita sekarang ialah kita akan kehilangan saham penting dalam pasaran kita yang terbesar ini,” kata pegawai kanan itu. “Selepas itu pegangan kita akan terus meluncur ke bawah lagi.”

Walaupun harga merudum, pengeksportan minyak sawit memberikan pendapatan melebihi 15 bilion ringgit kepada Malaysia pada tahun yang lalu. Ini merupakan satu penurunan berbanding 23 bilion ringgit pada tahun 1999. Ini adalah satu perkara yang menarik, namun yang membuatkannya isu hangat ialah kepentingan politik yang tercuit darinya. Lebih 180,000 petani kecil yang hampir keseluruhannya berbangsa Melayu bergantung nasib kepada minyak sawit untuk kehidupan seharian mereka. Mahathir menjadi Perdana Menteri kerana beliau adalah presiden UMNO, sebuah parti politik utama yang dianggotai oleh orang Melayu.

Terdapat juga masalah yang lain. Indonesia, yang merupakan pengeluar minyak sawit nombor dua terbesarnya di dunia ini tertekan juga dengan tindakan India yang menaikkan tarif itu. Tetapi, mata wangnya Rupiah adalah lebih rendah nilainya sehingga memungkinkan para pengeluar minyak sawit Indonesia ‘menyembelih’ harga Malaysia dan mendapatkan layanan yang lebih selesa dalam pasaran India.

Kuala Lumpur bertindak untuk mengekalkan pegangan pasarannya dengan menyediakan beberapa ‘gula-gula’. Pada15 Mei, syarikat pembina landasan keretapi Ircon daripada India telah menandatangani ikatan-janji bernilai $1.8 bilion dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membina landasan keretapi elektrik daripada Kuala Lumpur ke Padang Besar di sempadan Thai. Perincian kerja belum keluar lagi, India sudah pun bersetuju menerima pembayarannya dalam bentuk minyak sawit.

Ikatan-janji ini bukannya terpahat di batu bersurat. Ia hanya berupa satu Memorandum of Understanding (Surat Kefahaman). Namun, dalam sidang akhbarnya Vajpayee telah membuat kenyataan bahawa upacara tanda tangan surat kefahaman itu merupakan kemuncak lawatannya. Mungkin itulah sebabnya dia berjanji mahu ‘menyemak’ semula tarif yang dikenakan terhadap minyak sawit Malaysia, dengan mengaturkan kaveat agar cukai itu dikenakan “mengikut pengekangan dalaman yang sedia ada.” Lim Kheng Yaik, Menteri Perusahaan Utama, telah semacam akur sahaja apabila berkata: “Saya tidak menjangkakan satu semakan yang spontan, namun janjinya untuk melaksanakan semakan itu adalah memadai dulu untuk kami.”

Memandangkan harga kos pengeluaran di negara sendiri semakin meningkat tinggi, para pengeluar Malaysia berkemungkinan besar terpaksa berpindah ke India untuk menikmati kemudahan yang diiktiraf oleh Dana Kewangan Antarabangsa-IMF “ekonomi yang nombor empat terbesar di dunia dari sudut kuasa pembeliannya.” Veena Sikri, pesuruhjaya tinggi India di Malaysia, memang bersetuju dengan saranan itu. “Ini akan merupakan penyelesaian yang disenangi oleh semua pihak,” kata beliau. “Kami ada lebih 300 juta manusia yang berkeupayaan membeli di peringkat sejagat. Satu pertiga lagi adalah daripada kelas menengah rendah. Ini semua adalah satu pasaran yang besar yang mampu diterokai.”


S. Jayasankaan Kuala Lumpur

Catatan Penterjemah:
* Kegagalan pakar perunding Malaysia terutama sekali pakar ekonomi terunggulnya yang kini menjadi menteri perdagangan antarabangsa , menyedari perkara teknikal dalam perundingan global, menunjukkan betapa juta petani Melayu luar bandar yang kesempitan hidupnya. Sepatutnya kerajaan Mahathir bertanggungjawab mengeluarkan pampasan khas kerana tidak mampu menyaingi penjualan minyak soya yang mampu menerima tarif yang lebih rendah (enam kali lebih rendah) kerana mereka bijak berunding. Alangkah aneh, sedangkan mereka tidakpun mempunyai pakar celupar dan wira dunia ketiga dalam perundingan itu . Semua ini diperam dan dirahsiakan daripada rakyat. Kalau tidak ada laporan sahih seperti artikel di atas, kita akan terus dibutakan kepada maklumat yang sudah sah ini. Sepatutnya Rafidah dan Lim Kheng Yaik berundur dengan hormat kerana fiasko ini. Masyarakat luar bandar merempat hidupnya kerana kegagalan dua menteri ini memantau apa yang dilaksanakan oleh pesaing kita di arena global. Apakah yang Rafidah buat selama ini di luar negara?

**Adakah Mahathir mengaku kesilapan besar ini ketika bertemu dengan Pemuda UMNO yang sebahagian besar merupakan peserta rancangan tanah yang mengeluarkan minyak-sawit? Adakah perkara ini disedari oleh Biro Ekonomi Pemuda UMNO untuk mendesak kerajaan membayar pampasan kepada para peneroka yang teraniaya?

Terjemahan: SPAR-03-013

Artikel ini dibaca oleh:orang