Mana maruah ahli-ahli Umno Baling

TIMBALAN Presiden Umno yang lemah dan lembik, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada 114 ketua-ketua cawangan Umno dalam Bahagian Baling supaya mengikut dan patuh arahan MT terhadap perlantikan Datuk Raja Ariffin Raja Sulaiman sebagai Ketua Umno Baling.

Orang yang lembik dan lemah pun sudah berani beri amaran kepada ketua-ketua cawangan kerana dia tahu tiada seorang pun ahli Umno yang ada keberanian untuk menentang kemungkaran. Betullah kata orang-orang tua, pohon kelapa yang condong, kura-kura pun boleh panjat. Bila ahli-ahli Umno lemah, maka kepala mereka dipijak. Orang kalah boleh dilantik menjadi ketua dan orang menang boleh dinafikan haknya. Ingat! Abdullah Ahmad Badawi pun merupakan orang yang tidak pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno tetapi dilantik ke jawatan itu “merampas” hak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Maka sejak dari saat itu, maka jadilah dia “Habibie” Malaysia. Seorang kaki ampu Dr. Mahathir yang amat dahsyat.

Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia suka. Dia mahu lebih ramai lagi kaki angguk dan kaki ampu duduk dalam Umno supaya mereka semua boleh dicucuk hidung, ikut apa sahaja kata Dr. Mahathir, diktator termahsyur di negara ini.

Sebenarnya keberanian memang sudah tidak ada lagi dalam jiwa orang-orang Umno. Mereka lebih sanggup jadi pengampu, penjilat dan tukang tepuk tangan kalau Perdana Menteri berucap.

Apakah tidak ada seorang pun Ahli-ahli MT Umno yang sanggup memperjuangkan kebenaran? Berkata benar memang sukar tetapi itulah lambang kebenaran dan keberanian.

Untuk mencari seorang “Anwar Ibrahim” dalam Umno memang tidak akan berjumpa. Tetapi walaupun mereka memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini sudah lahir berpuluh “Anwar Ibrahim” di dalam keADILan dan parti-parti komponen BA.

Umno kini sudah mandul idea. Yang boleh mereka lakukan ialah gertak, sergah, tangkap dan ugut orang supaya ikut dan patuh kepada mereka. Cara lain, sudah tidak ada.

Maka, tunggu apa lagi 114 ketua-ketua cawangan dalam bahagian Baling? Marilah secara tegas kita bersama-sama BA, nafikan terus Umno yang semakin rosak di tangan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lembik dan lemah.

Tumbangkan Umno di Kedah. Malukan Dr. Mahathir kerana tidak mampu mempertahankan Umno dan Bn di negerinya sendiri. Dengan cara ini sahaja rakyat kedah akan kembali bermaruah, berani mengajar seorang diktator yang sudah letih dan tua. Dr. Mahathir dan Abdullah Badawi mahu menjadikan Raja Ariffin Raja Sulaiman, Aziz Shamsuddin dan Malik Munip terhutang budi kepada mereka.

Apa lagi yang ahli-ahli Umno harapkan? Suara mereka hanya layak di bakul sampah!

-Ummu Natasya

Artikel ini dibaca oleh:orang