Tun  Daim  Zainuddin  Sudah  Bersara?
(Has Tun Daim  Zainuddin  Resigned?)


Seandainya  perkara yang  lampau menjadi  pedoman, bererti  Perdana  Menteri  telah  pun  memperakukan  betapa  Tun  Daim Zainuddin  akan  bersara  sebagai  Menteri  Kewangan. Ketika pulang  daripada  menghadiri  Puncak  G-15  di  Jakarta,  dia memberitahu  betapa  dia  tidak  tahu  menahu  akan  persaraan itu. Namun,  cara dia menyebutnya telah   menyerlahkan  satu    pembohongan. Kalau  dia  berura-ura  mencetuskan  satu  kejutan,  dia  gagal  segagalnya.  Seandainya  dia  memikirkan  dia  bijak, ternyata kebijaksanaannya  tidak pun  ke mana.  Mengikut  New  Straits  Times,  dia  telah  ditanya   samada  Tun Daim  sudah  meletakkan  jawatannya;  dia  menjawab “Saya  tidak  tahu,   adakah  dia  menyebutnya?”    Utusan  Malaysia  telah  pun  melaporkan desas-desus itu semalam  1 Jun, 01.  Dia  menjangkakan   Tun Daim  akan  bersara, bukan  sahaja  dua  jawatan  kabinetnya,  malahan  juga  jawatannya  sebagai Bendahari  Umno.

Kini,   perbincangan  hangat  menyebut-nyebut  siapa  yang akan  menggantikan Daim.    Mengikut   aliran  pemikiran  pagi  tadi,  ada orang luar  yang  akan  dibawa masuk.  Dia  akan mengangkat  sumpah  sebagai   seorang  senator  minggu  depan  dan  dilantik menjadi  menteri  kewangan.   Dia  merupakan  satu  tempelan sahaja  kerana  satu  rombakan  kabinet dijangka akan  dilaksanakan  sebaik  sahaja   persidangan  UMNO  berlangsung  di  akhir  bulan  ini.   Sebelum  bertolak  ke   Jakarta  itu, Mahathir ada berunding dengan   Tengku  Leigh   untuk  satu  waktu  yang  panjang  mengikut  penelitian  satu  sumber.    Tempoh  percutian Tun Daim selama dua  bulan itu  berakhir pada  hari  Khamis.   Namun  dia  menghabiskannya  di  pejabat   sambil  menghadiri  majlis rasmi, walaupun  tidak  menghadiri   mesyuarat kabinet  ataupun  persidangan  Majlis Tertinggi  UMNO.

Satu  ketika  dulu  Mahathir  dan Daim adalah  laksana  isi  dengan  kuku. Tetapi kini,  tidak  lagi  begitu.   UMNO  sudah  lama  mahukan  penyata  kewangannya  yang  dikendalikan  oleh  Tun Daim   yang  masih  belum  lagi  membentangkannya.   Tiga bulan  dulu, Majlis Tertinggi  UMNO  telah  memintanya  lagi, dan  Daim  ada  berjanji  memberikannya.   Ada  pelapor  mengatakan  Mahathir  tidak bersikap  melindunginya  lagi  seperti  dulu-dulu  dan  mahukan juga  penyata  itu.   Selepas  itulah  Daim mengambil  cutinya.

Pada  kelazimannya  apabila   menteri   kabinet pergi  bercuti  segala  tugasnya  diambil alih  oleh  seorang   pengganti. Tetapi,  Daim  menghabiskan  cutinya  untuk berada di pejabat  dan   menghadiri   majlis  rasmi  yang sepatutnya  dihadiri  oleh  pemangku  yang  ditugaskan  menggantinya.  Akar  umbi UMNO menganggap Daim sebagai  si pintar  berhati syaitan  di belakang Perdana Menteri.  Selagi  dia terus kekal di  jawatannya  baik  dalam kerajaan ataupun  dalam UMNO, ia dilihat melumpuhkan kedudukan  Mahathir,  yang  semakin  dihenyak  oleh  kemelut  yang  membabitkan Anwar  Ibrahim.

Tun  Daim  memang sudah  memberitahu kawan-kawannya  yang dia mahu  berundur. Semalam  desas-desus itu  semakin  menjadi-jadi.  Apapun  dia  mesti berundur  juga,  untuk  kebaikan   masa  depan  politik Mahathir.    Daim telah  menyalahgunakan  jawatannya  untuk  memperkayakan  para  kroni. Hampir  setiap    projek penswastaan   dikaitkan  kepada  namanya  dan  para kroni.  Kisah  MAS  yang  diselamatkan,  TimedotCom yang  menjijikkan,  pembelian  Pos Malaysia  oleh  Phileo Allied,  perkhidmatan  sokongan kesihatan  (yang melibatkan  salah  seorang anak  perdana  menteri )memang  dikait rapat dengan  Daim.    Selama ini Mahathir  tidak   rela   mendengar  kritikan   terhadap  sahabatnya  itu,  dan sengaja  memperlekehkannya.  Kini, dia  sudah  tidak mampu   menanggungnya  lagi.  Berbeza  dengan  tindakannya  memecat  Anwar Ibrahim  dulu, dalam  kisah  membabitkan  Daim ini, Mahathir sengaja berlengah-lengah  sehingga  perkara  itu  hampir  menelannya  sama.

UMNO  kini  mahukan  jawapannya.  Tun Daim  pernah   bersikap  lebih  ganas  daripada  Mahathir  kerana mahukan  Anwar dimusnahkan sehingga   kerajaan  pun  akan  turut  termusnah  sama.  Bahana  tersilap  congak ini  sudah  tentu  bukan  kesan  kerja  Mahathir  kerana beliau memang  lebih  pintar sebagai ahli  strategi  dan  taktik  politik. Namun,  kerana  kepercayaannya, dia  turut akur  dengan muslihat Daim. Apa yang  mereka lakukan itu  amat bertentangan  dengan budaya  orang melayu  kerana  itu  mereka  pun  tercampak  sama ke lembah  kehinaan  dan  masih  tidak   berupaya  mendaki  naik  untuk  menyelamatkan  martabat  yang  sudah  diperlekehkan. Persidangan  perhimpunan  UMNO  akhir bulan ini  memerlukan  satu  majlis  yang  amat penting  yang  perlu  ditangani  oleh Mahathir. Dulu,  ada  desas-desus  betapa Daim merancang  mengemukakan  undi  tidak  percaya  terhadap  Mahathir,  kini takkan perkara  itu  akan  terjadi.  Penderhakaan  adalah  sesuatu  yang tidak  diampunkan  dalam  politik Melayu. Tun  Daim  memang dibenci  oleh  UMNO  sehinggakan  dia  tidak akan mampu  menyelamatkan  air muka  walaupun  ada berbilion ringgit  yang  mudah  digerakkannya. Selalunya  apabila  malang merundung diri, orang  Melayu  lebih  merujuk  kepada  tata budayanya  daripada  kekayaan  yang baru  diperolehi.

Akhirnya  Mahathir  tidak ada  pilihan  lagi  selain   memecat  Daim sebagai menteri  kewangan. Itulah   reaksi  yang  ditunjukkannya   setiba pulang daripada  Jakarta,  yang  memang  menyerlahkan  muka  selambanya.  Malahan,  sama ada Daim  akan berundur  ataupun  tidak  sudah  dikaitkan dengan   satu   siri  penangkapan di bawah  ISA  lagi.  Bagaimana  caranya  penangkapan  ini  boleh   dilakukan,  selepas  Mahkamah  Tinggi  membuat  keputusan  minggu  lalu  melepaskan  dua  orang  tahanan  mengikut  Akta  itu,  masih  samar lagi.  Ketua  Polis negara  sudah pun  mengemukakan  rayuan terhadap  keputusan   itu,  yang akan  didengar  oleh  Mahkamah  Persekutuan  minggu  hadapan, dan bukannya  semasa  Persidangan  UMNO  akan  dikendalikan.  Mahkamah  Persekutuan  pun  sudah  tersengat.   Dua  orang  yang ditahan telah   dibebaskan  kerana  polis  menangkap  mereka  tanpa  peraturan. Tanpa  peraturan   yang sempurna   Mahkamah  Tinggi  menganggap penangkapan mereka  sebagai  tidak kena  pada  tempatnya.  Tetapi,  ia  tidak  pula  menyebut  apakah  ISA  itu  sesuatu yang  sah, cuma  mengatakan  kalau  ia  mahu  digunakan  ia  mestilah  mengikut   peraturan  yang tertentu dan  tidak  secara semberono   sahaja.  Dengan  lain  perkataan  episod  Daim  adalah  satu  lambang   penguasaan  Mahathir  akan  akar  umbi  partinya.  Itu  sebabnya  perkara  ini  sudah  semakin  menjalar  padahnya.


MGG  Pillai.

Diterjemahkan  oleh  SPAR

Artikel ini dibaca oleh:orang