Perlembagaan,  satu  tongkat  untuk  penghakiman yang  tempang
(Constitution,  a crutch  for  the limping  judiciary)


Artikel asal  ada  di Malaysiakini  Jumaat,  Jun 1.


Sebagai   seorang  Ketua  Hakim,  Mohd. Dzaiddin  Abdullah  telah  menghembuskan  angin  segar  ke  arah  badan  kehakiman  yang  tercungap-cungap   kekurangan oksigen sejak lebih  satu dekad yang  lalu.  Usia  sudah  pun  menghalang  beliau  melaksanakan  lebih  besar  dari  itu.  Namun, dalam masa enam bulan  sejak memegang jawatannya,  dia berjaya   merangsang para  hakim  kepada   peranan   tradisi mereka dan  mengendurkan segala  halangan  yang   direka  oleh  para  ketua  hakim negara  yang  sebelumnya.

Pada persidangan  badan  kehakiman  di  Kota  Kinabalu  bulan  lalu, para hakim  telah  mengemukakan  beberapa kertas kerja  dan  menyerlahkan  perasaan  mereka  bagaimana membetulkan  keadaan  yang  ada  untuk  mengembalikan  kecemerlangan  yang  silam.   Para  hakim  semakin  ghairah  mahukan perubahan  selari dengan  impian  Ketua  Hakim Negara  itu.

Pada  1998,  pindaan  perlembagaan  telah  menafikan  badan  kehakiman  itu  beberapa  kuasa  kehakimannya, dan  para hakim secara amalannya,  diberikan  peranan  yang  sama  tarafnya  dengan  yang  dikuatkuasakan oleh  pegawai  kastam   dan  pegawai polis; setakat  menguatkuasakan   undang-undang  sahaja dan  tidak lebih  dari  itu.

Selepas   teraibnya Salleh  Abas  yang  dilaksanakan  oleh  mahkamah  yang mengadili  kes beliau,    semua   penghakiman  yang    berikutnya  turut  diperlekehkan  sahaja. Dua  orang  Ketua  Hakim Negara  yang mengambil   alih  tugasnya    bertugas  sambil  lewa  sahaja  laksana  pegawai  kastam  dan  pegawai  polis  yang  menjalankan tugasan  mereka.

Itulah  jadinya  sehinggakan    terjejasnya  badan  kehakiman  itu.

Para  hakim  yang baru  yang  tidak terbabit dengan  segala kerja-kerja kebajingan, tidak faham  kenapakah  sebabnya.  Apabila  Hakim  Mohd  Hishamuddin  Mohd  Yunus  membebaskan  dua orang tahanan  ISA minggu  lalu,  dia  melakukannya  tanpa  banyak soal lagi. Ini  merupakan  satu  keputusan  penghakiman  yang menggemparkan  kerana  ia  tidak pernah diharapkan   termampu  dilakukannya.

Tetapi,  Hakim  Hishamuddin adalah merupakan  zuriat generasi  kedua  ataupun  ketiga  yang  sudah mampu  menolak tepi   keperihatinan  yang  mudah  mencuit  pihak yang  berkuasa ditangani  sekeras  mungkin  seperti  menangani  musuh-musuh  generasi  datuk moyangnya.

Lebih-lebih  lagi   apabila  ia menyangkuti  masa depan  sesebuah  negara, yang  lebih  menentukan  masa depan kerajaan yang  sedang berkuasa.  ISA   sudah menjadi  satu  alat  yang  menentukan  keselamatan parti yang sedang berkuasa.

Dzaiddin  dan  para  hakimnya  mesti  memulakan  perubahan  kalau  mereka mahu mengembalikan  badan kehakiman  menjadi  cabang   pemerintahan yang  bermartabat.

Segala  usaha  untuk  melakukan  perubahan  secara berdikit-dikit  telah  didapati  tidak  mencukupi. Pindaan  yang dilakukan  kepada  Perlembagaan pada  tahun  1998 telah  menafikan badan  kehakiman itu  akan   hak-hak  dan kuasa  penghakimannya. Perkara  ini  mesti  diperbetulkan  semula.  Jika  tidak,  apa  juga  perubahan  dan  niat  yang  baik yang  dihasratkan, badan  kehakiman  itu  akan  terus  berada  di  tahap  selekeh  seperti   yang dialaminya   selama  13  tahun  ini. Segala  usaha  mesti  dimulakan   untuk    keluar  daripada  tahap yang  mengaibkan itu.

Kerana  itu  keputusan  Hishamudin  yang  sungguh  bersejarah   dianggap  penting   bukan  kerana  kesan  amalan     yang  membebaskan  dua  tahanan ISA itu, tetapi  dia telah  menguatkuasakan Perlembagaan  untuk  melaksanakannya.  Inilah  pertama kalinya  sejak satu  tempoh  yang  lama,  Mahkamah  Persekutuan  bersidang  secara tergesa-gesa  untuk  memperakukan  kesahihan  ISA.

Tetapi, hakim  itu  telah  mengambil langkah yang  lebih  luas  lagi.  Sesiapa  yang  ditahan  di bawah ISA  mestilah  menepati  peraturan  undang-undang,  dan  dua  kes  yang  dihadapkan kepada  telah  tidak  menepati   peraturan  itu.  Hakim  ini  telah  memberikan  penghargaan  kepada  Perlembagaan dengan  taraf  yang lebih  tinggi lagi  statusnya  daripada  undang-undang  biasa.

Demikianlah  sepatutnya.  Namun,  para  hakim  tidak  melaksanakannya seperti yang  berlaku  kepada  ISA,  satu  undang-undang  yang  memperlekehkan  keluhuran  Perlembagaan  dan  terpaksa dikuatkuasakan  untuk  mengekalkan  keluhurannya  di  waktu  aman.

ISA  sepatutnya  dikuatkuasakan  apabila  negara  dan bukannya  kerajaan  yang  terancam,  dan  bukannya  daripada    pihak pembangkang. Ia layak  dikuatkuasakan  seandainya  ada  cabaran untuk  memusnahkan negara  dan  bukannya  untuk  menjatuhkan  kerajaan. Itulah  sebenarnya  kegunaan  ISA. Ia  bukannya  untuk  menekan  kumpulan  penentang  politik  yang  enggan menjadi  hamba abdi.

Semuanya  terdedah kini  apa  yang  selama  ini  memang  diragukan:  betapa  penangkapan  dibuat  dengan bertujuan  untuk mengugut.  Ketua  Polis  Negara, Norian  Mai, sudah  merayu  terhadap pembebasan itu,  tetapi  dengan  nama  keadilan, dia sepatutnya  membebaskan  semua  yang ditangkap bersama  dua  pemimpin  Keadilan yang  ditahan  dan sudah pun  dibebaskan.

Jikalau  dua  pegawai   yang  menangkap  dua  orang  tahanan  dulu itu  tidak mengikut  peraturan ketika menahan  mereka, adalah  mudah  kita  membuat  andaian  bahawa  penahanan  lapan  orang yang lain itu pun  dilaksanakan  dengan  cara  yang  sama.  Sekarang  adalah  kewajipan  pihak  polis  membuktikan  penahanan  mereka itu  adalah  mengikut  peraturan   yang  sepatutnya.

Sejak satu  setengah   dekad  yang  lalu, badan kehakiman  telah   memperlekehkan  Perlembagaan  sebagai  satu  dokumen untuk  keadilan.   Tetapi  Perlembagaan itu   adalah  satu  dokumen rujukan untuk  sepanjang zaman,  di mana  kebebasan  seseorang  itu diberikan taraf  yang paling  tinggi  tempatnya.

Secara  amalannya,  terdapat pelbagai peraturan  yang menyekat sebarang  tindakan   terhadap Perlembagaan itu.  Tetapi  para  hakim  sudah  tidak bersedia  mendengar  perkara  itu  lagi.  Begitulah keadaannya  sehingga  Hishamuddin  merobah  suasana  dalam  amalan  kerja  kehakiman  itu.

Kerajaan  menjadi gugup. Tetapi  apabila  undang-undang  menegah  rakyat marhaen  untuk  bercakap  dengan  bebasnya  apa  yang  mereka fikirkan,  seperti  yang  berlaku  sekarang ini,  mereka  terpaksa  merujuk  kepada  Perlembagaan  untuk  mendapatkan bantuan.  Sepatutnya  kita  tidak  perlu  sampai  berbalah  ke tahap  ini.  Kalaulah  para  hakim menyedari  peranan mereka  sebenarnya  dalam  sesebuah  masyarakat itu,   mereka sudah  pun  melakarkan    peraturan  itu  dan  hadnya  pada satu  masa  yang  lama  dulu.

Sebaliknya,  para  hakim  dilantik  kerana  kesetiaan  mereka  kepada  Ketua  Hakim  Negara,  dan  kepada  beliaulah  kesetiaan  mereka  itu  akan  tertambat.

Kita tidak perlu  menonjolkan contohnya  tetapi  ketika para  hakim  itu  dilantik  untuk  mendengarkan  kes  yang  penting-penting, seperti  yang melibatkan  Anwar  Ibrahim ataupun  isu   yang  mesti  memihak kepada kerajaan, keputusan   penghakiman  sudah  pun  diketahui  sebelum  ianya  bermula.

Tidak  Keruan

Apabila  para  hakim  kehilangan kuasa semula jadi  mereka,  mereka menjadi gelabah  dan tidak keruan. Bekas  Ketua  hakim  Negara  pernah  mengugut bekas  presiden   Majlis  Peguam  yang  lalu  dan  setiausaha  persatuan itu  dengan  tuduhan  menghina  mahkamah  kerana  mencadangkan  agar  dia tidak mempengerusikan  satu  kes tertentu.    Bantahan  itu  adalah disebabkan    seorang  peguam   yang  terlibat dengan  kes  tersebut pernah  bersantai dengan Ketua  Hakim Negara itu.

Apabila  para  peguam  memberikan  jawapan, agar  beliau  melaksanakan  segala  kehendaknya,   dia pun beralah.  Seorang  hakim  pernah  dituduh  kerana  membiarkan  peguam  plaintifnya  menulis sebahagian  ataupun  keseluruhan  kertas  penghakiman  agar  memihak  kepada  kes  yang  dikendalikan  oleh  peguam  itu.  Setakat ini  tidak  ada  apa-apa  yang  dilakukan.

Dalam beberapa bidang  kuasa  yang  lain, di  mana  badan  kehakiman  diberikan  pengiktirafan yang  tinggi,  orang  semacam  itu tidak  mampu  berbuat  apa-apa  lagi  selain  meletakkan jawatan  secepat  mungkin, walaupun  tuduhan itu  adalah  palsu. Di   sini  dia  dinaikkan  pangkatnya  ke  mahkamah  Rayuan  pula.

Beberapa  tahun  yang  lalu,  Ketua  Hakim  Maharashtra,  India, telah   meletakkan jawatan  apabila  dia menerima satu  bayaran  awal royalti yang melebihi   upah  untuk  menulis  sebuah buku  mengenai undang-undang  Islam.  Kesan  yang  dicetus  oleh  kritikan  telah  mendorong beliau  meletakkan  jawatan,  kerana  beliau  yakin  dia  tidak  melakukan  sebarang  kesilapan tetapi  cuma  tidak  mahu  membabitkan  martabat  jawatannya  terjebak  dalam kontroversi itu

Dzaiddin  dan para  hakimnya  mempunyai  tanggungan  yang  mencabar untuk  mengembalikan  martabat   dan kegemilangan  badan kehakiman itu.  Tetapi  mereka  tidak mampu melaksanakannya  secara  berdikit-dikit  yang tidak  akan bermakna apa-apa. Badan kehakiman itu mesti  mengembalikan kuasa  semula jadinya.

Perlembagaan  perlu  dipinda  untuk  tujuan  ini. Ketua  Hakim Negara  mesti  membiarkan  para  hakim  menjalankan  tugas   mereka,  bukan  kerana  alasan  lain, yang  berbeza daripada  pandangan bersama  yang  membentuk  masyarakat  kita  yang  ada.

Dengan lain  perkataan,  badan  kehakiman  mesti  mencerna  satu  falsafah  kehakiman   yang  tersendiri,  mengambil kira  segala tradisi  undang-undang  biasa  yang  terbaik  sekali  dan  mencampurkannya  dengan  sumbangan  keintelektualan  para  hakim yang  pintar  dan  bijaksana.

Perkara  ini  mungkin  merupakan  satu  arahan  yang  sukar.  Ia  bukannya  mesti  berlaku dalam satu  masa yang  singkat.  Ia mungkin  memakan  masa  untuk  melaksanakannya.

Dzaiddin  mesti  meneliti  Perlembagaan  untuk   mengembalikan  martabat  badan kehakiman  negara.   Persidangan di Kota  Kinabalu  telah  menunjukkan  apa   yang dia  mahu. Dia mesti menggunakan  segala   keupayaan  untuk  mendesak kerajaan  dan  juga  Majlis Raja-raja, kerana  tanpa   usaha  itu  tidak  ada  satu  benda  pun  yang  boleh berlaku.

Perkara  ini  tidak  mampu  dilaksanakan dalam  masa  dua  tahun  (ataupun  tiga,  kalaulah  cadangannya   dilanjutkan  umur bersara ditambah  satu  tahun lagi  itu  diterima) yang   ada  di  tangannya  lagi.   Namun,  dia boleh memulakan bingkai    usahanya  itu.  Perjalanan  untuk  seribu  batu  mesti bermula dengan  tapak  awalannya.

Langkah yang pertama  itu  akan  kelihatan  mudah  apabila  Dzaiddin  memulakannya  dengan menggunakan Perlembagaan  sebagai  tongkatnya.

Kalau  dia berjaya  dengan  usaha  itu,  ia akan merupakan  satu  monumen  yang  terbesar  dalam  usaha  memperjuangkan  keadilan  di  Malaysia.

MGG  Pillai


Diterjemahkan  oleh  SPAR

Artikel ini dibaca oleh:orang