Bicara agama : 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib k.w. (1)

Nasihat-nasihat ini dipetik dari Kitab Al Bayan Wat Tabieen karangan Al Imam Abu Othman Amru Ibn Al-Jaahidh. Semoga  petikan ini akan memberi menafaat kepada kita semua Insya Allah.

1.      Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.

2.      Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3.      Kebesaran seseorang itu bergantung dengan kalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging

4.      Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin

5.      Jagai dan hormatilah ibubapamu nescaya anak-anakmu akan menjaga dan menghormatimu

6.      Bakhil terhadap apa yang ada ditanganmu adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah 

7.      Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tiada yang lebih terpencil daripada seorang bakhil

8.      Seseorang yang arif adalah lebih baik dari arif.Seseorang yang jahat adalah lebih jahat dari kejahatan

9.      Ilmu adalah lebih baik dari kekayaan kerana kekayaan harus dijaga sedangkan ilmu menjaga kamu

10.  Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan sembahyang

11.  Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia dari membalas dendam

12.  Mengajar adalah belajar

 

bersambung…

disusun

hagnet fakaw naw

Artikel ini dibaca oleh:orang

 

 

 

 

 

Bicara agama : 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib k.w. (2)

 

13.  Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan

 

14.  Insan terbahagi tiga: Mereka yang mengenal Allah , mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran

 

15.  Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawadhu’ dan lemah lembut

 

16.  Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

 

17.  Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

 

18.  Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

 

19.  Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati

 

20.  Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan keatas Al Haq dan kebenaran nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia kebenaran itu

 

21.  Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

 

22.  Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya

 

23.  Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta

 

24.  Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur atas kehilangan hartanya

 

25.  Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

 

26.  Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri dari golongan mereka yang mengumpat

 

27.  Kegelisahan adala lebih sukar dari kesabaran

 

 

bersambung…

 

disusun

hagnet fakaw naw

 

Bicara agama : 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib k.w. (3)

 

28.  Seseorang yang menjadi hamba syahwatnya adalah seseorang yang lebih hina dari seorang hamba kepada hamba

 

29.  Orang yang dengki seperti marah kepada orang tidak berdosa

 

30.  Putus harapan adalah suatu  kebebasan , mengharap adalah suatu kehambaan

 

31.  Sangkaan seseorang yang berakal adalah suatu ramalan

 

32.  Seseorang akan mendapat teladan dari apa yang ia lihat

 

33.  Mentaati perempuan adalah kejahilan yang paling besar

 

34.  Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

 

35.  Jika berharta , berniagalah dengan Allah dengan sedekah

 

36.  Janganlah kamu melihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya

 

37.  Tiada percintaan dengan sifat yang berpura-pura

 

38.  Tiada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

 

39.  Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

 

40.  Jika kamu telah menguasai musuhmu , maafkanlah mereka kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang kamu perolehi

 

habis…..

 

disusun

hagnet fakaw naw