Pembangkang Menolak Politik Ala-Indonesia
(Malaysia Opposition Rejects ‘Indonesia-style’ Politics)
Douglas Wong

Tiga tahun yang lalu, kejatuhan Presiden Suharto di Indonesia, menyemarakkan semangat mengganyang Mahathir Mohammad di Malaysia, dengan menjelmanya satu kumpulan penyokong Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri yang kini sedang terpenjara.

Pihak pembangkang di Malaysia telah meneruskan kempennya sejak itu tetapi sedang berusaha meyakinkan masyarakatnya yang pelbagai kaum itu peralihan kuasa ala-Indonesia memang tidak diambil kira dalam perancangan mereka.

Pada hari Rabu, ketika Dr. Mahathir berada di Jakarta menghadiri Kemuncak Kumpulan G-15, proses mencela Abdurrahman Wahid, Presiden Indonesia, sedang dilaksanakan. Ketika itu di Malaysia, pihak pembangkang sedang meraikan kemenangan terbarunya.

Hampir dua bulan selepas penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Negara, seorang hakim telah mengeluarkan arahan dua orang ahli parti pembangkang dibebaskan atas alasan penahanan mereka dilaksanakan dengan niat yang tidak baik.

Hakim Hishamuddin Mohd Yunus telah meminta parlimen membuat pertimbangan sama ada Akta Keselamatan Dalam Negeri yang pada asalnya bertujuan untuk membendung keganasan komunis, masih lagi ‘relevan’ untuk Malaysia masa kini.

Mahathir telah mempertahankan undang-undang keselamatan itu dengan mengaitkannya kepada beberapa peristiwa keganasan di Indonesia, yang katanya terpaksa disekat sebelum terjadi di Malaysia.

Akan tetapi, para pemimpin pembangkang yang masih keriangan itu kerana semakin mendapat sokongan besar telah berkata mereka tidak percaya Mahathir sedang bersiap sedia untuk berundur, dalam masa yang terdekat. “Saya tidak nampak beliau akan dicabar dalam partinya sendiri sebelum munculnya pemilu 2004 nanti.” Kata Khalid Jaafar, seorang pemimpin Keadilan, yang dipimpin oleh isteri Anwar.

Berbeza dengan Abdurrahman Wahid, parti Barisan Nasional masih menguasai dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan walaupun sokongan popular sudah terhakis selepas Anwar dipecat, BN masih menguasai dasar ekonomi dan sosial negara.

Ada satu sumber tidak ketentuan, mengenai masa depan menteri kewangan Daim Zainuddin, telah pun diredakan minggu ini apabila beliau merancang untuk berundur, seperti yang diwar-warkan oleh berita angin sejak beliau mengambil cuti dua bulan yang lalu.

“Ini menunjukkan betapa perdana menteri memang menumpukan perhatian untuk meraih sokongan masyarakat Melayu semula,” kata Abdul Razak Baginda, pengarah utama kumpulan pemikir The Malaysian Strategic Research Centre.

Namun, terdapat juga keretakan dalam parti lain dalam gagasan parti politik yang sedang memerintah itu.

Pada minggu ini, MCA rakan politik UMNO: telah bergolak disebabkan rencananya mengambil alih sebuah akhbar berbahasa Cina yang membuatkan seorang pemimpin parti memberi amaran betapa masyarakat Cina menentang usaha itu.

“Apakah kita memperlekehkan sahaja pendapat mereka, sambil menghadapi risiko terhakisnya sokongan mereka?” tanya Chua Jui Meng, menteri kesihatan, sebelum menaruh undinya yang gagal menyekat ikatan-janji pembelian itu.

Sebuah lagi parti rakan politik, Malaysian Indian Congress, yang mewakili penduduk yang nombor tiga terbesarnya di negara itu telah mendesak kerajaan agar menambah lagi kuota kemasukan kaum India ke universiti dan perkhidmatan awam.

UMNO yang akan berhimpun dalam Persidangan Tahunannya pada akhir bulan ini sudah pun dihantui pelbagai masalah untuk mendapatkan sokongan yang sudah lama pergi.

Para analis berpendapat walaupun Mahathir, sebagai pemimpin yang paling lama berkhidmat di Asia masa kini, mempunyai keyakinan yang dia mampu mengembalikan kemantapan politik sebelum kemunculan pemilu yang lagi satu, beberapa peristiwa yang sudah tercetus menunjukkan dia perlu bertindak cepat.

‘Lebih ramai orang persendirian di kalangan kumpulan elit Malaysia yang berani bersuara lantang menyuarakan kerisauan mereka terhadap hala tuju politik negara,” kata Bruce Gale, pengamat politik Asia Tenggara di Control Risks.

“Dr. Mahathir bukannya jenis manusia yang mudah diketepikan daripada jawatannya dan keadaan politik di Malaysia tidak serupa dengan yang terdapat di Indonesia, di mana kumpulan elit memang menentang presiden mereka. Namun demikian, Mahathir terpaksa mencuba satu strategi yang lebih berkesan secepat mungkin, “katanya.


Douglas Wong.

Diterjemahkan oleh SPAR-03-014

Artikel ini dibaca oleh:orang