RANCANGAN DAIM SELAMATKAN DIRI & JATUHKAN PM

Syukur Alhamdulillah kita akan mendapat maklumat dari semasa kesemasa daripada Pengikut Daim yang masih berada di dalam Kerajaan.

Antara maklumat terbaru dari kem Daim iaitu dari Majer Abdul Malek, Beliau adalah selaku Perisik UMNO, Pengiring Zahid Hamidi, Penyelaras Projek Pembinaan Bangunan UMNO di Bahagian Muar bernilai RM40 juta, Wakil memilih Kontraktor bagi kerja-kerja pemindahan dan pembinaan penempatan Tabung Haji bernilai RM100 juta dan sebagainya yang melibat projek dari pemimpin UMNO.

Beliau bersama pengikut-pengikut Daim yang berada di seluruh Malaysia menunggu arahan daripada Daim bertindak memaksa PM meletak jawatan seberapa segera.

Menurut keterangan beliau

Langkah pertama, Daim mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang juga salah seorang dari kem Daim menghapuskan ISA dan membebaskan tahanan ISA. Tujuan Daim adalah semata-mata untuk menyelamatkan diri dari di tahan ISA.

Langkah Kedua, Daim meletak jawatan bersama-sama setiausaha-setiausaha kementerian keuwangan bagi melambatkan laporan keuwangan.

Langkah ke tiga, Daim akan mula menutup beberapa syarikat besar sebagai tekanan terhadap PM.

Seterusnya Daim akan memberi kata dua kepada PM samada beliau meletak jawatan atau menerima padah dengan tindakan susulan dengan meletak jawatan beramai-ramai yang akan di ambil oleh KEM Daim yang terdiri daripada beberapa orang Menteri, Exco dan Ahli Parlimen.

Daim akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya memastikan PM yang baru boleh berkerjasama dengan beliau.

Selepes Daim meletak jawatan beliau akan di bela dengan pujian-pujian setiap hari seperti seorang wira yang telah menyelamatkan negara. Dengan mudah Daim akan terselamat dari sebarang tindakan menggila dari PM.

Artikel ini dibaca oleh:orang