Perbalahan Singapura-Malaysia

Apakala Singapura dan Malaysia berbalah tentang bekalan air, mempertikaikan tentang hakmilik tanah di sepanjang landasan keretapi, Malaysia enggan untuk mencairkan pegangan saham CLOB, yang digantung sejak September 1998, semua orang tahu bahawa ianya menyentuh tentang matawang dollar dan sen - yang menjadi penting kepada Malaysia yang sedang bergelut untuk memulihkan ekonominya - muncul banyak pada paras bawah dan masih mencari-cari harga yang sesuai.

Maka apabila media Malaysia bangun memberikan sokongan yang kuat bagi pihak penduduk-penduduk Istana Kampong Glam di Singapura, dengan melaungkan bahawa "kubu terakhir kekuasaan orang-orang Melayu" di Singapura sedang dimusnahkan dan oleh itu orang-orang Melayu akan "ditempatkan di Muzium", sesuatu yang baru telah diperkenalkan. Perkara yang buruk telah muncul, dan ianya tidak sekali-kali mengambil kira kebenaran dan fakta, sebaliknya telah menimbulkan syak wasangka dan perasaan takut di kalangan kaum.

Satu  fakta penting yang lain adalah bahawa Sultan Hussain Shah dan keturunannya sama sekali tidak mewakili semua orang Melayu di Singapura, yang mungkin pernah melalui saat-saat yang menggembirakan satu masa dahulu.

SINGAPURA TELAH MENJADI SEBUAH REPUBLIK, BUKANNYA SISTEM BERAJA MELAYU SEPERTI MALAYSIA.

Sungguhpun benar bahawa satu masa dahulu seorang Sultan Melayu pernah memerintah pulau ini, ia tidaklah bermakna Singapura, yang merdeka, sebuah republik berdaulat yang dibina berdasarkan  meritokrasi, pernah secara nyata menjadi negara orang-orang Melayu yang memegang kekuasaan. Ataupun kekuasaan yang dipegang oleh mana-mana kaum. Oleh itu adalah sesuatu yang tidak menyenangkan apabila Berita Harian Malaysia di dalam lidah pengarangnya menterjemahkan isu Kampong Glam mengikut citarasanya sendiri sebagai: " Mungkin juga Kedaulatan Melayu seperti itu tidak lagi dapat diterima oleh para pemimpin Cina dan penduduknya."

Kedaulatan Melayu? Yang ada hanyalah Kedaulatan Singapura, termaktub di dalam Perjanjian Pemisahan 1965.  Menilai dari apa yang dikatakan oleh Berita Harian Malaysia, fakta tersebut ternyata masih belum dapat diterima sepenuhnya di wilayah utara. Mengimbas ke tahun 1984, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah memperlihatkan tentangan yang serupa, di mana semasa pertelingkahan dengan Sultan-Sultan Melayu di Malaysia, beliau mengatakan bahawa Perjanjian Pemisahan Singapura itu tidak mengikut perlembagaan.

Kenyataan tersebut, yang muncul selepas 19 tahun Singapura merdeka, begitu menakjubkan sekali kelancangannya. Pada hari ini, 15 tahun lagi selepas itu, kelihatan sikap itu masih terus menebal dari biasa. Adakah pembangunan di Kampong Glam itu akan memudaratkan kedudukan orang-orang Melayu di Singapura? Seorang pembaca Utusan Malaysia, Zia Ul-Arief, berfikir begitu. Malah beliau pergi lebih jauh dengan mengatakan bahawa "Pada akhirnya, orang-orang Melayu di Temasik akan terus lenyap dengan masa".

Selisih Malaikat empat puluh empat. Saya pasti orang-orang Melayu di sini telah merasa dihina. Bolehkah penempatan semula 170 orang keturunan mendiang Sultan disamakan dengan penghapusan satu kaum yang terdiri dari 600,000 orang yang berbangga dan baik? Mereka yang di tahun-tahun kebelakangan ini telah membangun dengan jayanya sehingga tiada apa yang boleh menjejaskan dan mereka inikah yang akan lenyap terus dari negara ini?

Adakah orang-orang seperti  penghibur Najib Ali, peragawati Hanis, pelukis batik Sarkasi Said, pereka fesyen Liza Haron dan juruacara TV Zack Zainal merasakan bahawa mereka sedang "ditempatkan di dalam Muzium", sebagaimana yang diperkatakan oleh seorang penulis di majalah Massa pada 26hb. Jun?

Sepatutnya masyarakat Melayu dapat mengalu-alukan pemulihan Kampong Glam, tiada yang lain melainkan glam buat masa kini. Dengan mengubahnya menjadi Pusat Warisan Melayu akan memberikan manfaat kepada keseluruhan masyarakat tersebut melalui cara yang perlahan tetapi pasti akan dapat terus bertahan.

Oleh itu apakah sebenarnya yang sedang berlaku ke atas episod terbaru ini  yang menyebabkan Singapura dihentam dari wilayah utara? Seperti yang diperlihatkan dari awal lagi, telah dan akan selalu begitu, peperangan tanpa penghujung - satu perang politik, di mana kedaulatan yang seimbang telah dinafikan kepada republik pulau itu. Pilihanraya Umum Malaysia yang membimbangkan menyebabkan serangan itu menjadi lebih lantang lagi. Adalah jelas sekarang bahawa Dr. Mahathir Mohamad sedang memainkan sentimen perkauman dengan habis-habisan di dalam kempennya untuk memenangi kembali para penyokong yang telah lama terluka oleh penahanan Anwar Ibrahim.

Kekuasaan Melayu telah begitu dititikberatkan di dalam ucapannya di Perhimpunan Agong Umno pada bulan Jun. "Ingatlah bahawa sementara orang-orang Melayu di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak hidup dengan bebas dan merdeka, orang-orang Melayu di wilayah utara dan selatan tidak begitu. Mereka hidup di negara-negara orang lain dan akan terus begitu," beliau telah berkata. Tujuannya, sudah tentu, untuk memberi amaran kepada orang-orang Melayu di Malaysia supaya berwaspada terhadap apa yang boleh berlaku kepada mereka di bawah suasana politik yang berbeza.

"Bersyukur dan hargailah hasil dari perjuangan kita," beliau berkata tanpa ragu-ragu. Begitulah seperti yang dijangka, apabila politik diputarbelitkan. Namun apabila perkhabaran yang serupa dibawa melintasi sempadan kebangsaan, ia menjadi, seperti yang disebut oleh seorang pemerhati, satu jemputan kepada irredentisme - satu percubaan untuk mengambil semula jajahan atau wilayah dari pemerintahan asing.

Orang-orang Melayu di wilayah utara adalah mereka yang berada di Patani yang merupakan sebuah wilayah di Selatan Thai. Mereka yang di wilayah selatan, tidak salah lagi, adalah  yang kini berada di Singapura.

Jadi, adakah itu sebabnya media Malaysia begitu bersungguh-sungguh menunjukkan minat terhadap isu Kampong Glam?  Dengan itu adalah tidak menyenangkan apabila Berita Harian Malaysia di dalam lidah pengarangnya pada hari Khamis, menterjemahkan isu Kampong Glam mengikut citarasanya sendiri sebagai : "Mungkin juga kedaulatan Melayu yang seperti itu tidak lagi boleh diterima oleh para pemimpin Cina dan penduduknya."

KEDAULATAN MELAYU?

Yang ada hanyalah kedaulatan Singapura, termaktub di dalam Perjanjian Pemisahan tahun 1965. Menilai dari apa yang diperkatakan oleh Berita Harian Malaysia, fakta tersebut masih belum lagi diterima sepenuhnya di wilayah utara.

Penterjemah : SPAR 09

Artikel ini dibaca oleh:orang