Enam Sudah Tumbang Berapa Lagi Tinggal Di  Kandang ?
(Six   Down, how many  more togo, UMNO?)
Mohd. Afral  Abdullah  (Malaysiakini)

Seekor kerbau membawa lumpur, sekandang yang turut  akan terpalit. (Walaupun UMNO  sudah menghukum enam pemimpinnya  sehingga  kini  dalam  usaha  mematikan politik wang  dalam parti).  Ini mungkin  dianggap satu kiasan  tetapi  amat  tepat dengan  situasi   yang dicerna  oleh  pemimpin-pemimpin penyangak    yang telah  sekian  lama  menipu  akar  umbi,  penyokong  dan  rakyat  jelata   untuk  mempercayai betapa  kemenangan mereka  semua  dulu  adalah  berasaskan mandat  yang  padu daripada  kertas  undi  daripada  wilayah  pengundian  mereka.

Setiap   rakyat  Malaysia  yang  waras  memang tidak  liat   mengalu-alukan  sebarang  usaha  parti-parti politik   menghapuskan  unsur-unsur  yang  tidak beretika   di kalangan  anggota parti  asalkan kerja-kerja  itu  dilakukan  dengan  niat  yang  mulia.

Enam orang pemimpin  yang baru  didenda  dan  dihukum  oleh  Jawatankuasa  Disiplin  Parti  nampaknya menunjukkan UMNO  memang  serius  menghentikan ancaman itu. Tetapi,  bagaimana  pula dengan yang  lainnya?

Tindakan terhadap  mereka memang  cepat tetapi  kenapa pula  terlalu lambat tindakan  terhadap mereka  yang  masih  berjawatan  besar dalam  kerajaan  dan  mereka  yang  didapati  rapat  kepada  pemimpin  tertentu  dalam  pucuk   kepimpinan  parti?

Secara peribadi, saya  memang  sukar dapat  mempercayai  bahawa  UMNO sudah  ‘bersih’ kini  ataupun  ‘kelihatan  bersih’  daripada  politik  wang  melainkan  proses  ‘pencucian’  itu dilaksanakan  dengan lebih serius lagi. Nampaknya  proses  itu  akan  memakan  masa sebelum  ia  mampu  menjalar   ke tahap  yang  teratas. Menunggukan itu  UMNO akan  terus  dilihat    sebagai  sudah  tercemar.

Saya tidak begitu  ambil pusing  terhadap  parti yang  ditinggalkan  pada  1998  itu.  Yang  mencuit  perasaan  saya  ialah:   oleh kerana  UMNO  dan  rakan  koalisinya  masih merupakan   kerajaan  yang dikatakan  sah di  negara  ini, kehadiran  para pemimpin  dalam barisan  kabinet  yang  ada,  kalau  tidak  diselidik akan  merugikan  rakyat  dan  negara  akhirnya.

Sudah  semakin  penting  agar rakyat  Malaysia   menjadi  lebih  peka  dan  kuat  mengamati  akan  persekitarannya,  terutama  sekali  mengenai isu kontroversi,  dan  terus   bersatu dalam perjuangan  untuk  memerangi  ketidakadilan,  korupsi  dan  salah guna kuasa.

Insya-Allah,   ia hanya  memerlukan  sedikit  rangsangan untuk majoriti  rakyat  negara  ini,  sama ada  penyokong  setia,   ataupun  yang  turut  bersimpati,  untuk   mengundi  barisan alternatif  pada  pemilu yang  akan  datang.

Sememangnya  kita  terpaksa  jatuh  dan  terhantuk dulu  untuk  membuat kesilapan  yang lalu   dalam sejarah  mendapatkan  kematangan berpolitik untuk  negara kita.

Tamat

Terjemahan SPAR

Artikel ini dibaca oleh:orang