Pengundi  Hantu   Yang  Sudah Pasti 
(Election  Riggging Confirmed)

(Artikel   asal ada di  FeU)

Akhirnya  kebenaran  muncul  juga sebagai  juara !    Di  Likas, Sabah,  kerusi DUN (Dewan  Undangan Negeri)   yang dimenangi oleh  mantan  Ketua Menteri Sabah, Yong  Teck Lee,  kini sudah diisytiharkan  tidak  lagi  sah  untuk beliau  terus  pegangi. Pendedahan  wujudnya  pengundi  hantu  dalam daftar pengundi menunjukkan wujudnya penipuan  dalam  pemilu  yang  lalu. Ia  juga  mendedahkan kepada seluruh dunia betapa UMNO/BN  hanya mampu menang  melalui  penipuan.  Malahan sepatutnya,  keseluruhan pilihanraya itu  mesti  dikira  batal  dan  tidak sah  dan  satu pemilu  yang baru mesti dilaksanakan  tanpa  sebarang  penipuan  dan  kepalsuan.

Tabik Hormat  Dan Tahniah  kepada  Hakim Muhammad  Kamil  Awang

Ekoran  jejak  langkah  yang  dimulakan oleh  Yang Arif  Datuk  Hishamuddin, kini sebiji bintang berkerlipan sudah mula bersinar  di Sabah,   membawa sinar yang bergemerlapan  untuk  menyinari  badan kehakiman.  Datuk  Muhammad  Kami Awang, seorang Hakim Mahkamah Tinggi  Sabah, telah mengeluarkan satu  penghakiman  yang sungguh  hebat dan tinggi maknanya,  mendedahkan sama segala kezaliman yang telah dilakukan oleh regim UMNO/BN    pada  pemilu  di Sabah  yang  lalu.  Hakim yang bijaksana dan berani ini telah menyuarakan kebenaran dan dia telah membuat  satu  penghakiman  yang  betul dan menyelamatkan  keadilan daripada  diliwat  oleh  campur-tangan haram  pihak penguasa, seperti yang  tertonjol  ketika kes Anwar  Ibrahim  diadili  dulu. Satu  ketika dulu penghakiman yang   penuh  kepalsuan oleh  seorang   hakim pemabuk  dan korup Augustine Paul dan  yang amat korup  Ariffin Jaka telah semakin  terserlah  kepada pemerhatian rakyat marhaen. Tahniah  dan syabas Datuk  Muhammad Kamil. Semoga Allah memberkatimu dan  memeliharamu sepanjang masa.

Pemilihan Samy  Vellu  Pun  Mesti  Diisytiharkan  Tidak  Sah.

Oleh  kerana  pengundi  hantu  pun  pernah  disahkan  wujud  dalam daftar pengundi kawasan parlimen Sungai  Siput, bererti   Samy  Vellu  mesti  mengosongkan kerusi parlimen yang  dimenangi secara  haram  itu.   SPR mesti bertindak dan mengadakan pilihanraya kecil.   Jika  tidak,  SPR  boleh  dianggap sebagai khadam kepada Mahathir. BA  seharusnya  memberitahu  SPR  dan para pengundi betapa  Samy Vellu  tidak seharusnya diiktiraf sebagai  seorang wakil rakyat  dan MP  Sg. Siput  yang  sah.   Kini kemelut yang menghantui  pilihanraya kecil Lunas sudah menjadi  satu  kenyataan. Memang nyata  BN telah menang  dulu   melalui putar belit dan  penipuan.   Ini bererti kerajaan yang ada  adalah satu  kerajaan yang tidak sah kerana tidak dilantik oleh pengundian yang  sah tetapi oleh pengundi hantu  yang  tidak  pernah wujud. Oleh kerana kerajaan BN bukan dilantik  secara sah,  dan tidak  boleh  diiktiraf  sebagai sebuah kerajaan yang berdemokrasi  dengan  sahnya.   Rakyat  jelata mesti   menuntut  diadakan  satu pemilu terbaru dengan  segera  untuk  menentukan  kerajaan  yang  sah  dilantik  secara bebas dan saksama.

Pengundi  Malaysia  Mesti  Tolak  Rejim Haram  Mahathir

Setelah memahami  bagaimana  UMNO/BN memutarbelit  dan  menipu  dalam  pemilu yang lalu, rakyat  Malaysia  mesti memahami bahawa  rejim Mahathir  sekarang  ini  telah merampas kuasa  untuk  memerintah  melalui  penipuan.  Kerajaan yang ada  bukanlah satu kerajaan yang sebenarnya  dipilih oleh rakyat. Kita mesti  mengajar  mereka,  para pengundi mesti menolak  UMNO/BN secara  keseluruhannya.  Hanya  dengan cara  ini  akan muncul sebuah kerajaan  yang betul-betul  memimpin rakyat  dan  membangunkan  negara. Satu pemilu  mesti dilaksanakan  kerana  UMNO/BN  tidak  menerima mandat  rakyat secara  sah. Jikalau  di Likas, Lunas dan Sg. Siput,  penipuan telah  berleluasa,  tentu sekali  di tempat  lain pun  telah  terjadi perkara  yang  sama. Orang yang sepatutnya menang  telah kecundang  seperti yang berlaku  di Shah  Alam,  Pantai  dan Gombak. Di   semua tempat ini,  putar belit  dan penipuan  telah  berlaku  dan  kemenangan UMNO/BN  di tempat  itu sepatutnya  kini  dianggap  sudah tidak  laku.   UMNO/BN mesti dihumbankan, dan seharusnya   tidak diberikan lagi kepercayaan  mewakili rakyat  dan memegang  amanahnya.

Rakyat Malaysia  Menantikan Waran  Menangkap  Mahathir

Mahathir  semestinya  ditangkap kerana putar belit  pemilu, korupsi, salah guna kuasa, fitnah  dan  menghina mahkamah.  Setiap rakyat  menantikan ketika munculnya satu kebenaran  ini, apabila  kemuncak  kejayaan kebenaran  itu  akan  terserlah jua. Memang terdapat  bukti  yang mencukupi   tanpa  sekelumit  keraguan lagi  betapa Mahathir telah  melakukan  kerja-kerja bajingan yang  menggunung  jenayahnya.  Lapuran polis, siasatan  BPR,  penyelamatan,  projek   penswastaan dan banyak lagi;  semua  ini adalah lebih daripada  mencukupi    untuk  dijadikan  asas  mewujudkan  satu waran tangkap terhadap  Mahathir. Masanya  sudah tiba  dia  dihukum  kerana  semua  jenayah politik itu.  Dia  bukannya   mengatasi  undang-undang kerana dia  mesti  mematuhi undang-undang. Dia tidak boleh  menggunakan  kuasa  penguasaan  eksekutifnya untuk menyekat pihak  polis,  badan kehakiman  ataupun  BPR  menyiasat  segala jenayahnya. Rakyat  Malaysia menuntut dia  ditangkap  dan dibicarakan  secara  terbuka  di mahkamah.

Hari-hari yang  mendatang adalah  tempoh penentuan di mana  segala  jenayah Mahathir dan  kroni serta  ‘pakpacak’  yang korup  harus  dikemukakan  untuk  pengadilan. Dia tidak  boleh  lari  daripada kuasa  kebenaran  dan  penghakiman. Hari demi  hari semakin bertimbun   bukti  dibentangkan di depan  mata  untuk  santapan rakyat  jelata memahami segala kebajingan Mahathir;    yang  mengharuskan  pengeluaran waran  untuk menangkapnya.  Eloklah kita  bersedia  dan berwaspada   menantikan penahanannya sehingga si  penyangak  ini  tertangkap dan  dibicarakan  untuk  masuk  mengeram  di sebalik jeriji besi.

Semangat  Kebenaran

Diterjemahkan  oleh  SPAR  06-

Artikel ini dibaca oleh:orang