Bersendirian  - Daim
(On  His Own – Daim)
Arjuna Ranawan   Asiaweek  15 Jun 2001

Artikel  B.  Inggeris  disauk  daripada  Webantu

Dia  mundur  secara  senyap  dan sunyi,  meninggalkan hingar-bangar  Kuala Lumpur dengan menggunakan sebuah kereta Proton  yang merupakan  kereta  koman  jalan raya  Malaysia. Tidak kelihatan  lagi  kereta  Mercedez yang berkilat berwarna perak yang pernah  membawa  orang yang nombor dua  paling berkuasa  di negara.  Daim Zainuddin,  begitulah namanya,  dan  dia mundur  itu  tanpa  ada sebarang  liputan komennya di  sebarang  media.  Ketuanya  dulu, Perdana  Menteri Mahathir Mohamad  pernah  membuat  pengumuman  betapa  sahabat yang paling  akrabnya itu  selama  lebih  dua  dekad  yang  lalu  sudah pun melepaskan  jawatan menterinya,   Beberapa  hari kemudiannya,  Mahathir memperakukan, betapa Daim juga telah melepaskan  jawatannya  sebagai Bendahari  kepada  UMNO dan  juga  sebagai ahli majlis  tertinggi  parti. Tidak pula disebut  sebab  musababnya   sehinggakan  mencetuskan  spekulasi lagi  “Pada ketika  semuanya  genting  belaka, mereka  berantakan  menentukan siapa yang patut diselamatkan,” demikian   pendapat Lim  Kit Siang,  pengerusi  parti pembangkang  DAP. Daim  sudah  ketewasan  dan perlu  bersendirian.

Usaha Menampal Keretakan:

Masalah:   UMNO  dilihat menyangga para kroni  niaganya.

Tindakan  Mahathir:  Ketepikan  Daim dan  singkir   segelintir  pemimpin pelapis  yang korup. Anaknya  Mokhzani  menjual beberapa  kepentingan  perniagaannya.

NAMUN,  rakyat marhaen dan pelabur  asing  terus  mencurigainya.


Masalah:   Imej UMNO kelihatan  ketinggalan zaman tanpa berpijak  di bumi   nyata.

Tindakan  Mahathir:   Lantik  Azalina  (puteri) Othman  Said untuk  melakonkan  peranan  menyerlah  untuk wanita.

NAMUN:   Penangkapan  beberapa  aktivis  pembangkang dan  mengenakan  tindakan ISA menunjukkan tidak ada  apa yang  boleh  diharapkan.


Masalah:  Mahkamah  dilihat terlalu  pro-kerajaan
Tindakan  Mahathir:   Lantik  Ketua   Hakim  Negara   yang baru.

NAMUN:   Membaik  pulih  badan kehakiman memakan masa yang  panjang. Namun,  seorang Hakim Mahkamah   Tinggi   telah memutuskan  dua  penangkapan ISA sebagai    tidak  sah.


Masalah: Melayu  sudah berpecah,  undi  Cina  semakin  diharapkan

Tindakan  Mahathir:  Lantik dua  orang  penasihat cina.  MCA  beli  harian Cina.

NAMUN:  Pembelian  akhbar memecah-belahkan masyarakat Cina.

Daim 63, dianggap sebagai  warga  Malaysia  yang  terkaya,  merupakan  sebagai  tukang simpan segala rahsia  putar belit  UMNO (zaman Mahathir – penterjemah) Mereka berdua telah  bertanggungjawab menonjolkan dominasi kewangan  dan politik   UMNO, menguruskan  mikro-ekonomi negara, mewujudkan  satu barisan anak-didik Melayu  (dan  anak mas dunia  niaga  pelbagai kaum – penterjemah)   dalam dunia  perniagaan  dan  menentukan segala kerja-kerja kebajingan mereka itu  tidak ada sesiapa yang berjaya  menentangnya.

Kini, perdana menteri sedang tercungap  meredakan  keadaan  para penyokong yang semakin  liar  terhadap  pemerintahannya  yang otokratik.  Di  dalam  UMNO  sendiri,  akar umbi sudah mengeluh  melihatkan  parti yang  sudah  terlalu  berkarat  disebabkan  politik  wang.   Mahathir  dijangka  memberikan  ucapan  utamaya  pada  persidangan  tahunan UMNO  pada akhir  bulan  ini.  Beliau  perlu  membuat satu kenyataan  kenapa  Daim  mundur,  semata-mata  secara  sukarela  ataupun  kerana  disuruh  berbuat begitu sebagai  satu  tipu  muslihat lagi  untuk  meredakan  perasaan geram akar umbi  yang begitu  lama terperam. Apakah  tindakan  itu mampu  meredakan  krisis  yang  semakin  membuak ?  Kesudahannya  memang tidak  ada sesiapa  yang  dapat  menjangka.

Mahathir  sudah  menyediakan  suasana  politik    yang  sesuai  untuk  pengorbanan itu. Daim pernah   mengambil cuti  selama dua  bulan  sambil membiarkan  satu  spekulasi adanya     perbalahan  antara  mereka  berdua;  sengaja  terapung-apung  tanpa  sesiapa  memberikan  jawapannya. Ketika kemarahan  rakyat  marhaen  naik  membuak  disebabkan  tindakan  kerajaan  menyelamatkan dua  orang  taimun  yang  dianggap  sebagai  anak-didik  Daim  - pembelian  saham MAS  dengan  harga  dua  kali  ganda  daripada harga  pasaran  semasa  dan penggunaan   dana  pencen  untuk  membeli  saham  syarikat  internet  yang  diperlekehkan oleh  pelabur  asing,  Mahathir  sengaja  tidak  memberikan  sebarang  komen mengenainya.   Kerenggangan itu  nampak  semacam sengaja  diada-adakan.  Pengosongan jawatan Bendahari parti  yang  dipegangnnya selama enam musim berurutan, nampak  semacam ketara  sahaja.   Pertama, ia akan  menyucikan  Mahathir  daripada  semua  kontroversi  yang lepas-lepas.   Kedua,  ia  akan  memperkasakan  keazamannya  untuk  menguatkuasakan perubahan   dalam parti  sendiri.  “Nampaknya sudah  wujud  kesedaran  untuk  mengimbangi  unsur penguatkuasaan yang  mampu  menangani   masalah  pengendalian korporat,” kata Stephen  Hagger, ketua  CFSB  Securities  di Malaysia.

Mahathir  berkata dia  akan  mengambil  alih  portfolio kewangan, menantikan satu  penggantian  yang  akan  ditetapkan. Dengan rencana pertumbuhan jangka panjang yang  sudah  dilakar  setidak-tidaknya  pasaran tidak akan bergegar.   Tetapi keadaan itu  tidak  mungkin dirasai   oleh  Perdana  Menteri.   Mahathir  sudah  semakin terpinggir  di  atas  timbunan  yang  mahu  diketepikan  oleh rakyat  marhaen. Apa lagi  dengan menghilangnya   seorang  pembantu yang  sangat setia begitu  lama.   Daim sudah  dua  kali  menyahut  pertolongan cemas  dan  memegang jawatan  menteri  kewangan  negara. Sebanyak  itu  juga  bekas  guru, peguam dan  majistret ini telah diberikan sanjungan  kerana membantu  menyelamatkan Malaysia  daripada  dicekik krisis berpanjangan. Malahan Daim  dikaitkan  sebagai arkitek  pertumbuhan negara  pada 1980-an  dulu  di  mana  kadar  pertumbuhan tahunan  mencanak di  tahap 8 persen  sepanjang  dekad itu.

Mungkin dia  sendiri  merasa lega ketika  mundur.   Sebagai  seorang ahli perniagaan  Daim  tentunya  berbangga  kerana tidak  pernah mempunyai  ambisi   politik yang meninggi.    Kerana itu  anak-anak  Mahathir   akan terus memanggilnya  sebagai  paman, walaupun  perdana  menteri  sudah  memilih  untuk   meneruskan  pengembaraan  secara bersendirian. Jalan yang penuh  ranjau memang  sedia menanti  kemunculannya.

Tamat
Diterjemahkan oleh:  SPAR 03-

Artikel ini dibaca oleh:orang