PBS Gesa Bagi Pembersihan Segera Senarai Pemilih Likas

KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan hari ini menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya segera membersihkan senarai pemilih Likas 2000 yang telah disahkan sebelum mengeluarkan writ untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan itu.

Beliau berkata senarai pemilih sedia ada masih tercemar dengan sekurang-kurangnya 5,000 pengundi yang dicurigai yang memiliki kad pengenalan palsu atau mempunyai kad pengenalan yang asli tetapi memperolehinya secara tipu.

"Kami memandang berat akan hakikat bahawa lebih 3,000 bantahan difailkan bagi senarai A dalam senarai pemilih 1999 N13 Likas yang telah tidak dilayan dan terus dipamerkan pada senarai yang telah disahkan.

"Ini merupakan perbuatan pelanggaran terang-terangan Peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya (Sabah) 1971 selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," katanya pada sidang media di ibu pejabat PBS di Penampang, dekat sini.

-- BERNAMA

Jumlah pembaca:orang