KENYATAAN WEBMASTER

JADIKAN LIKAS, 'LUNAS' KEDUA

Menyahut seruan perjuangan menumbangkan kerajaan BN, mulai hari ini Minda Rakyat melancarkan edisi menu khas sebagaimana agenda masa lalu iaitu bagi merakamkan episod bersejarah untuk mengulangi kejayaan BA dalam pilihan raya kecil DUN Likas. Menu khas ini diberi jodol 'Episod Likas'. Ianya merupakan satu rakaman setiap detik yang membawa kepada tercetusnya pilihan raya kecil DUN Likas, perjalanan dari sebelum  sehingga tamat pilihan raya kecil ini.

Justeru DUN Likas berada di seberang Laut China Selatan, maka saya tidak dapat ke Likas untuk memberikan gambaran secara langsung. Namun kerana kita ada wakil khas dari Sabah yang nampaknya komitmen beliau sungguh tinggi dalam reformasi selama ini, saya berkemungkinan akan mengaturkan siaran langsung, jika keadaan mengizinkan dengan beliau bagi mendapatkan gambaran setepatnya untuk anda yang berada di Semenanjung dan juga di serata pelusuk dunia, di mana MR dapat dicapai.

Bagi merealisasikan kejayaan DUN Likas, saya ingin mengajak anda sekelian yang mempunyai pengetahuan bagi memfokuskan isu Sabah dan ke arah kejayaan Likas.

Bagi netters yang berada di Sabah, sila cuba sebarkan url laman-laman reformasi supaya rakyat dapat info yang tepat bagi maklumat dan pengetahuan mereka.

Marilah kita menggembelingkan tenaga dan usaha membantu rakan-rakan kita di Sabah jika tidak dengan tenaga (akibat kejauhan ini) tetapi melalui sokongan moral dan maklumat yang merupakan strategi penting kemenangan.

Minda Rakyat

Jumlah pembaca:orang