Kenyataan Media Laman Anti ISA- penting!

Pihak kami amat prihatin dengan segala kesusahan yang ditanggung oleh semua tahanan ISA dan keluaga. Dalam perkembangan terbaru kita telah dimaklumkan yang saudara Lokman Nor Adam dan Ustaz Badrul Amin telah dibawa ke Kemunting awal pagi semalam. Selain itu juga- kami telah dimaklumkan bahawa polis sekali lagi menggunakan undang undang zalim ISA untuk menahan lebih lama beberapa orang yang disyaki terlibat dalam rompakan sebuah bank baru baru ini. Pihak kami telah dimaklumkan bahawa beberapa orang anggota kumpulan tersebut telah ditahan dibawah ISA.

Apa yang amat merisaukan kami adalah, keadilan yang dinafikan kepada mereka untuk membela diri, kami dimaklumkan bahawa kesemua tahanan tersebut tidak dibenarkan untuk bertemu dengan keluaga mereka sepanjang tempoh mereka direman. Dan dalam masa yang sama, kami juga bimbang mereka hanya dijadikan 'kambing hitam' didalam beberapa kes mesteri seperti kata KPN baru baru ini yang kononnya mereka yang ditahan terlibat dalam kes pembunuhan seorang ADUN. Kebimbangan kami punya asas memandangkan KPN dilihat sebagai terdesak untuk meyelesaikan kes mesteri tersebut kerana tekanan dari kabinet yang mahu membawa masuk penyiasat luar.

Pihak kami mencabar KPN- jika benar mereka yang ditahan terlibat dengan segala tuduhan itu, maka bicarakan mereka dimahkamah terbuka, penggunaan ISA adalah tidakan kejam yang menafikan hak hak pembelaan diri seseorang yang telah dituduh. Adalah sungguh memalukan apabila PDRM dilihat terdesak untuk mengunakan undang undang zalim ISA kerana tidak punya bukti untuk meyerat mereka ke mahkamah.

Dalam masa yang sama- kami mohon pihak polis agar menyeluarkan kenyataan mengenai senarai terbaru tahanan ISA dan mengapa mereka ditahan- keluaga mereka ternyata amat risau dengan tindakan membisu pengawai pengawai polis yang dihubungi. Adalah memalukan untuk sebuah pasukan keselamatan yang cekap untuk megelak diri dari bertanggungjawab diatas tindakan pasukan sendiri.

Dan kami juga mohon- agar semua NGO dan berbagai gerakan yang ditubuhkan untuk menghapuskan ISA, agar tampil membantu keluaga mangsa tahanan- kami pohon Gerakan mansuhkan ISA (GMI) Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Isa (GMMI) dan semua yang prihatin termasuk parti politik agar tidak hanya mengfokuskan gerakan dan tentangan kita kepada tahanan politik sahaja- kerana keadilan dan kedamaian adalah hak kesemua rakyat Malaysia.

-pengurus laman-    
14.06.01