Bicara Agama : Sunnah Allah (Siri 2)

Wajib memelihara alam mengikut ketentuanNya

Akan menjadikan hidup lebih teratur dan sempurna.Dapat pula mengelakkan kemusnahan dan kerosakan di muka bumi.Keselamatan makhluk akan terjamin dan terpelihara.Semua makhluk layak mendapat hak masing-masing.Akan amanlah dunia tanpa huru hara seperti keadaanya sekarang semua kacau bilau  dan bercelaru.

Contoh perlanggaran ketentuan Allah

Mencemarkan alam sekitar,menyalah gunakan nikmat pemberian Allah.Membakar tumbuh-tumbuhan secara tidak terkawal dan terlalu bebas tanpa sebab munasabah.Mencemarkan punca air semulajadi seperti sungai.Menyeksa , mendera dan membunuh haiwan tanpa sebab yang dibenarkan syarak.Menyembelih binatang bukan membawa maksud menyeksa sebab itu mempunyai kaedah kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.Bukan kaedah syariat menyeksa haiwan sebelum disembelih.

Rezeki adalah kurniaan Allah

Masa 24 jam sehari tanpa lebih atau kurang yang Tuhan kurniakan sama rata sesama makhlukAir sebagai suber minuman semulajadi , untuk mensucikan diri dan sebagainya.Udara sebagai sumber pernafasan makhluk di bumi.Hutan belantara untuk keseimbangan hujan.Bukit bukau , gunung ganang sebagai penstabilan bumi.Tanah yang luas untuk kerja pertanian bagi hasil tanaman serta tempat tinggal manusia.

Kesimpulan

Allah maha berkuasa mengatur pergerakan dan peredaran alam.Allah maha berkuasa memberikan kemuliaan dan kekuasaan kepada orang yang dikehendakinya juga boleh menjadi sebaliknya.Allah maha pemurah mengurniakan rezeki kepada seluruh makhlukNya.Janganlah takbur berada di bumiNya.Berlaku ADIL dengan sesama manusia.Menganiaya manusia di bumi akan menganiaya diri sendiri di Akhirat nanti.

Hagnet fakaw naw

Jumlah pembaca:orang