SAPP Gesa SPR Segera Sediakan Daftar Pemilih Yang Bersih
 
 
KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) -- Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) segera menyediakan daftar pemilih yang bersih bagi pilihan raya kecil Likas.

Yong, bekas anggota Dewan Undangan Negeri bagi Likas, berkata daftar pemilih itu mesti siap dalam masa kurang 60 hari -- tempoh pilihan raya kecil mesti diadakan berikutan pengisytiharan mengenai kekosongan kerusi kawasan itu.

Jika proses perundangan untuk membersihkan daftar pemilih yang dikatakan mengandungi nama pengundi hantu itu tidak dapat siap dalam tempoh 60 hari itu, SPR boleh memperkenalkan langkah-langkah praktikal bagi memastikan hanya pengundi yang sahaja boleh mengundi, kata beliau dalam satu kenyataan di sini Khamis.

-- BERNAMA