DIARI PIMPINAN

APA LAGI YANG ANEH !!

Apabila 10 pemimpin muda KeADILan dan aktivis reformasi ditahan dibawah ISA dan Menteri Dalam Negeri terkapar – kapar hendak menjawab soalan para wartawan berkenaan penangkapan tersebut…. Hati saya berkata  APA LAGI YANG ANEH !!.

Polis bertindak di luar pengetahuan Menteri Dalam Negeri. Kalau begitu atas arahan siapa ?  APA LAGI YANG ANEH !!

Apabila Ghani Harun dan Gobalakrishnan dibebaskan oleh hakim Hishamuddin Yunus kita melihat cahaya keADILan di hujung terowong sana tetapi apabila Empat pemimpin kita ,Ezam, Tian Chua, Shaari Sungip dan Hishammuddin Rais dihantar ke Kemunting sebelum mencecah 60 hari penahanan mereka untuk menjalani hukuman tanpa bicara selama dua tahun  sekali lagi kita bertanya APA LAGI YANG ANEH !!

Dan bila Lokman dan Dr. Badrul Amin juga dihantar bersama rakan – rakan yang lain di Kemunting  APA LAGI YANG ANEH !!

Bila Daim bercuti selama dua bulan tetapi masih ke pejabatnya untuk meneliti fail dan surat – surat dalam edah cutinya kononnya untuk berehat  APA LAGI YANG ANEH !!

Dan apabila akhirnya Daim meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan UMNO selepas dua hari Mahathir menafikannya  APA LAGI YANG ANEH !!

Mokhzani mengumumkan untuk keluar dari dunia koperat ( baca keparat ) kerana tohmahan dan fitnah terhadap ayahandanya , dunia menjangka dia akan terjun dalam dunia politik sepenuh masa APA LAGI YANG ANEH !! tetapi pabila meletak jawatan sebagai Penolong Bendahari Pemuda Umno ?? APA LAGI YANG ANEH !!

Hakim mahkamah tinggi Sabah membuat keputusan membatalkan kemenangan Yong Teck Lee di Likas dan menyatakan ada arahan melalui panggilan talipon untuk membatalkan petisyen tersebut dari orang atasan … APA LAGI YANG ANEH !!Apabila Dzaiddin Mokhtar menyatakan  TIDAK TERKEJUT apabila mengetahui nama sipemanggil  APA LAGI YANG ANEH !!.

Apabila Pak Lah beria – ia menafikan pihak polis telah menahan dan menggelidah rumah Daim Zainuddin tetapi khabar angin bertiup kencang menyatakan Daim ditahan APA LAGI YANG ANEH !!

APA LAGI YANG ANEH !! apabila rakyat Malaysia lebih mempercayai khabar – khabar angin berbanding kenyataan – kenyataan oleh pemimpin UMNO dan BN .

APA LAGI YANG ANEH !! apabila pemimpin MCA , UMNO, MIC, PBB, PBDS dll. Bercakaran sesama sendiri.INI ADALAH KERANA BN SEDANG NAZAK DAN MENUJU KEHANCURAN………berkat doa insan yang dizalimi.

Ini semua mengingatkan saya kepada ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dilucut dari semua jawatan dalam kerajaan dan dipecat dari UMNO dan diaibkan seantero dunia bahawa “ If it can happen to me the Deputy Prime Minister , it can happen to any of you “ sejak peristiwa itu  “ Things were never the same again” .

Oleh itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia yang cintakan keadilan sejagat ayuh marilah kita bertindak menghentikan kegiatan Mahathir dan kuncu – kuncunya dari UMNO dan BN daripada merobek memperkosa dan meliwat instutusi – institusi di dalam negara kita ini seperti institusi Polis , Peguam Negara , Ketua Hakim Negara, BPR dll.

Tidak boleh halang dengan tangan gunakan lidah ,tak boleh dengan lidah dengan hati tetapi yang amat penting adalah jangan beri walau satu undi pun kepada mereka dalam pilihan raya umum atau pilihanraya kecil pada masa hadapan . Pokoknya 2004 ini kita kuburkan UMNO dan BN. REFORMASI ! 3 X  dan ALLAHUAKBAR !! 3 X.

Salam hurmat dari saya,

 

Zainuddin Bakrin,
Ketua
KeADILan ,
Bahagian Padang Serai.

Jumlah pembaca:orang