S. H. ALATTAS  SUDAH SESAT

Buku beliau yang terbaru DIAM-DIAM DAIM wajar dipulaukan.  Buku itu ibarat sambil menyelam minum air. Maksudnya sambil menulis;  S.H. Alattas menghentam Daim, memuji Mahathir dan dia juga menghina dan memfitnah Anwar Ibrahim.

Semacam  tulisan buku ini sebiji macam buku Khalid Jefri. Yang tak faham itu beliau percaya bulat-bulat dengan Datuk Ahmad Sebi, yang juga salah seorang konspirator.  S.H. Alattas juga terpedaya dengan kandungan VCD yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.  ( VCD versi baru ini telah diedit begitu kemas sekali, diedarkan banyak di kawasan perumahan Sentul, Wangsa Maju dan dihantar terus ke rumah pelajar-pelajar IPTA )

S.H. Alattas dalam buku berkenaan juga mengatakan Anwar menyimpan beberapa orang Gay, main dengan isteri orang dan bela adik angkat yang juga gay. ( Dr. Borhan di mahkamah mengesahkan Sukma tidak diliwat dan tiada bekas di liwat.) Ini dah melampau! Memfitnah dan menuduh membabi buta tanpa bukti.

Memang sahlah tulisan beliau seperti di upah!  Untuk pengetahuan umum, S.H. Alattas terpaksa membayar ganti rugi kepada Bos PKENJ iaitu Dato’ Hashim, dalam awal tahun ini setelah kalah kes fitnah di mahkamah. Kekalahan beliau ini adalah merupakan kali kedua selepas kes fitnah Tan Sri Musa Hitam.

Mungkin beliau dah tak ada duit nak bayar hutang. Sila lihat dalam buku beliau  The Ugly Malays, rumah beliau di Janda Baik pun nak di jualnya dengan harga RM 8 juta. Yang paling menyedihkan lagi S.H. Alattas masih menuduh Anwar ada membuat hubungan dengan isteri Azmin Ali, Syamsidar. Dan memuji melangit Khalid Jefri dan Ummi Hafilda.

Yang paling hina beliau menghina orang Pas kerana menyebut Mahathir macam zikir, Mahathir, Mahathir…itu sebab Mahathir bertambah sihat. Oleh itu sudah sampai masanya kita memulau S.H. Alattas atas penglibatan beliau dengan konspirator. Mudah-mudahan beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Saudara boleh menghantar e-mail supaya menyedarkan beliau : PakHabib@wadihussienalattas.com 

TOM CRUISE

Jumlah pembaca: orang