Likas: Keadilan Belum Tentu Tanding
 

 

KOTA KINABALU, 18 Jun (Bernama) -- Parti Keadilan Nasional berkata parti itu belum pasti sama ada akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Likas tidak lama lagi.


Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga berkata parti itu mungkin mengadakan pakatan dengan Parti Bersatu Sabah atau pembangkang lain dalam pilihan raya itu nanti.

 

"Kami akan bekerjasama dengan siapa saja yang mahu bekerjasama dengan kami," katanya.

--BERNAMA