Politik Wang a.k.a RASUAH???

Isu politik wang telah banyak kita dengar di sana sini, terutamanya di dalam perhimpunan agung UMNO 2001. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan politik wang? Adakah ianya satu fenomena baru? Atau adakah ianya cuma satu mekap baru untuk amalan rasuah yang biasa kita dengar?

Beberapa ahli UMNO telah didapati bersalah di atas tuduhan yang mengaitkan mereka dengan isu politik wang. Ini termasuklah beberapa exco dan pegawai tinggi kerajaan. Pesalah juga dikenakan digugurkan keahlian, dilucutkan jawatan dan tidak dinafikan beberapa amaran telah dikeluarkan terhadap mereka.

Media-media tempatan telah bersesak-sesak mendapatkan maklumat serta komen daripada pesalah dan orang ramai mengenai isu ini. Rata-rata pesalah politik wang ini mengaku tidak bersalah. Bagi mereka ada beberapa orang yang berkhianat terhadap mereka. Ada pula yang mengatakan bahawa politik wang adalah perkara biasa di dalam UMNO sejak zaman berzaman.

Perundangan Malaysia menegaskan bahawa politik wang adalah sebenarnya satu bentuk rasuah. Ini kerana politik wang menggunakan teknik yang sama seperti rasuah. Jika berdasarkan kepada fakta perundangan maka sewajarnya Badan Pencegah Rasuah (BPR) terbabit di dalam usaha menyiasat ahli UMNO yang melakukan politik wang. Adalah diharapkan bahawa BPR segera menyiasat amalan politik wang di dalam UMNO.

Jika seandainya BPR kecut atau takut dengan UMNO maka wajarlah kiranya BPR menutup sahaja jabatannya. Buang masa dan duit rakyat sahaja untuk melayan BPR yang 'double standard' ini. Urusan menyiasat amalan politik wang bukanlah urusan Lembaga Disiplin UMNO akan tetapi ianya adalah urusan BPR dan POLIS. Jika perkara ini boleh dibenarkan oleh BPR dilakukan maka sewajarnya BPR ditukarkan nama mereka kepada Badan Penggalak Rasuah. Rasuah di dalam UMNO telah sampai ke peringkat yang kronik dan tidak boleh diubati lagi.

Bagi sesiapa yang tidak mempercayai bahawa rasuah (a.k.a politik wang) ujud di dalam UMNO sehingga ke tahap kronik, maka mereka bolehlah bertandang di PWTC sepanjang persidangan UMNO 2001 ini. Di sana anda boleh lihat dengan mata kepala sendiri bahawa UMNO dan RASUAH adalah seperti laut dan pantai yang tidak boleh berpisah selama-lamanya.

Fikirkanlah.... Politik Wang sebenarnya adalah RASUAH yang diberikan nama baru oleh UMNO.

Khas dari saya

Sukhairul Hanim Bin Dato' Seri Haji Kamaruddin
Subang Perdana
Selangor

Jumlah pembaca:orang