Rafidah dedah 'BIAWAK HIDUP'

Walaupun perhimpunan agung wanita adalah untuk Pergerakan Wanita Umno, namun nama Puteri Umno terus menjadi sebutan dan ia terus menjadi fokus perbahasan anggota pergerakan itu. Apatah lagi Pergerakan Pemuda bapuk yang terus tenggelam bersama kepondanannya. Macam normala(wartawan yang ingin glamour) dan zul yahya (si bapuk yang bertugas di bahagian jenayah) dalam filem Gerak Khas.

Tempat membelasah puteri umno

Medan yang sepatutnya membahaskan tentang perjuangan dan pembangunan wanita bertukar menjadi tempat  isteri pertama membelasah isteri kedua dalam sinis. Walaupun penat si isteri tua menafikan bergaduh dengan madunya, namun pada masa yang sama 'smesh' yang tajam turut ditujukan kepada sang puteri. Akibatnya habis terpinggir isu pembangunan wanita. Kalau ada pun hanya sebagai rencah penyedap rasa. Surat khabar juga habis sarat dengan berita isteri tua dan isteri muda. Masing-masing saling berlumba.

Ketika menyampaikan ucapan pada perhimpunan agung pergerakan itu, Rafidah berkata "Kita banyak dikecam kononnya kita tentang Puteri Umno, sebenarnya tidak kerana kita sokong apa juga untuk bantu kekuatan parti."

"Jangan ada lagi sesiapa di luar yang bertanya Wanita Umno takut bayang-bayang. Saya telah mengatakan selama ini bahawa anggaplah kami dan Puteri seperti ibu dan anak. Tak ada ibu yang bencikan anak... ibu yang benci anak, orang itu patut dipancung."

"Jadi mulai saat ini, saya tidak mahu dengar cerita bahawa Wanita Umno tidak suka Puteri Umno. Kalau dengar cakap-cakap begitu, puan-puan tolonglah saya belasah mereka sikit... kerja kita banyak, nak pikul biawak hidup buat apa," katanya.

Menyamakan puteri umno sebagai anak dan wanita sebagai ibunya adalah hujah yang terlalu bodoh untuk diterima pakai. Semua orang tahu bahawa anak adalah lahir dari perut ibunya sendiri. Tetapi dalam cerita ini adakah puteri lahir dari idea rafidah? Sebaliknya Mahathir yang tiba-tiba membawa seorang perempuan 'tom boy' dalam rumahtangga yang sudah kucar kacir dan memaksa si isteri  untuk menerimanya sebagai puteri baru mereka, tentu membuatkan si isteri marah. Tapi disebabkan kuasa veto suami dan tak sanggup ditalak untuk kedua kali menyebabkan rafidah terpaksa menerima kehadiran sang puteri dalam rumahtangga mereka. Perceraian pertamanya akibat kehadiran Siti Zaharah dulu merupakan pengalaman pahit yang tak mungkin dilupakan oleh 'Siti' Rafidah. Maka kehadiran 'Erra' Azalina terpaksa diterima dalam keadaan luka yang bernanah.

Serangan isteri tua

Namun dalam menampilkan kegembiraannya mendapat 'anak' baru,emosi wanitanya tidak dapat disorok. Sifat dendam dan amarahnya tetap terlampias melalui tindakan dan kata-katanya. Tak tahulah samada tidak sengaja ataupun memang sengaja lagi disengajakan.Semasa mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Umno Jumaat lalu, Rafidah mengumumkan jumlah keanggotaan Puteri sebanyak 20,000 berdasarkan maklumat yang diterima dari peringkat bahagian dan negeri. Maka diumumkanlah bahawa di Johor ada 10 000 ahli, di negeri ini ada 5 000 ahli dan di negeri itu ada 200-300 orang ahli puteri umno sedangkan sasaran 'Erra' Azalina yang sebenar adalah 1.5 juta keahlian. Ataupun paling tidak 26 000 sebelum tibanya hari pelancaran.

Maka melentinglah 'Erra' Azalina dan Ketua Penerangan Puteri Mistina Abdul Hamid Sabtu lalu mempertikaikan angka berkenaan dan dalam reaksinya pada Selasa lalu, Rafidah menegaskan pengumuman jumlah itu bukanlah satu angka yang direka-reka. Berkatalah 'Erra' Azalina sambil menambah beliau tidak pernah berkecil hati apabila pengumuman itu dibuat oleh Rafidah,"Kami merasakan jumlahnya adalah lebih besar. Lebih ramai lagi bagus. Namun, kami akan hanya umumkan pada 3 Ogos nanti iaitu semasa pelancaran Puteri."

Ketiadaan atau hanya beberapa kerat daripada 50 Puteri yang sepatutnya hadir sebagai pemerhati pada persidangan semalam, turut menjadi perhatian media masa terutama jurugambar dan ternyata ketiadaan sikap bertolak ansur terutama daripada golongan muda menjadi punca. Ketika ditanya sama ada wakil Puteri ada dijemput untuk menghadiri perhimpunan itu, Rafidah berkata: "Ya...kami menjemput mereka untuk datang tetapi saya dimaklumkan mereka tidak ada di sini."

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Penaja Puteri Umno, Noraini Ahmad berkata ketiadaan wakil Puteri pada persidangan wanita itu disebabkan Puteri Umno hanya diberikan pas sebagai pemerhati di Perhimpunan Agung Umno. "Kami tidak diberikan pas sebagai pemerhati pada Perhimpunan Agung Wanita atau Pemuda, tetapi kami tetap mengikuti ucapan kedua-dua ketua pergerakan itu di luar dewan," katanya. Dalam kes ini, kata-kata siapa yang hendak dipakai? Isteri pertama yang tak bagi masuk atau isteri kedua yang tak bersedia nak bertumbuk?

Isteri tua cuba menarik balik hati suami

Dalam pada itu, Rafidah tetap cuba berlakon di depan suaminya yang dia akan sedaya upaya membantu madunya itu. Terdahulu, dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Wanita, Rafidah meminta semua pihak berhenti melaga-lagakan pergerakannya dan Puteri Umno kerana entiti yang baru diwujudkan itu akan menjadi pelengkap kepada Wanita Umno. Dia berkata, antara usaha Wanita untuk membantu Puteri ialah setiap bahagian dan cawangan ditetapkan kuota untuk keahlian entiti itu, malah setiap ahli pergerakan itu diminta mendaftar anak perempuan mereka sebagai ahli Puteri.

"Kalau boleh kita mahu semua anak muda masuk Umno, jadi ahli Puteri dan kita akan bantu pada peringkat akar umbi."

"Anggaplah (isu Wanita dan Puteri) sudah beres. Kita ucapkan selamat pelancaran kepada Puteri. Kita juga harap Puteri Umno ini jangan segan silu untuk berjumpa makcik-makcik ini," katanya.

Namun sifat ketidakikhlasannya tidak dapat disembunyikan kerana dalam waktu yang sama rafidah tidak menolak pula kalau seseorang itu ingin terus masuk ke wanita UMNO tanpa menyertai puteri."Saya harap anak muda yang masuk Puteri, belajar dahulu, lepas itu masuk Wanita UMNO, tetapi ada pula yang tidak mahu masuk Puteri sebaliknya hendak masuk Wanita terus, tak apa, itu pilihan dia,'' katanya. Kenyataan ini bermakna ahli puteri umno diminta masuk ke dalam wanita dan individu-individu yang ingin terus menyertai wanita tanpa memasuki puteri, lebih dialu-alukan.

Siapa 'biawak hidup'?

Justeru rafidah terpaksa mencipta alasan wujudnya 'biawak hidup' supaya isu percakaran mereka dapat ditutup. Siapakah 'biawak hidup' rekaan rafidah? "Biawak hidup yang saya maksudkan ialah semua masalah dan cerita negatif mengenai hubungan antara Wanita dan Puteri. Kerja kita banyak lagi daripada hanya nak fikirkan perkara ini, termasuklah nak jawap awak semua."katanya sebagai satu pelepasan mudah ketika ditanya oleh pemberita.

Kerana seandainya rafidah bisa menjawab mengikut emosi dan naluri hatinya, pasti dia akan berkata bahawa biawak hidup yang terpaksa dipikul sebenarnya adalah Mahathir, Erra Azalina dan puak-puak di dalam wanita yang ingin menjatuhkannya seperti yang telah dirintis oleh Siti Zaharah. Biawak hidupnya juga adalah barisan pembangkang yang sengaja mencari salah dan mengungkit kisah penyalahgunaan kuasanya yang sudah-sudah. Biawak hidupnya juga adalah keadilan, kebenaran dan Islam yang menentang kezaliman pemerintah.

Seandainya sunnah sekecil memakai tudung tidak dapat dipraktikkan, apatah lagi amanah besar sebagai barisan kepimpinan wanita dan ummat? Memakai tudung hanya ketika majlis rasmi agama dan majlis perhimpunan agung UMNO. Itupun cara pemakaian tudungnya tidak boleh dianggap menutup aurat. Samada rafidah tidak tahu cara menutup aurat melalui tudung ataupun memang sengaja menghina perintah Islam yang mewajibkan menutup rambut bagi perempuan muslim. Tidak segankah pada perwakilan wanita yang lain di bawah? Nampaknya UMNO hanya ada permaisuri agung yang bertudung tetapi kehilangan isteri bakal PM Malaysia pertama yang bertudung, jua Siti Zaharah,bekas ketua wanita yang bertudung. Kerana sesungguhnya tudung juga adalah 'biawak hidup' yang terpaksa dipikul oleh rafidah!!!


REFORMIS ARDHUL KINANAH
21 Jun 2001

Jumlah pembaca:orang