Krisis Daim-Mahatir :  satu sandiwara saja ?

Daim sudah tiada tetapi Mahathir masih berkuasa. Daim pernah dianggap sebagai orang kedua  paling berkuasa di Malaysia. Bila Daim bersuara angkatunjuk bursa saham akan melonjak serta merta. Walaupun Daim tidak banyak bicara macam Mahathir tetapi tiap tutorkatanya sememangnya berbisa.

Orang tertanya-tanya apa sebab Daim mengundur diri secara tergesa-gesa ?  Satu teori menyebut Daim tidak senang dengan tindakan Mahathir membawa masuk bekas governor Bank Negara sebagai penasihat ekonomi Mahathir. Ada pula yang mengatakan Daim rasa tertipu bila mana Mahathir meluluskan pembentukan 10 buah bank utama,walaupun Daim bertegas untuk menubuhkan 6 buah saja.

Ada pula yang berpendapat Mahathir tidak puas hati dengan tindakan Daim membantu dalam “bailout” MAS dan TimeDot.com dengan menggunakan wang simpanan rakyat. Tindakan “bailout” itu telah menimbulkan rasa marah yang amat sangat bukan saja dikalangan rakyat jelata tetapi juga di kalangan ahli-ahli UMNO. Di dalam suasana  politik UMNO yang begitu muram dan tidak mendapat sambutan orang-orang Melayu,Mahathir melihat Daim sebagai satu liabilti yang boleh menjejaskan imej UMNO.

Namun demikian sama ada tindakan Daim itu merupakan satu lagi sandiwara Mahathir untuk menarik perhatian masyarakat daripada beberapa isu salahguna kuasanya seperti penahanan ISA,kes pembelian akhbar oleh MCA dan tindakan dua orang hakim mahkamah yang berani membuat penghakiman secara adil masih menjadi satu misteri.

Ada orang mengatakan bahawa Daim ditangkap,rumahnya digeledah oleh  polis dan setiausaha politiknya telah disoal siasat. Ini juga merupakan satu lagi sandiwara Mahathir yang direncanakan ketika UMNO sibuk membuat persediaan untuk mesyuarat agung UMNO pada hujung minggu ini. Semuanya ini dibuat dengan tujuan untuk mengalihkan pandangan masyarakat daripada isu-isu  sebenarnya.

Satu sumber menyebut bahawa Mahathir sememangnya marah  Daim kerana tindakan “bailout” yang dilakukannya tanpa dimaklumkan kepada Mahathir terlebih dahulu. Hanya setelah ‘transaction” itu selesai baru Mahathir diberitahu.

Satu sumber lain pula menyebut Daim  telah berkempen meminta cawangan-cawangan UMNO di sebuah bahagian supaya jangan mencalonkan anak Mahathir;Mokhzani untuk bertanding merebut jawatan penting UMNO bahagian tersebut. Akibatnya Mokhzani tidak dapat bertanding kerana tidak cukup pencalonan. Mokhzani mengadu kepada bapanya Mahathir kerana kerana “uncle” Daim tidak memberi sokongan kepadanya. Ini membuat Mahathir marah dan Mokhzani merajuk meletak jawatan dalam Pemuda UMNO dan menjual semua sahamnya kepada towkay cina ,seorang kroni Mahathir.

Dalam senario Daim-Mahathir ini,kedua-duanya tahu kelemahan satu sama lain. Kedua-duanya kaya raya dan kedua-duanya pandai memutarbelit satu sama lain. Adalah difahamkan bahawa pada satu peringkat keretakan hubungan Daim-Mahathir,puak-puak yang menyokong Daim ini telah mencadang untuk melakukan undi tak percaya terhadap Mahathir semasa mesyuarat agung UMNO ini. Daim secara senyap-senyap telah melawat sebahagian besar bahagian UMNO bagi meraih sokongan untuk mengemukakan undi tidak percaya itu.

Pemilihan ketua-ketua UMNO bahagian tempoh hari menampakkan ramai tokoh-tokoh pro Mahathir yang tewas,tetapi Mahathir telah menggunakan isu politik wang sebagai senjata untuk menaikkan orangnya yang tewas itu. Disamping itu Mahathir mengambil peluang ini untuk menghalang Daim hadir mesyuarat perwakilan nanti. Nampaknya tipu helah yang dimainkan Mahathir berjaya.

Mahathir juga dikatakan marah kerana Daim tidak menyerahkan akaun harta UMNO yang selengkapnya. Apabila UMNO lama telah diharamkan dulu,segala aset dan harta pusaka UMNO dipindahkan oleh Daim kepada sebuah syarikat bernama Hatibudi kepunyaan Daim. Soal sama ada harta dan wang UMNO yang berjumlah berbilion ringgit masih lagi wujud menjadi tanda tanya.

Daim juga dalam proses menceraikan salah seorang isterinya. Mahathir khuatir sekiranya ini berlaku harta Daim terpaksa di bahagi-bahagikan antara Daim dan isterinya itu. Mahathir tidak mahu  episod Halim Saad berlaku kepada Daim,di mana bekas isteri Halim Saad telah menuntut berjuta-juta ringgit sebagai bayaran alimony penceraian mereka.

Satu sumber lain pula menyebut tentang rasa tidak senang Daim terhadap tindakan Mahathir yang telah menghantar “feelers” kepada DSAI bagi mencari jalan penyelesaian masalah DSAI-Mahathir yang telah menjangkau lebih daripada 1000 hari dan kes DSAI ini telah menyebabkan ramai orang Melayu lari meninggalkan UMNO. Perkara ini Mahathir tahu,Daim tahu dan ahli-ahli UMNO tahu. Mahathir sedar andainya masalah ini tidak diatasi segera,kedudukan Mahathir dalam UMNO akan tergugat.

Daim adalah dalang utama dalam drama konspirasi menjatuhkan DSAI. Daim yang menggunakan banyak wang bagi menjayakan konspirasi tersebut. Tindakan Mahathir itu tidak menyenangkan Daim.Daim tidak boleh menerima hakikat yang Mahathir mahu berbaik balik dengan DSAI. Tetapi,bagi Mahathir itulah jalan yang terbaik bagi mengatasi kemelut yang menghantui Mahathir sejak DSAI dipecat dulu. Bagi Mahathir,penyelesaian itu adalah faktor utama dalam menentukan “survival” politiknya. Sungguhpun Mahathir sudah berkuasa selama 20 tahun, Mahathir masih mahu terus berkuasa sehingga tahun 2004 bagi menjaminkan anak pinak dan kroni-kroninya selamat.

Rahsia Daim,Mahathir tahu dan rahsia Mahathir,Daim tahu. Beranikah Mahathir bertindak menangkap Daim? Sudah tentu tidak. Khabar angin yang Daim akan ditangkap hanyalah  satu sandiwara Mahathir untuk mengalih pandangan rakyat daripada berbagai masalah yang dihadapi Mahathir sekarang. Ketidakhadiran Daim dalam mesyuarat agung adalah satu strategi Mahathir agar Daim tidak dikutuk atas perbuatan Daim itu. Mengutuk Daim sama juga mengutuk Mahathir.

Bagi perwakilan UMNO yang bersidang,mesyuarat agung tahunan ini hanya merupakan platform bagi Mahathir mengukuhkan kuasanya. Perwakilan yang hadir itu sememangnya mereka yang terpilih untuk memikul tanggungjawab sebagai lembu pawah yang hidungnya sudah dicucuk tali,hanya menunggu tuannya menarik ikut haluan yang hendak ditujui. Kisah Daim-Mahathir akhirnya menjadi  sebuah cerita dongeng,sekadar bahan bual-bualan lembu-lembu pawah UMNO,dalam tandas PWTC saja !

ALI ALLAH DITTA

Jumlah pembaca:orang