Ucapan dasar seorang Presiden tua yang letih

SUDAH terang lagi bersuluh. Presiden Umno Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang tidak mahu turun dari kerusinya, menyalahkan orang-orang Melayu kerana tidak mahu menghargai jasanya membangunkan negara.

Dr. Mahathir benar-benar bimbang nasibnya akan menyerupai nasib yang menimpa Suharto di Indonesia, sakit dan uzur di hujung usia senjanya dengan pelbagai caci nista dan pendakwaan yang menanti.

Dia cuba menyapu sampah di bawah permaidani, mahu menyorokkan masalah Umno dengan menyerang Pas dan keADILan yang disifatkan sebagai sanggup mengadaikan hak Melayu demi mencari undi.

Ucapan dasar seorang Presiden nampaknya cukup bercelaru, melompat-lompat dan tidak langsung menyentuh tentang Umno yang dipimpinnya tidak mempunyai seorang Bendahari.

Terus menyindir bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tidak tahu berterima kasih kerana sudah diberi pelbagai anugerah hingga melupakan diri.

Nyata Dr. Mahathir masih mengungkit-ungkit jasanya yang tidak mahu dikenang. Dia sahaja yang betul dan dia sahaja yang tahu mengenang jasa orang. Dia buat-buat lupa bahawa dia juga adalah penentang Tunku Abd Rahman Putra suatu ketika dahulu dan bila dia dikritik dan ditentang, dia mula menyalahkan orang itu dan orang ini.

Sebagai seorang yang sudah letih, dia tidak boleh bercakap perkara-perkara yang menyentuh wawasan atau arah perjuangan selepas ini, melainkan mahu memberitahu perwakilan Umno bahawa kenanglah jasanya.

Umno kini dipenuhi mereka yang bermasalah. Setiausaha Agungnya, Tan Sri Khalil Yaakob sedang menunggu siasatan polis terhadap aduan yang dibuat Datuk Fauzi Abd Rahman mengenai penyelewengan di zaman dia menjadi Menteri Besar Pahang.

Bendahari Umno, Daim Zainuddin sudah melarikan diri kerana tidak tertahan lagi dengan tekanan yang dibuat terhadapnya oleh Dr. Mahathir.

Setakat ini Dr. Mahathir seolah-olah mempertahankan Khalil hingga menyebabkan tiada siasatan polis dibuat terhadapnya. Khalil tidak dipanggil untuk mendapatkan keterangan dan mungkin polis tidak berhasrat menyiasat Khalil kerana Khalil orang besar Umno.

Sepatutnya satu aduan polis harus dibuat terhadap pihak polis yang enggan menyiasat Khalil.

Hubungan Puteri Umno dan Pergerakan Wanita cukup tegang walaupun Rafidah Aziz cuba menamakan ‘biawak hidup’ sebagai penyebabkan hubungan mereka kelihatan regang. Hakikatnya, Rafidahlah yang mengarahkan Exconya supaya menulis surat layang memburuk-burukkan Erra Fazira hingga menyebabkan celebriti ini meletakkan jawatannya. 

Azalina tentunya tahu rahsia ini dan Azalina tentunya mempunyai banyak surat-surat dari Ketua-ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian-bahagian yang mencadangkan anak-anak gadis mereka dicadangkan mengetuai Puteri Umno di bahagian-bahagian tertentu.

Dr. Mahathir boleh sahaja terus memperbodohkan ahli-ahli Umno yang ditaja kehadiran mereka di Kuala Lumpur kerana “musim pertandingan” semuanya ditanggung beres. Pemerhati yang agak ramai datang adalah “bukti politik wang” ketika pertandingan di bahagian.

Waktu malam, pusat-pusat hiburan dipenuhi mereka ini dan ramai GRO yang dilanggani kerana “inilah janji” ketika seseorang mahu bertanding di bahagian, dua bulan lalu.

Ummu Natasya

Nota webmaster: Politik wang= RASUAH

Jumlah pembaca:orang