Analisis Isu Mahathir-Daim dengan Perhimpunan UMNO

Mahathir, seorang diktator yang masih bernafsu memegang kuasa pemerintahan. Tanpa kuasa bermakna dirinya dan suku sakatnya tak boleh lagi hidup.......nescaya akan di hadapkan ke mahkamah.

Daim, seorang saudagar/businessman yang setiap hari sibuk memikirkan pasal duit dan bernafsu menguasai kuasa kekayaan negara ini.

Mereka berdua ini berkawan baik, saling membantu antara satu sama lain, ibaratkan negara ini mereka punya! Kenapakah tiba-tiba di hebohkan pelbagai berita pasal kononnya Mahathir bersengketa dengan Daim, Mahathir marahkan Daim kerana 'bailout' MAS dan Time Dotcom dan bermacam-macam andaian cerita lagi. Betul ke cerita itu-ini!

Semua cerita persengketaan Mahathir-Daim sehingga kononnya mengakibatkan Daim meletak jawatan sebenarnya ............. SANDIWARA BOHONG ! Kenapa kita semua cepat percaya kepada mereka yang boleh di gelar MUNAFIK DAN KORUP itu?

Daim, dalam hidupnya yang penting ialah duit, MAS dan Time Dot.com telah dapat dia selamatkan dengan duit rakyat, bukannya mudah nak selamatkan hutang berbillion ringgit dua syarikat itu...... hanya kuasa Menteri Kewangan sahaja yang mampu! Kita sudah maklum bahawa Tajuddin dan Halim Saad hanyalah nominee Daim, jadinya duit 'bailout'  sebenarnya masuk poket Daim juga sebab itulah Daim beria-ria jualkan saham MAS bernilai RM8.00. Dahlah hutang di tanggung oleh Khazanah, jual saham pula dapat untung lagi 100%, kaya sakanlah si Daim tu! Orang lain berniaga pun tak sama macam ini.

Begitu juga dengan Time Dot.com, apa yang ada pada Halim Saad, semua orang tahu sejarah sejak kecil dari mana timbulnya Halim Saad dalam dunia korporat. Renong tu milik siapa? Fikirlah dengan akal waras.

Selain dari itu, pergabungan bank-bank, siapakah yang untung besar? Jika tak untung  pun, siapakah yang ada 'power'? Bila ada 'power', bila-bila masa boleh pinjam wang dengan 'just one call'.

Itulah di sebalik persengketaan Daim- Mahathir. Dahulunya Daim pernah jadi Menteri Kewangan juga, banyak mana dia angkut wang rakyat masuk dalam poketnya? Selepas itu dia letak jawatan, kemudian jadi Menteri Kewangan lagi, kali ini bukan jutaan ringgit wang rakyat di perhabiskan tetapi billion ringgit daaaaa!

Perletakan jawatan Daim, hanyalah untuk meredakan suasana tegang isu-isu di atas terutamanya dalam perhimpunan UMNO. Mahahtir boleh jawap dengan pelbagai alasan bohongnya tapi tidak dengan saya.....saya arif cium bau kuttynya itu!

Mahathir pula, datang ke persidangan dengan ucapannya mengutuk gerakan para reformis, Keadilan dan PAS. Itu cubaannya untuk mengalih para perwakilan membangkitkan isu-isu mengenai dirinya dan Daim. Mahathir cuba menyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa dirinya masih di perlukan lagi......ibaratkan dia boleh hidup 1000 tahun lagi. Selagi dia hidup, jangan sentuh atau cuba pertikaikan kewibawaannya. Jika menentangnya, akibatnya samalah dengan mereka yang di hukum kerana politik wang baru-baru ini. Ini satu lagi sandiwara, isu politik wang hanyalah topeng untuk menghapuskan ahli-ahli yang menentangnya. Saya nak bertanya kepada Mahathir,  yang mana satu akan dia pilih.....politik wang atau hapuskan ahli UMNO yang menentangnya? Jika diri saya tentulah saya jawab, hapuskan ahli UMNO kerana mereka ini lebih bahaya..........musuh dalam selimut atau duri dalam daging!

Sekian dari saya.

Dr.Yusof MD

Jumlah pembaca:orang