Kami Bukannya  Berperang
(We  Are Not At  War)

oleh: Assif Shameen

Daim  Zainuddin  ketawa  dengan  kuatnya apabila  desas-desus mengatakan  dia  telah   ditangkap  polis. Sambil berdiri di ruang legar pejabat perdana menteri pada  18 Jun  yang  lalu,  bekas  menteri kewangan itu dilihat bercakap-cakap secara  selamba dengan  pegawai kerajaan, sambil menunggu giliran   menemui  perdana  menteri Mahathir Mohamed. Apabila mereka berjumpa,  Daim telah  menyerahkan  buku-buku  kewangan  yang  ada pada simpananya  ketika  menjadi  bendahari UMNO  selama  17  tahun.  Kemudian dia pun beredar keluar dari situ dengan  kereta  Proton  berwarna putih. Beredarlah  seorang insan yang  sudah  pun  beruban  rambutnya  yang  kelihatan kemas. “Kami  bukannya  berperang,” kata Mahathir,  kemudian.

Sememangnya,  perpecahan satu  usahasama  yang  terjalin dua  dekad lamanya bukan  laksana dua orang  panglima tentera  yang bertelagah  kerana  mahukan  kuasa  memerintah satu  kumpulan  tentera. Ia lebih  mirip  menyangkuti dua  orang arkitek, seorang dalam bidang politik dan seorang dalam bidang kewangan – yang telah  tidak  sebulu  dan sekata  mengenai cara   mengubahsuai rumah  mereka  yang  sudah  pun  dikira selesa. Mahathir  telah  melakar  hiasan  dalaman,  memilih  perabut  dan  menghentikan  perkhidmatan   para  petugas  yang  tidak  secocok  dengannya.  Daim  menentukan segala bil  dan perbelanjaan  dibayar  sambil  menentukan  cukup wang  dalam tabungan  untuk  digunakan  seterusnya.  Tetapi, Mahatthir semakin terasa  betapa  sumbangan Daim itu  sudah  mengundang bahaya. “Daim  sudah menjadi satu liabiliti,” kata Lim  Kit  Siang, ketua   DAP. “Dia terpaksa mengundurkan diri.”

Daim berusia  12  tahun lebih muda  daripada  Mahathir  yang  melebehi  75 tahun  umurnya. Mereka berdua  berasal daripada kampung  yang  sama di   Seberang   Perak, Kedah.  Daim mula   menjadi  jutawan  pada  awal 1970-an melalui  hartanah dan kemudiannya  beralih kepada   perbankan pada 1981.  Pada  tahun   itu Mahathir menjadi  perdana  menteri  dan  melantik  Daim mengetuai  Fleet  Group,  yang  merupakan  sayap perniagaan  UMNO. “Apabila  Daim memulakan  tugasnya  sebagai  Raja  Duit, amat  sukar  untuk  anda  menelah   setakat mana   syarikat  UMNO  berakhir   dan  yang  mana pula  syarikat  kepunyaan  Daim  bermula,” kata  Lim.  Ketika  Daim mula-mula menjadi menteri kewaangan  pada  1984, dia telah dikritik hebat kerana  memiliki  kuasa majoriti dalam sebuah  bank  utama  sehinggalah  dia  menjual  sahamnya dalam  bank  itu  pada 1986.  Lagipun  di bawah Dasar Ekonomi  baru, Daim ditugaskan mendidik beberapa usahawan  Melayu.  Sama ada  betul  ataupun  tidak  dia  telah  digelar ‘sifu’  kepada beberapa  orang  usahawan  yang  menonjol  itu. Apabila  empayar  bisnes mereka membesar, begitulah juga nama Daim. “Dia menjadi  satu  lambang inspirasi  kepada  setiap  ahli  politik  yang  gigih,” kata  seorang  ahli  UMNO  yang rapat dengan  tampuk  kuasa.

2Namun, segelintir usahawan  yang menonjol itu  mungkin   telah  menjadi  penyebab  kepada  kejatuhan  Daim, akhirnya. Apabila  ekonomi Malaysia  merudum, perniagaan  mereka  turut terhenyak   dan  hutang  pun  naik  mencanak.  Walaupun Daim dan Mahathir  pernah   bertelagah  mengenai beberapa dasar    seperti  menetapkan  kadar  tukaran matawang  negara,   masalah  yang terbesar memuncak  apabila kerajaan  membeli  saham  MAS  pada  dua  kali  ganda  harga  pasaran semasa, dan   penyelamatan  saham  telekom  yang  kecundang dengan  menggunakan dana  awam  di  tabung  pencen. Dua-dua   urusniaga  itu adalah  tanggungjawab Daim teltapi  ia  telah  mencetuskan kegegeran  rakyat.

Daim  tidak pun  menghadirkan  dirnya  di  persidangan  tahunan  UMNO.  Dia meminta  maaf dengan alasan dia  mahu  beredar  keluar  negara. Masyarakat  politik  di  Kuala  Lumpur  berpendapat   mereka berdua  akan menjadi  orang yang rugi  kalau mereka membiarkan  persengketaan mereka berterusan.  Tidak akan  ada  tangkapan, ataupun membalas dendam. “Daim bukannya  orang  yang  mahu  melawan,” kata  Chandra Muzaffar, seorang ahli akademi  yang kini menjadi  timbalan  presiden  parti pembangkang, ‘Keadilan’.  “Walaupun sudah  tidak  memegang  jawatan lagi,  dia  pasti  akan  akur  pada  apa  yang  diarahkan  nanti.” 

Selalunya  ia memerlukan  satu  krisis   untuk  menyerlahkan  kepincangan  sesuatu  sistem, inilah  yang pernah  dikemukakan  oleh  Daim satu  ketika  dulu.  Mahathir  mungkin sudah  membuat  keputusan  bahawa Daim  ialah  punca  kepincangan  itu.

Tamat.

Diterjemahkan  oleh  SPAR

Jumlah pembaca:orang