Kisah Rais, Masnah dan Dr. Mahathir

KALAU dengar orang-orang di bawah bercakap, bukan main lagi mereka tidak setuju dengan tindakan Lembaga Disiplin Umno, kononnya bertindak ikut “kelas tertentu” dan tentulah ada yang mahu menimbulkan ketika membahas Ucapan Dasar Presiden.

Malangnya, semua pembahas dipanggil oleh Naib Presiden, Najib Tun Razak mengingatkan, tidak boleh mengkritik Lembaga Disiplin dan tidak boleh menyentuh soal perlantikan orang kalah menjadi Ketua Bahagian yang dibuat Majlis Tertinggi Umno.

Maka, burung-burung kakak tua ini bercakap ikut skrip dan hanya boleh menegur orang bawah kononnya, mereka membiarkan Perdana Menteri keseorangan berhadapan dengan musuh-musuh.

Kononnya ahli-ahli Umno kini sudah cukup berbangga bila Dr. Mahathir boleh membaca tiga empat potong ayat Quran ketika menyampaikan ucapan dasar. Walaupun sebutannya tidak betul, tetapi mereka nampak ini adalah perubahan ke arah Umno yang lebih Islam dari Pas.

Kata seorang penyokong Dr. Mahathir, inilah kelebihan Tan Sri Dr. Abd Hamid Othman semenjak menjadi Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, sempat mengajar Dr. Mahathir membaca empat potong ayat Quran, walaupun dalam keadaan yang cukup dhaïf.

Andainya Dr. Hamid tidak melepaskan jawatan menteri, mungkin sampai hari ini tiada siapa boleh meminta Dr. mahathir turut membaca Firman Allah ataupun Hadis Nabi ketika menyampaikan ucapan. Apakah Dr. Mahathir mahu menyaingi kebolehan pemimpin-pemimpin Pas dan keADILan menyebut ayat-ayat suci al-Quran?

Ada juga yang mengatakan Astora Jabat yang membekalkan potongan ayat-ayat Quran kepada Dr. Mahathir termasuk meminta Presiden Umno menyebut kisah Firaun baik yang pernah ditulisnya dalam Mingguan Malaysia.

Kesihan ahli-ahli Umno, mereka ketandusan pemimpin yang berlatar belakangkan agama dan mereka ketandusan pemimpin yang mampu berhadapan dengan pembangkang. Flatform yang ada digunakan seluas-luasnya untuk membelasah Pas dan keADILan. Masalah parti sendiri, disembunyikan walaupun semua orang tahu mengenainya.

Rais Yatim pulak yang baru setahun kalah tempat tercorot Naib Presiden Umno mengertak ulama dan imam-imam kononnya mahu ditahan di bawah ISA. Inilah qualiti yang tinggal dalam Umno. Mereka tidak ada kemampuan untuk berdepan dengan rakyat dan kebangkitan massa. Yang boleh mereka lakukan ialah mengertak, menakut-nakutkan. Soalnya siapa yang takut?

Apakah Rais boleh terlepas jika BA berkuasa nanti? Ingat tak kisah isterinya tidak mahu memakai batik BAKTI dan menyarungkan batik itu untuk dipakai oleh orang gajinya. Batik serupa dipakai oleh Dr. Siti Hasmah Mohd Ali dan dalam masa yang sama, orang gaji Rais juga memakai batik serupa. Masnah mahu menghina isteri-isteri Menteri atau kumpulan BAKTI. Kini, dia menjadi pengampu Siti Hasmah manakala Rais pengampu Dr. Mahathir.

Biar dia gertak lagi, kita dedah lagi apa pekung Masnah Rais sebelum ini. Berlagak kononnya dialah wanita paling cantik di kalangan isteri-isteri menteri tetapi dalam masa yang sama, Rais pasang “girl friend” Cina. Semua orang-orang Umno tahu cerita ini tetapi Masnah mungkin tidak tahu. Lagi banyak Rais bercakap, lagi banyak yang boleh kita dedahkan. Pengundi di Jelebu, kawasan yang diwakili Rais bolehlah bersedia menumbangkan Rais dalam pilihan raya akan datang.

 

-Ummu Natasya

Jumlah pembaca:orang