Artikel Asal : Speeches that go nowhere


Ucapan-Ucapan Yang Tidak Ke mana

Oleh : Egghead (Dari Malaysiakini)


Kelihatan seolah-olah berlaku satu lagi hari yang penuh kesedihan buat rakyat. Mendengar ucapan-ucapan Dr. Mahathir Mohamad dan Hishamuddin Hussein semasa perhimpunan agung tahunan Umno, saya dapat memahami kekecewaan masyarakat Melayu dengan apa yang disebut sebagai parti peneraju negara ini.

Silalah menganalisa kedua-dua ucapan tersebut dengan lebih teliti dan kita akan dapat melihat bahawa di sebalik memberikan fokus kepada masalah-masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu, kedua-dua presiden Umno dan Ketua Pemuda Umno itu telah membangkitkan isu-isu yang tidak relevan sungguhpun ianya adalah satu perjumpaan yang penting.

Di mata orang awam, tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sedang ketinggalan jauh di belakang kelompok masyarakat yang lain dari segi pencapaian akademi dan ekonomi. Tanyalah siapa sahaja di jalan raya dan anda akan tahu apa yang benar-benar diperlukan oleh masyarakat Melayu.

Di sebalik menggalakkan masyarakat Melayu, terutamanya golongan belia, untuk menceburkan diri sepenuhnya di dalam bidang perniagaan dan ekonomi tanpa bergantung sepenuhnya kepada langkah affirmatif yang disediakan oleh kerajaan, apa yang dapat dilakukan oleh Hishamuddin adalah menggalakkan lebih ramai Melayu untuk menyertai Pemuda Umno dan juga Umno.

Mengapa ianya begitu penting kepada masyarakat Melayu untuk menyertai Umno? Adakah dengan menyertai Umno akan membawa kemakmuran kepada orang-orang Melayu? Adakah keupayaan masyarakat Melayu di dalam semua bidang boleh dipertingkatkan dengan memberangsangkan sekali hanya dengan menyertai Umno?

Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak empat dekad yang lalu, para pemimpin kita ternyata masih belum lagi. Selain dari menyalahkan orang lain terhadap kelemahan ekonomi kita, mengapa tidak mereka yang memimpin negara ini mencari jalan untuk menyusun semula ekonomi negara?

Saya tidak pun melihat negara-negara lain seperti Singapura menyalahkan orang lain atau negara lain semasa kemerosotan ekonomi negara mereka. Selain dari tidak habis-habis melaungkan slogan seperti 'Hidup Melayu' semasa Perhimpunan Agong Umno, mengapa tidak memperlengkapkan diri mereka dengan pendidikan yang lebih tinggi dan kecekapan untuk terus bertahan ditahan era globalisasi?

Saya rasa sudah terlalu banyak penekanan tentang politik dibuat di dalam negara kita. Setiap sektor, termasuk badan kehakiman, polis dan ekonomi, dipenuhi dengan politik. Saya rasa setiap badan perlu membebaskan diri masing-masing dari campur tangan badan politik. Para hakim perlu di berikan hak mereka untuk menjalankan penghakiman tanpa rasa takut.

Polis perlu diberi kuasa untuk menggunakan kuasa mereka seperti yang digariskan oleh undang-undang. Ekonomi negara  perlu dibenarkan berkembang di bawah peraturan undang-undang ekonomi yang boleh diterima.

Seandainya aktiviti-aktiviti perniagaan dikuasai sepenuhnya oleh politik, mengapa kita memerlukan bantuan dari pakar-pakar ekonomi? Bukankah kita boleh sahaja memperkenalkan berbagai kursus berkaitan politik di universiti-universiti kita supaya orang akan melabur di dalam ekonomi berdasarkan pemahaman mereka tentang senario politik Malaysia. Menyedihkan, bukan? Namun ianya sangat benar.

Di dalam bidang pendidikan, oleh kerana tiada sesiapa pun yang memberikan perhatian kepada janji-janji dan keputusan-keputusan dari Kementerian Pendidikan (memandangkan semua keputusan penting dan kritikal dibuat oleh PM sendiri), mengapa kita memerlukan sebuah Kementerian Pendidikan pula? Bagi saya, ia hanyalah satu lagi cara untuk membazirkan wang rakyat.

Jika negara kita tidak mengambil sebarang usaha untuk menekankan konsep meritokrasi di dalam berbagai bidang, apalah gunanya pula meminta agar generasi muda kita mencapai keputusan akademi yang lebih baik?

Hakikatnya, semua rakan saya lebih suka bekerja di mana-mana sahaja melainkan Malaysia selepas mereka menamatkan pengajian mereka dari universiti-universiti awam dan swasta; alasan mereka? Tiada gunanya bekerja di satu tempat yang keupayaan dan pengetahuan tidak dihargai.

Saya ingin mengusulkan satu cadangan yang tidak sepertinya kepada mereka yang dipanggil pemimpin-pemimpin negara. Silalah keluar dan cari sendiri apa yang sebenarnya rakyat mahukan, dan bukannya apa yang anda mahukan untuk memimpin negara ini. Di sebalik berbagai usaha untuk menjadikan parti-parti politik anda lebih tidak relevan kepada rakyat, mengapa tidak memberikan fokus kepada berbagai masalah dan isu-isu yang benar-benar memberi kesan kepada kehidupan berbagai komuniti di dalam negara ini?


Terjemahan : SPAR 09

Jumlah pembaca:orang