Mahathir Yang Terdesak Memperbodohkan Perwakilan
(A Frustrated Mahathir Stupefies A domesticated UMNO Delegate “HERD”)

Belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini apabila rakyat Malaysia disaji dan dihidangkan satu ucapan perdana seorang presiden yang sungguh haprak seperti yang disaksikan pada Persidangan Tahunan UMNO 2001. Inti pati ucapan dasar dan juga ucapan penangguhan oleh presiden yang memenangi jawatan yang tidak boleh dipertandingkan itu, tidak membawa sebarang kualiti kerana ia penuh dengan sampah sarap yang dipenuhi pembohongan dan penipuan belaka. Ucapannya itu memberikan bayangan yang amat jelas betapa beliau sudah menjadi seorang pemimpin yang terdesak dan sedang ketakutan yang amat sangat kerana dibenci oleh rakyat jelata. Inilah dia seorang pemimpin yang terlalu dihenyak oleh kebencian rakyatnya. Ucapannya itu memperakukan betapa beliau sudah semakin nyanyuk sambil usianya yang mencecah 76 tahun itu menyebabkan dia menghadapi situasi antara rahang harimau yang sedang menganga dan jerung buas yang sedia menantinya. Segala jenayah dan dosa politiknya membuatkannya takut dengan bebayangnya sendiri, sehingga semakin biul pertimbangannya, sehingga mendorong beliau menuturkan kata-kata haprak dan tongong yang memperlekehkan maruahnya sendiri.

Keengganan Melepaskan Kuasa Akan Membinasakan UMNO

Ketegasan Mahathir untuk terus mencengkam kuasa ketika sudah berusia 76 tahun, akan menjadikan UMNO sebuah parti yang lemah dan mereput seperti juga pemimpinnya yang mempunyai kualiti kenyanyukan, kesewelan, mudah terusik perasaannya dan taksub kepada sejarah sehingga kerap mengulang-ulang yang sudah-sudah, penuh keangkuhan dan kedegilannya. Di sebalik segala senarai yang melumpuhkan martabat itu, kepimpinan Mahathir yang berterusan akan meneruskan pengekalan segala kejijikan rasuah dalam UMNO, budaya politik wang, dan ideologi perkauman yang ketinggalan zaman. Lambang kemusnahan UMNO ialah Mahathir, politik penipuannya, putar-belit, pukauan, sogokan, ugutan, penderaan dan kezaliman akan menjerumuskan Umno ke kancah kehinaan yang akan mengheretnya menjadi satu parti yang akan ditelan zaman dan akhirnya pupus tanpa pusaranya. Tidak ada pun perkara yang boleh diberikan pujian daripada inti pati ucapannya yang penuh dengan penipuan, fitnah, putar-belit dan pukauan massa yang mahukan kesetiaan membabi-buta daripada perwakilan yang telah dicucuk hidungnya sehingga menjadi jinak sejinak-jinaknya disebabkan ketakutan yang amat sangat daripada seorang penyangak berhati syaitan.

Mahathir Mengaibkan Melayu Sebagai Pemalas dan Dungu

Adalah sesuatu yang malang mendengarkan suara seorang pemimpin Melayu yang telah berkuasa dua puluh tahun lamanya, yang menuduh orang Melayu sebagai dungu dan malas. Ini hanya membuktikan betapa kepimpinan Mahathir itu yang gagal segagal-gagalnya apabila dibandingkan dengan kemajuan orang Melayu secara keseluruhannya. Seharusnya dia memikul bebanan terbesar kerana mengecewakan harapan orang Melayu, memperlekehkan sebahagian besar harapan orang Melayu di luar bandar, sambil berusaha mencipta satu warga Melayu yang kaya raya di kalangan suku-sakat, pak-pacak dan jongosnya sambil mengenepikan majoriti bangsanya. Jelas, Mahathir gagal sebagai seorang negarawan, disebabkan sikapnya yang kuat berbohong dan menipu sebagai amalan hidupnya selama ini. Kerana pintar menelah perwatakan orang Melayu yang berlemah lembut, bersopan santun dan beradab dalam cara hidup mereka, dia telah merancang pelbagai cara untuk memutar-belitkan perwatakan itu untuk menjinakkan mereka sehingga mereka sanggup berdiam membiarkan segala rencana jenayah besarnya tanpa sebarang halangan yang menyekat salah guna kuasa. Memang amat malang sekali, apabila majoriti Melayu sanggup merelakan segala kejijikan itu terus berleluasa dilaksanakan oleh pemimpin mereka.

Minda pemimpin UMNO yang sudah dipukau oleh Mahathir

Pemimpin UMNO sudah dipukau sehingga menjadi bisu dan tidak lagi mampu berfikiran bebas. Setiap gerak-geri mereka, betapa kecil pun tindakannya, rencananya, dan keputusannya mesti difikirkan dan diluluskan oleh si penyangak ini. Tidak ada seorang pemimpin UMNO pun yang mampu berfikir sendirian tanpa gangguannya. Mereka telah dipukau untuk mengikuti arahannya dan setia kepada segala keputusannya. Kalau pemimpin mereka menyuruh mereka makan tahi pun mereka akan akur arahan itu. Kalau pemimpin mereka menegah mereka berfikir lagi, mereka pun akan berhenti untuk berfikir. Apabila pemimpin mereka berkata yang hitam itu adalah putih, mereka akan percaya cakapnya itu. Beginilah keadaan pemikiran para pemimpin UMNO setelah dipukau oleh Mahathir sehinggakan otak mereka sudah terpalit dengan tahi.

Kereputan UMNO Yang Semakin Nyata

Kerelaan mematuhi seorang pemimpin yang semakin nyanyuk dan ternyata kesewelannya, yang kini mahukan sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi, dan kerelaan meneruskan budaya politik wang dan korupsi, UMNO sebenarnya memilih jalan menuju kepupusannya. Kini, semakin meluap kebencian marhaen Melayu terhadap Mahathir ekoran ucapannya yang mengaibkan orang Melayu. Semakin ramai orang Melayu yang menganggotai Keadilan ekoran tuduhan beliau mengatakan Melayu itu malas dan dungu. Mereka semakin sedar Mahathir sudah gila, takut dan tertekan, dan mahu menyelamatkan dirinya bertopengkan UMNO. Kedegilan Mahathir ini akan menjejaskan masa depan UMNO. Sebenarnya Mahathir telah mengaibkan UMNO dengan memperakukan betapa selepas 44 tahun, UMNO hanya berjaya mencipta Melayu yang malas dan haprak.

Sampailah masa orang Melayu bangkit dan sedar untuk meninggalkan UMNO dan menganggotai Keadilan untuk menendang UMNO ke pusaranya sebagai usaha untuk menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran dan keaiban. Malaysia memerlukan satu parti politik yang dianggotai pelbagai kaum yang tidak mengirakan fahaman perkauman dan feudalisma. Marilah kita alu-alukan percantuman PRM dan Keadilan dan memasuki satu era baru dalam suasana politik yang terbaru di mana penduduk negara ini daripada pelbagai kaum dan agama dihormati, dikasihi dan dilindungi.

-Semangat Kebenaran-
(Spirit of Truth)

Terjemahan oleh: SPAR-06-005

Jumlah pembaca:orang