KENAPA SAYA MENYOKONG PERCANTUMAN KeADILan – PRM

BAHAGIAN I

Parti Keadilan Nasional adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan sempena menyahut seruan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar diadakan REFORMASI dalam sistem pemerintahan yangt terdapat di dalam negara kita ini.

Deklarasi Permatang Pauh yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran perlucutannya dari semua jawatan dalam kerajaan dan pemecatannya dari UMNO dan seterusnya beliau melancarkan GERAKAN REFORMASI dan kitalah yang menyambut seruan tersebut.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa DS Anwarlah yang merupakan reformis nombor wahid dalam negara kita ini atau BAPA REFORMASI MALAYSIA MODEN Ddan KeADILan tertubuh pun adalah kerana untuk menyediakan satu wadah bagi rakyat Malaysia yang menyokong iltizam DS Anwar Ibrahim ini untuk meneruskan perjuangan menuntut REFORMASI KE ARAH MALAYSIA YANG LEBIH ADIL.

Oleh kerana idea penggabungan ini adalah tercetus daripada DS Anwar Ibrahim sendiri yang pastinya mempunyai masa yang banyak  untuk berfikir dalam keadaan yang tenang demi untuk merealisasikan wawasannya untuk melihat REFORMASI total terlaksana , beliau telah melontarkan idea percantuman ini untuk kita fikir dan jika bersetuju melaksanakannya.

Saya menyokong penggabungan ini bukan kerana ianya adalah ‘ Brain – Child ‘ DS Anwar sahaja tetapi kerana ia adalah sesuatu yang amat perlu demi survival KeADILan itu sendiri kerana telah ramai pemimpin – pemimpin kita yang telah di ISAkan dan kita juga tidak tahu berapa ramai lagi yang akan kena.

Hujah – hujah saya untuk menyokong penggabunga itu selain daripada yang telah digariskan oleh Yang Berbahagia Dr. Chandra Muzaffar Timbalan Presiden yang kita kasihi adalah seperti berikut :-

1.      KEKUATAN SEMAKIN MANTAP- Penggabungan ini saya percaya akan menjadikan kita semakin kuat dan mantap kerana percantuman ini menggabungkan satu pihak yang idealis dengan perjuangan , yang terbukti tahan uji dengan satu pihak lagi yang mendapat sokongan rakyat terbanyak tetapi masih kurang pengalaman berpolitik bagaimana menguruskan kebangkitan rakyat. Hasil percantuman ini pastilah membuahkan satu pasukan yang benar – benar mantap.  

Contoh kemantapan kita dapat dilihat di Lunas. Sebagai ketua bahagian Padang Serai yang mana DUN Lunas adalah sebahagian daripada nya dan selaku wakil calon kepada YB Saifuddin Nasution saya adalah orang yang paling layak bercakap tentang Lunas. Disini diperturunkan statistik ringkas tentang 7 UPU di Lunas yang majoriti pengundinya adalah pengundi Cina. UPU tersebut adalah Kg. Baru , Lunas, Pekan Lunas, Kilang Sago, Kg. Dusun, Jln. Serdang, Jln. Pondok Labu dan Kg. Baru, Kilang Lama. Kita menang dengan di 5 UPU tersebut dengan majoriti yang tinggi manakala tewas tipis di 2 UPU iaitu 2 undi di Jln. Pondok Labu dan 10 undi di Kg. Baru Kilang Lama .

Berikut adalah statistik ringkas keputusan di 7 UPU yang terlibat :-

Bil

         UPU

SALURAN

    BA

   BN

MAJ.

1.

Kg. Baru, Lunas

1

385

125

+260

 

 

2

340

140

+200

2.

Pekan Lunas

1

347

177

+170

 

 

2

317

197

+120

3.

Kilang Sago

1

242

119

+123

 

 

2

287

162

+125

 

 

3

230

128

+102

4.

Kg. Dusun

1

252

210

+42

5.

Jln. Serdang

1

154

154

   --

 

 

2

177

172

+5

6.

Jln. Pondok Labu

1

205

207

-2

7.

Kg. Baru, Klg. Lama

1

218

228

-10

Kenapa ini boleh terjadi ?  Kesimpulannya , adalah kerana Sdr. Tian Chua naib presiden kita yang kini sedang di ISA-kan di Kemunting oleh kerajaan haprak BN , bersama – sama dengan petugas – petugas dari kaum Cina KeADILan dan PRM telah berkampung di Kawasan ini terutamanya di Kg. Baru Lunas, Pekan Lunas dan Kilang Sago. Hasilnya kemenangan kita di ketiga – tiga UPU ini benar – benar meyakinkan dengan majoriti yang tinggi sekali ( rujuk statistik ). Seperkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah Majoriti kita bagi ketiga – tiga UPU ini di saluran 1 adalah lebih tinggi daripada saluran 2 atau 3 . Kita memang tahu pengundi saluran satu adalah terdiri daripada mereka yang telah berusia melebihi 55 tahun atau golongan tua. Ini bermakna golongan tua ini lebih banyak mengundi BA daripada golongan muda kerana golongan tua ini satu ketika dahulu adalah bekas penyokong Sosialis Front yang dulunya dianggotai PRM. Ini membawa erti penggabungan kita dengan PRM ini nanti akan menarik sokongan bekas penyokong Sosialis Front kepada kita. 

BERSAMBUNG……

Jumlah pembaca:orang