Si Katak Lagi.....

Entah bencana apa yang melanda, raja katak Malaysia kembali menyerang. Tak cukup isu pindaan perlembagaan di Kelantan, di perhimpunan burung kakak tua dia berdendang. Aduhai katak..tak sedar-sedar glamour dan popularitinya semakin menghilang. Di hati orang UMNO pun, anda bagaikan melukut di tepi gantang. Tak tahulah nak melompat ke mana lagi, kalau dibuang.

Menurut hikayatnya, sang katak telah mencabar Si Bapuk Hishamudin supaya melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno yang disandangnya jika merasakan tidak mampu dan berupaya meneruskan perjuangan parti.

"Pemuda Umno kena bersemangat sikit, jangan retorik. Perkara berkaitan kebajikan biarlah dilaksanakan oleh Pergerakan Wanita dan Puteri Umno.

"Kalau tidak mampu, tidak upaya...serahkan kepada saya (jawatan ketua pemuda) pada 2004. Tak payah kita bertanding, jika ikhlas untuk bangsa, agama dan negara," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden.

Rupa-rupanya Sang Katak itu ada hati juga nak jadi Ketua bagi Pergerakan Pemuda Bapuk tu...Tak habis dengan itu, dia juga meminta Hishammuddin membuktikan dirinya lebih baik daripada Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar serta Mohamad Sabu. Agaknya dia terasa bahawa dia memang sehebat Mahfuz dan Mohamad Sabu..

Si katak sebenarnya cemburu dengan Hishammuddin yang begitu mudah mendapat laluan dalam parti. Itupun setelah Ahmad Zahid dikembiri. Apatah lagi Hishammuddin turut dipilih sebagai menteri. Sedangkan dia yang menang sebagai Ketua bahagian Pasir Mas, dipandang sepi. Lalu Hishammuddin dicabar supaya mencadangkan kepada presiden parti. Agar seseorang pemimpin tidak memegang 2-3 jawatan sekali.

Namun Si Hishammuddin lembik tak mudah mengalah. Dicabarnya pula si katak supaya jangan bermegah. Kuatkan dulu UMNO Kelantan yang lemah. Tebus kembali maruah. Rampas dulu Kelantan dari pembangkang yang gagah. Sebelum menegur tak tentu arah. Begitulah sifat pemimpin UMNO yang pantang dikata salah. Bila ditegur bertukar marah.

Si katak pula tak mahu menyerah. Tetap menegakkan benang yang basah. Walaupun goyah terpaksa berhujah. Demi mempertahan sebuah maruah. Maka jawab raja katak yang gagah, "Saya tidak boleh mengembalikan Kelantan kepada Umno kerana saya bukan jeneral di barisan depan". Alasan yang sungguh mudah. Membuatkan orang ketawa berdekah-dekah.

Hanya kerana dia bukan jeneral barisan hadapan, dia tak boleh buat apa-apa. Kerana dia hanya ahli biasa. Bukannya seorang ketua. Kepada sang katak, saya bertanya. Adakah kuasa merubah hanya di tangan ketua? Tidakkah ahli biasa boleh berbuat apa-apa? Kalaulah benar bagai dikata. Jelaslah siapa UMNO yang sebenarnya. Yang berkuasa hanya presidennya..ahli biasa, pak turut sahaja. Cuma kalau menurut alasan si katak ni, pengerusi perhubungan UMNO Kelantanlah yang terkena. Kerana tak berjaya bawa sirih pulang ke gagangnya. Tak sangka dalam diam si Katak menyindir ketuanya.

Akhirnya Ku Li terpaksa campur tangan. Suasana yang panas terpaksa diredakan. Anak buahnya perlu dimenangkan. Meminta agar pemimpin menerima teguran. Yang ikhlas suci dari perwakilan. Kerana yang penting ialah membetulkan kesilapan. Kepentingan parti perlu diutamakan. Dan Hishammuddin pasti semakin kepanasan. Dendamnya pasti kan berterusan. Airmukanya telah dijatuhkan. Oleh katak Kelantan.

Maka Sang Katak bertambah bangga. Pabila ada orang membelanya. Jamaluddin Jarjis dan Yusof Noor pula menjadi mangsa. Pemilik TNB dan Pengerusi Felda dipersalahkannya. Kakitangan Petronas, TNB, Felda yang menyokong BA jadi sasarannya. Kalau bekerja dengan syarikat milik kerajaan, tetapi tak sokong kerajaan, dipecat saja. Mudah benar alasannya. Apa dia fikir syarikat kerajaan tu, bapak dia yang punya? Aziz Shamsudin tentu ketawa. Kerana idea mereka yang serupa. Guru-guru kerajaan yang sokong BA habis dipecat sama. Paling  kurang pun ditukar nun ke pendalaman sana. Kisah pelajar UiTM yang dibuang kerana menyertai demo aman di depan masjid negara dulu, tentu membuatkan Aziz dan Si Katak suka. Kat akhirat nanti, jagalah kamu berdua. Hak orang yang teraniaya akan dituntut di depan Allah yang Maha Kuasa. Ketawalah kamu sepuas-puasnya!

Hujah Si Katak terus disambung. DSAI pula yang dipelangkung. 3 hari sebelum DSAI dipecat, dia telah berkunjung. Mencabar DSAI bersumpah di depan Al-Quran yang dijunjung. Namun katanya DSAI diam memuncung.  Itulah tandanya DSAI telah berlaku serong. Sedangkan DSAI bukannya tak berani bersumpah di depan Al-Quran yang agung. Cuma menghormati pendapat ulama' seperti Ust. Harun Din yang disanjung. Lagipun tiada dalil yang menyatakan perlunya bersumpah dengan memegang kitab Al-Quran yang ulung.

Di akhir kalamnya maaf dipinta. Kerana tugasnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menangani Fitnah yang disandangnya tak berjaya dilaksana. Itupun si katak masih tidak mengaku kelemahannya. Sebaliknya menyalahkan ahli di sekelilingnya. Menurutnya dia tak berjaya sebab tidak mendapat sokongan ahli sepenuhnya. Kalau macam ni, apa guna dia jadi ketua. Elok jadi ahli biasa sahaja. Ataupun tamatkan saja riwayat politiknya. Biar dia menghabiskan usia senjanya. Bertaubat dan beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Di dalam tempurung buruknya. Ataupun paling kurang tidak menambah dosanya. Kepada rakyat jelata. Yang menantikan kehadirannya  di akhirat sana.

Reformis Ardhul Kinanah

Nota webmaster: Artikel ini seharusnya disiarkan dalam laman web UMNO. Ia mungkin satu cebisan dari kisah perhimpunan agung UMNO yang baru lalu.~webmaster

Jumlah pembaca:orang