Penghinaan Mahkamah
(Contempt of  Court)  

Artikel    asal  ada  di  Minda Rakyat 26 Jun, 2001

Mahathir  yang  merupakan perdana menteri Malaysia yang paling  korup, seharusnya  dipanggil oleh  Mahkamah Persekutuan  kerana  kelakuannya  menghina  mahkamah. Gelagatnya  mengkritik keputusan  Hakim Muhamad Kamil  tentang  pilihanraya  Likas  dan  caranya  menghina Muhamad  Kamil itu, telah  mengaibkan   badan kehakiman  negara  menjadi  satu  ejekan  dan  skandal.  Jelas  Mahathir sudah melebihi  kuasanya  dan  badan  kehakiman  seharusnya  tidak  menganggap ini  sebagai satu   perkara  enteng sahaja.

Sepanjang  pemerintahannya sebagai  seorang  perdana  menteri,  badan kehakiman  negara  telah  diaibkannya sehinggakan  martabat  badan  kehakiman itu  jatuh  begitu  haprak  sekali sampai  menggugat   keupayaannya    melaksanakan  keadilan. Kejijikan ini   bermula dengan  kaedah  Mahathir  mengisi  badan  kehakiman  itu  dengan  insan  yang  taksub  kepada  kepimpinannya    seperti  Hamid  Omar  dan  Eusoff  Chin.  Melalui hakim-hakim bajingan    yang  haprak seperti  inilah membolehkan  Mahathir  mendalangi  kerja-kerja  jijik  badan  kehakiman  itu. Bajingan  yang  korup  seperti  ini  kemudiannya  melantik  beberapa  khadam seperti Lamin, Ahmad Fairuz, Mohtar Sidin,  Augustine  Paul,  Ariffin  Jaka,  RK Nathan,  dan  beberapa  hakim haprak  lagi  untuk  menguasai  keseluruhan badan  kehakiman  itu. Sememangnya,  kini mereka  dicampuri  pula  oleh  si bedebah  Mohtar  Abdullah.

Mahkamah  Rayuan  yang  kerap  mendengar  rayuan  daripada  mahkamah  rendah  dan  mahkamah  tinggi  selalunya  diketuai  oleh  Lamin yang  dibantu  oleh  bedebah  seperti   Ahmad  Fairuz dan Mohtar  Sidin.  Mereka  bertiga  ini  selalunya  akan  menentukan  semua  kes  membabitkan  Mahathir  dan  kerajaannya  akan  dihakimi  dengan  memihak  kepada  kepentingan  Mahathir. Memang  tidak  ada  peluang  lagi  mendapatkan  keadilan  kerana   rayuan  seterusnya  kepada  Mahkamah  Persekutuan  akan tersekat  dengan  kehadiran  si bedebah  Eusoff  Chin.

Eusoff dan  Lamin  sudah  pun bersara.  Mohtar tidak  lagi  memegang  jawatan  Ketua  Peguam  Negara.  Para  hakim kini mengadili  kes   mengikut  keluhuran  undang-undang  dan  sumpah  setia  jawatan  mereka. Para hakim kini  melaksanakan  tugas  mereka  tanpa  takut-takut  dan  rasa  tergugat. Inilah  yang  manakutkan  Mahathir.  Sesaorang yang  korup  selalunya  menjadi  takut  apabila   adanya   manusia  yang jujur  dan  ikhlas  menjalankan  tugas  mereka  mengikut  kedaulatan  undang-undang.  Sesaorang  yang  jujur  dan  ikhlas  adalah insan  yang  tidak  mudah  disogok  dan  dipengaruhi.

Senarai  sejarah  dosa-dosa  Mahathir  merakamkan  kecenderungan beliau  melantik orang  yang korup  di jawatan  penting negara.  Selain  badan  kehakiman,  kita  boleh  melihat  betapa  perkara yang  serupa  berlaku  juga  di  banyak perkhidmatan  kerajaan.  Dia  telah  melantik  Abul  Hassan  yang  rakus  sebagai   gabenor bank  Negara dan kini menjadi salah  seorang  penasihat kewangannya. Dia  sengaja  mengekalkan  dan  memberikan  sokongannya  kepada  politikus  yang korup  seperti  Rafidah,  Khalil, Ling Liong  Sik, Sammy dan  ramai lagi.  Dia  melantik khadam-khadam  mengepalai  perkhidmatan  Polis  dan  Tentera  dan  juga  KWSP.  Senarai itu  memang  tidak  ada  hadnya. Jawatan  yang   penting  tidak  diisi dengan  manusia  yang berwibawa tetapi  oleh  khadam yang rakus  dan  lemah  yang  mudah  dikotak-katikkan  kerana  mereka  mudah datang    menyembah. Inilah  caranya  beliau  memerintah  Malaysia dan  bagaimana dia terlepas  daripada  pendakwaan  terhadap  jenayahnya  dan  segala  kerja  jijik  berkaitan  korupsi  dan  salahguna  kuasa. Dia   putar-putarkan  polis,  jabatan  ketua  hakim  negara dan  badan  kehakiman  untuk  melumpuhkan  para  penentang  politiknya. Dia berjaya  dengan  putarbelit  itu  kerana  semua  jabatan  ini  dikepalai oleh  bedebah  yang  lemah yang telah  dilantiknya. Semua  bedebah  ini  tidak  mempunyai sebarang semangat  bertugas  untuk  negaranya  dan  untuk  kepentingan  bangsanya.

Manusia  bedebah  dan  haprak ini  menyalahgunakan  kuasa  untuk  terus  melantik manusia  yang  sama hapraknya  di semua tempat  dan  jawatan  penting  dalam  perkhidmatan  awam. Strategi  beginilah  yang  menjaminkan  dia  mendapat  kesetiaan  membabi buta  daripada  mereka  semua.  Mahathir  pernah  melindungi  Eusoff  menangani  dua  krisis  yang besar. Pertama ialah  dakwaan  korupsi yang  dikemukakan  oleh mantan  hakim  Syed Aidid  terhadap  Eusoff dan  yang  lagi  satu  ialah  episod  New Zealand-Lingam  yang telah  mencemarkan  martabat badan  kehakiman  negara. Mahathir  memang   gembira  dengan  dua  episod  ini  kerana  ia  membolehkan  beliau  mengetatkan  tali  penjerut  yang  membelit  leher  Eusoff untuk  diputarbelitkannya.  Raja  bedebah  ini  tidak  ambil  pusing  akan  martabat  badan  kehakiman  negara  selagi  badan kehakiman itu  dapat  dikotak-katikkannya  dan  mengikut  sahaja  kerakusannya.

Seandainya  badan kehakiman  negara  mahu  mengembalikan  kegemilangan  martabatnya  yang  telah  lama  hancur  itu,  seharusnya  mengheret si  bedebah  Mahathir  ini  ke  muka  pengadilan  kerana  segala  kritikannya  terhadap   penghakiman  Hakim  Muhamad  Kamil  dan  cara  beliau   memperlekehkan  hakim itu.   Serangannya  yang  haprak  itu  telah  menjejaskan   martabat  badan  kehakiman  negara.  Dia  harus dikenakan dakwaan  menghina   mahkamah  dan  diarahkan  membuat  penjelasan  akan  gelagatnya   itu. Sebagai  Ketua  Penguasa,  seandainya  dia  mempunyai  sebarang  masalah  terhadap  sesiapa  di  kalangan  hakim  yang  bertugas,  perkara itu  harus  dikemukakan  kepada Ketua hakim  Negara  yang  bertanggungjawab  melaksanakan  tindakan  mengikut  keluhuran  undang-undang. Kenyataannya  yang  haprak seperti  memerlukan  Hakim  Kamil  melaporkan  masalah  beliau  kepadanya  menunjukkan  betapa  beliau  memang   tidak  faham  akan  perjalanan  sistem    demokrasi  berparlimen  yang  diamalkan  di  Malaysia,  dan  peranan  kehakiman  sebagai  jentera kerajaan.

Terpulanglah  kepada   para  hakim  terutama  Mahkamah  Persekutuan  menghukum Mahathir. Mungkin  penjara selama 6 bulan memadai  untuk  menghukum  bedebah haprak  ini. Inilah  masa yang baik  untuk  tujuan  itu  memandangkan     ketidakupayaan  agensi  penguatkuasa  yang  lain  dan  juga  Ketua  Peguam  negara  untuk  mendakwa beliau  di  mahkamah  kerana  gelagat  rasuah  dan  salah guna  kuasanya.

Oleh kerana Hakim  Kamil  sudah pun bersara  dan  tidak  boleh  mendakwa  Mahathir  kerana menghina  mahkamah, saya  harap rakyat  Malaysia  akan  mengalu-alukan  tindakan  Mahkamah  Persekutuan  mengambil  tindakan  terhadap  Mahathir  dan  mendakwa  beliau  kerana  menghina  mahkamah. Bedebah  ini  sudah  menjadi  seorang  petualang negara. Kita  seharusnya  takut  kepada kuasa  pencipta  Yang  Maha  Esa  dalam  menjalankan  tugas  kita. Mahathir  sebenarnya  adalah  seorang bedebah   dan  penjenayah  yang  tidak perlu  diberikan  sebarang  kehormatan,  simpati  dan  kedudukannya.   Para hakim  seharusnya  menganggap  beliau   dengan  jijiknya  dan  mendakwa  beliau  berasaskan  segala  tindakannya  yang  salah  dalam  usaha  menghancurkan  badan  kehakiman  yang  satu  ketika  dulu  sungguh  dihormati.

 

tamat

Jumlah pembaca:orang