LIKAS: KEADILAN LETAK CALON PROFESIONAL

Timbalan Ketua Perhubungan Keadilan Sabah, Datuk James Ghani yang juga seorang peguam, dalam satu kenyataannya kepada akhbar tempatan, telah menyatakan bahawa Parti Keadilan Sabah akan meletakkan calon dalam pilihanraya kecil Likas di Sabah. Walaupun sebelum ini, parti-parti pembangkang utama di Sabah terdiri dari PBS dan PAS juga akan meletakkan calun masing-masing.

Parti PAS dan Keadilan yang berada dalam gabungan BA diperingkat pusat dan negeri, pasti akan memberi ruang kepada rakan masing-masing. Dan tidak mungkin akan berlaku pertentangan antara kedua parti dalam gabungan BA itu. Menurut Datuk James, satu kajian telah dibuat yang mana lebih kurang 70% pengundi Likas mahukan Keadilan meletakkan calun di Likas.

Tambahnya, ada tiga senarai calun Keadilan dari golongan profesional. Dan maklumat terbaru yang kita perolehi PBS dan Keadilan akan berkerjasama khususnya dalam menghadapi pilihanraya Likas. Ini adalah satu perkembangan positif kepada politik pembangkang di Sabah. Ini sudah pasti akan menambahkan kebimbangan UMNO/BN di Sabah, walaupun sebelum ini mereka mengakui tidak bimbang dengan gabungan parti-parti pembangkang dibawah bumbung BA di Sabah.

Rakyat Sabah yang sudah masuk dua penggal dibawah pemerintahan UMNO/BN dalam situasi tidak menentu dan terbelenggu dengan sikap UMNO/BN. Kita menjangkakan satu kejutan akan berlaku dalam pilihanraya kecil itu nanti. Dan kita juga mengharapkan dengan adanya Keadilan di DUN Sabah bersama PBS pasti akan menambah suara pembangkang di DUN Sabah, sebagaimana Parlimen gamat dengan suara ahli-ahli parlimen BA.

Akhirnya, kita mengharap rakyat Sabah, khususnya pengundi Likas akan membuat kejutan serta perubahan sebagai isyarat serta protes terhadap kerajaan UMNO/BN yang banyak membuat tindakan yang kurang menyenangkan rakyat, termasuk kes pemindahan setinggan Pulau Gaya ke Telipok, isu saham Sabah, Yayasan Sabah dan banyak lagi isu yang ditutupi dari pengetahuan rakyat. Mari kita hantarkan isyarat melalui peti undi dengan memenangkan calun Keadilan untuk menyelamatkan Sabah, dan Malaysia dari angkara politik rakus dan dendam UMNO/BN.

Sekian. 

Ibn Sabah, 
29.6.2001