Y.B. Ramli Bin Ibrahim

Ahli Parlimen Kawasan Kota Baru

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan 

1. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bagaimana boleh seorang yang disyaki membunuh Encik Seow Nam Keong dengan menggunakan senjata api di Rasah, Negeri Sembilan dibebaskan dengan ikat jamin sedangkan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi tuduhan yang lebih ringan tidak dibenarkan.

2.  Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan samaada kerajaan akan meneruskan dasar penswastaan walaupun menghadapi kegagalan demi kegagalan. Apa justifikasi kerajaan menswastakan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya kendalian JKR.

3. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan kerajaan terhadap syarikat-syarikat tajaan kerajaan atau swasta yang mengamalkan rasuah dalam melaksanakan projek-projek di negara selatan-selatan. Setakat ini berapa syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam amalan rasuah di negara luar.

4. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kerajaan akan menubuhkan sebuah badan untuk mengambilalih dan memajukan tanah-tanah di Wilayah Persekutuan. Apa pendekatan yang akan digunakan untuk memasti tidak berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan pembangunan oleh badan ini.

5. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru]  minta Menteri Kerja Raya menyatakan kenapa kerajaan mengeluarkan 'minimum guarantee' kepada pemegang konsesi lebuhraya bertol sedangkan mereka telah membuat 'viability studies' sebelum diluluskan pelaksanaannya. Sila senaraikan 'minimum guarantee' yang  diberikan kepada konsesi lebohraya bertol serta jumlahnya.

6. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri  Perdagangan Antarabangsa menyatakan apa jaminan kerajaan bahawa Petronas dapat menjadikan Proton sebuah syarikat yang kompetitif menjelang tahun 2005 atau sengaja mahu Petronas menanggung kerugian apabila AFTA dilaksanakan. Apakah kerajaan bercadang menjual Proton kepada syarikat asing sebagai rakan strategik.

7. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya berhenti mengambil penuntut baru. Apakah sebab-sebab ketika itu pusat tersebut tidak lagi mengambil pelajar baru.

8. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru]  minta Perdana Menteri menyatakan apakah Kerajaan bersedia melaksanakan cadangan yang dikemukakan oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada tahun 1991 untuk menubuhkan sebuah badan berotonomi bernama Majlis Perundingan Perpaduan Negara yang bertujuan mengurangkan polarisasi kaum serta  mempertingkatkan integrasi kaum di negara kita.

9.Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kerajaan sedar bahawa jumlah sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil merosot dari 530 buah sekolah pada Mac 2000 ke 423 buah sekolah pada Februari 2001.  Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini.

10. Y.B. Ramli Ibrahim [Kota Baru] minta Menteri Luar menyatakan pandangan Kementerian terhadap seorang duta di Washington yang mengeluarkan kenyataan yang mendahului kenyataan rasmi kerajaan seperti bekas Timbalan Perdana Menteri dibenarkan mendapat rawatan dari pakar luar sedangkan dalam masa yang sama Timbalan Perdana Menteri  mengeluarkan kenyataan yang sebaliknya.

Y.B. Saupi Bin Daud

Ahli Parlimen Kawasan Tanah Merah

Soalan-Soalan Untuk Jawapan Lisan

1. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan harga komoditi utama negara getah dan kelapa sawit begitu rendah. Apa tindakan kerajaan dalam jangka pendek dan panjang untuk meningkat pendapatan para petani, peneroka dan penoreh getah yang terhempit akibat kejatuhan harga hasil pertanian dan komoditi secara mendadak ini. 

2.  Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Pendidikan menyatakan tindakan kerajaan mengatasi pemberhentian belajar oleh anak-anak peneroka, penoreh getah dan petani secara besar-besaran akibat kemorosotan pendapatan kerana kejatuhan harga hasil pertanian dan komoditi negara. Apakah kerajaan akan menyediakan tabong khas untuk pendidikan pelajar-pelajar ini.

3. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Pertanian menyatakan kejayaan yang dicapai dalam Dasar Pertanian Nasional ke-3 untuk menggalakkan sektor swasta didalam perusahaan pertanian secara besar-besaran. Apakah  hasil pertanian negara berupaya menyaingi harga dari negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. 

4. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah 'Non-Performing Loan' yang telah dibeli oleh Danaharta dan berapa banyak lagi 'Non-Performing Loan' yang masih ditanggong oleh bank-bank dalam negara. 

5. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Kewangan menyeneraikan syarikat-syarikat yang akan diselamatkan oleh kerajaan. Berapa jumlah yang diperlukan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat ini.

6. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Perpaduan dan Pembangunan Sosial menyatakan apakah kerajaan memantau pelaksanaan kemudahan-kemudahan untuk masyarakat yang kurang berupaya di tempat-tempat awam seperti akses kepada bangunan dan sebagainya. Apakah Bangunan Parlimen ini akan disediakan dengan kemudahan tersebut.

7. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah]  minta Menteri Perdagangan Antarabangsa menyatakan apakah bentuk denda yang dikenakan kepada kerajaan Malaysia akibat dari tindakan kerajaan menangguhkan pelaksanaan AFTA dalam  industri automotif. Apakah denda tersebut akan dilaksanakan oleh kerajaan.

8. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapa kerajaan akan meneruskan pengambilan pekerja asing terutama dari Myammar seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri sekembali beliau dari Myammar walaupun keadaan ekonomi negara amat muram. Nyatakan sektor-sektor yang masih memerlukan pekerja asing dan berapa ramai yang diperlukan.

9. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah]  minta Menteri Pertanian menyatakan polisi kerajaan dalam pengimportan beras untuk keperluan negara. Apakah kerajaan hanya mengimpot beras berqualiti tinggi sahaja atau termasuk yang setaraf dengan beras tempatan. Apakah kerajaan akan memecahkan monopoli Bernas dalam pengimpotan beras kedalam negara.

10. Y.B. Saupi Bin Daud [Tanah Merah] minta Perdana Menteri menyatakan apakah BPR akan menyiasat dakwaan  rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Sarawak seperti  yang dilaporan didalam internet dibawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak sekarang. Apakah BPR akan bertindak menyiasat sekiranya  ahli parlimen membongkar  rasuah, dan penyalahgunaan kuasa  didalam parlimen ini.