MGG 5301

Peperangan Besar Dalam MCA
(Chiaroscuro: Gun Fight At  The  MCA Corral)

Presiden  MCA, Ling Liong Sik masih memegang keyakinan bahawa krisis  yang menghambat  MCA tidak akan menelan  kewibawannya. Beliau  masih enggan  mengakui adanya  perbalahan  di antara dirinya  dengan  timbalannya   Lim Ah  Lek, sambil memberi  amaran kepada  akhbar dan para wartawan agar tidak menulis mengenainya. Dia  beranggapan dengan bongkaknya bahawa  dengan cara itu semuanya akan berada dalam keadaan biasa sahaja. Lim   memang sudah lama meletakkan  jawatan  sebagai seorang menteri, sebaik  sahaja  krisis   seperti  itu mula meledak  dulu. Kerana itu dia  dianggap sudah tidak mempunyai  sebarang hak keistimewaan  kerana   itu adalah hak keistimewaan  Ling  sebagai  presiden   MCA.  Sikap  keras  kepala  beginilah yang akan  menjatuhkan Ling.

Krisis  ini tercetus  ketika masyarakat Cina sedang  bergolak untuk mengenal pasti arah tuju masa depan  mereka. Orang Cina  memang  semakin  galak  mengalihkan sokongan  mereka  terhadap  MCA seperti  yang dilakukan  oleh  orang  Melayu terhadap  UMNO.  Ling semakin dipencilkan sebagai seorang  pemimpin Cina  seperti mana  Dr. Mahathir  dipencilkan  oleh orang Melayu. Namun, Dr. Mahathir  masih  berupaya  mempunyai pilihan  lain  untuk memperbaiki keadaan, Ling  tidak pula  mempunyai  kemudahan seperti  itu.

Isu  MCA  sekarang  ini adalah serupa  sahaja  dalam setiap krisis yang dihadapinya  sejak 1969 dulu.  Ia  adalah mengenai bagaimanakah  dan bilakah akan munculnya  seorang  pemimpin MCA yang baru.  Sesiapa sahaja yang menjadi  presiden MCA  selalunya  akan mengenakan peraturan agar para pengikutnya  memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi kepadanya. Dia  juga  mempunyai  kuasa  mutlak untuk menyingkirkan sesiapa  sahaja  daripada  parti. Inilah caranya  mencengkam kuasa  dalam parti. Apabila   ahli-ahli parti  naik muak  dengan kepimpinannya, cara untuk  menghumbankannya  ialah dengan   mencetuskan  revolusi  dalaman di kalangan   kumpulan  politik dalam  parti. 

Itulah  yang  berlaku kepada Tan Chen  Lock ketika dia mahu  diusir keluar  oleh Lim Chong Eu, tetapi  beliau  telah  ditundukkan oleh  anak lelaki Tan  bernama  Tan Siew Sin.  Penggantinya  Lee San Choon telah  mengambil  alih  kuasa dalam  satu  krisis  politik  yang  berakhir  dengan penyingkiran  beberapa pemimpin  muda    yang mendesak  dilakukan  pembaruan  dalam  parti. Neo  Yee Pan  telah  menyingkirkan  Lee San Choon.  Tetapi  dia pun terhumban  beberapa tahun kemudiannya  oleh  Tan  Koon Swan.  Ling  Liong  Sik  telah menendang  Tan Koon Swan dan kini menunggu masa ditendang keluar  pula  oleh  Lim  Ah  Lek.

Nampaknya,  kewujudan  MCA  ialah  untuk  membolehkan beberapa  pemimpin Cina menjadi  ahli  kabinet kerajaan  pusat  ataupun  ahli  dewan  undangan  negeri dan untuk mengisi beberapa  jawatan  empuk  di seluruh  negara. Masyarakat  yang  sepatutnya  mereka  wakili sudah pun sengaja  menukar haluan  dalam sokongan  politik mereka. Para pemimpin masyarakat  telah  mengalihkan  haluan  mereka sehinggakan berlakunya  pertembungan  antara kuasa  budaya  dan kuasa  politik  mereka.

Apabila  pemimpin  politik dan pemimpin budaya  berganding bahu  dalam suasana yang ceria, berkatnya dapat dinikmati  oleh masyarakatnya. Apabila pemimpin  politik  membuat pendirian  bahawa  mereka lebih selesa  memihak kepada kerajaan untuk kebaikan diri sendiri dan dengan tujuan  memudahkan  usaha  memperkayakan   ahli-ahlinya, maka  lunturlah perjuangan  mereka  itu. Ciri-ciri  ini tidak berlaku kepada  MCA sahaja. Ia  mudah berlaku kepada  semua  parti  lain  dalam kerajaan  dan  akan berjangkit  juga  kepada  parti   di pihak pembangkang.

Pergolakan untuk menjadi  jagoan  dalam MCA  kini bertukar menjadi satu  peperangan. Ling tersilap congak akan sokongan yang diberikan kepada Lim.  Lim  merupakan seorang ahli politik  yang sebenarnya  liat untuk cergas dalam dunia  politik.  Tetapi  dia  ditonjolkan ke  tengah  pentas sedangkan  nalurinya  sudah  lama merintih  untuk  bersara. Sebagai  pewaris kepada satu dinasti Kapitan Cina  di  Pahang, beliau  memang sudah lama faham  bahawa  politik itu  bukannya  sesuatu  yang boleh dipercayai  sepenuhnya. Beliau  bukannya seorang  yang  mudah  melepaskan tugas  dan tanggungjawabnya. Tetapi beliau juga  bukannya seorang yang sanggup membisu melihatkan orang atasan  yang  menyalahgunakan  kuasa mereka.

Akhirnya  dua  orang yang  lama berkawan  kini menjadi  musuh  ketat  dalam  politik.  Seperti  yang berlaku  dalam UMNO  dan MIC,  presiden MCA mensyaratkan  hak kuasa sepenuhnya  ke atas  parti dan mengharapkan  kesetiaan yang padu kepada  kuasanya. Perkara  semacam itu hanya  boleh laku selagi dia disanjungi sebagai seorang  pemimpin. Apabila aura  kepimpinan itu menghilang, dia  mungkin  mampu bertahan  untuk seketika  seperti  yang dinikmati  oleh Ling.  Namun segala rekahan  yang  terdapat kepada  permukaan  sokongan  yang palsu  itu  akan terserlah juga. Itulah yang terjadi  akhirnya .

Lim memang telah lama mengelak  ambisi  menjadi presiden  MCA.  Dia lebih  mementingkan  kelicinan  perjalanan  parti. Tetapi, unsur  begitu memang tidak disenangi oleh Ling kerana dia lebih seronok kalau di kelilingi  oleh  para  juak  dan para kroni. Lagi lama dia  memegang tampuk kuasa, lagi jauh jaraknya  daripada kebenaran  akar umbi. Bermakna  dia akan terus  melekap kepada ekor baju presiden tahun lalu tersiar berita krisis di antara  Ling  dengan  Lim, sehinggakan  Ling bertindak melepaskan jawatannya  sebagai seorang menteri  kabinet.  Dia terpaksa menarik balik surat  perletakan  jawatan  itu kerana presiden UMNO dan juga perdana menteri menegahnya.  Inilah yang  secara lahiriahnya  membuatkan beliau  menjadi  seekor itik  yang tempang.  Dia  mungkin boleh berlagak seolah-olah tidak  ada  apa-apa  yang berlaku,  tetapi  tarikh pupusnya  sudah lama berlalu.

Ling telah mengarahkan  agar media  tidak  menyiarkan  berita mengenainya. Beliau  telah berjaya  mendapatkan sokongan beberapa  negeri  yang menyebelahinya. Tetapi, langkah yang serupa  mampu juga dilaksanakan  oleh Lim.  Sejak  itu terpasanglah kubu peperangan  di antara mereka berdua. Usaha untuk mencari  kambing-hitam  pun   bermula.  Cuma, pembekuan  berita mengenai krisis  itu tidak dapat dipendam  lama-lama.

Di waktu  yang sama MCA telah semakin berenggang dengan para  pengikutnya. Kelemahannya menangani isu Suqui, projek  Sekolah  Wawasan, dan  Sekolah Cina  di Damansara menjadi contoh  penyebabnya.  Malahan,  MCA tersilap langkah apabila  mendesak agar jawatan  ketua  menteri Pulau Pinang  diserahkan kepada MCA   sebaik sahaja keputusan  pemilu ke-10 sudah diumumkan. Permohonan  itu tidak disenangi  oleh UMNO.

Ling  dan Lim telah  bertemu  untuk meredakan keadaan. Mereka  gagal  kerana  keadaan yang  sudah lama teruknya. Kalau pun Ling  menang  dalam pusingan ini, dia tidak boleh berpatah balik ke pangkal  jalan.  Kemenangan itu hanya akan bersifat kejayaan  selepas berlaku suatu kerugian  yang besar sahaja. Ia merupakan sesuatu yang tidak berbaloi dan dia mesti melepaskan jawatan itu akhirnya. Jika tidak, segala remeh-temeh akan tercetus lagi di dalam MCA.

Soalan yang lebih besar sekarang  ialah  ke manakah hala tuju MCA  itu? Seorang analis ada mengatakan bahawa MCA sudah menghala ke kancah kereputan.Yang membuatkan kereputan itu semakin  ketara ialah disebabkan  semua parti  komponen  Barisan  Nasional  memang menghadapi masalah  yang  serupa.

Apa  yang berlaku kepada MCA   memang  sedang berlaku dalam UMNO. Walaupun  punca  krisis  dalam MCA tidak sehebat  punca  krisis dalam UMNO,  ia tidak juga memberikan kelegaan yang selesa. Punca krisis MCA  itu akan menghancurkannya, tidak kiralah apa yang akhirnya berlaku kepada  UMNO.

Kalau dulu masyarakat Cina menguap besar dengan masalah MCA, kini mereka sudah dijangkiti kuak yang beracun pula. Sikap  masyarakat Cina  yang tidak mengendahkan  krisis MCA tidak dapat membantu  Ling dan para  penyokongnya. Tetapi, sikap  yang serupa sedang ditanggungi juga  oleh dua lagi  parti Cina: Gerakan dan  juga  DAP. 

Lim nampak segala perubahan ini  dengan lebih jelas lagi berbanding orang  lain. Tetapi sesiapa  juga yang akan menggantikan  Ling  perlu mengurangkan  kuasa  presiden  parti mereka. Jika ini tidak dilakukan dan  seandainya sokongan masyarakat Cina  tidak  diperolehi semula, besar kemungkinannya  peluang  MCA  mempunyai wakil mengisi kerusi pembangkang di parlimen dan juga  dewan undangan negeri  akan  menjadi satu impian  sahaja. Itu sebabnya MCA perlu berusaha  mendapatkan  sokongan masyarakat  Cina    semula, kalau betul parti itu masih  lagi mewakili mereka.

-MGG  Pillai-    (Artikel  asal adalah untuk terbitan  Malaysiakini)

Terjemahan MT