Perpaduan Melayu: Daun  Joker  Dalam Permainan
(Unity Talks’ Joker  In  The  Pack) 

UMNO dan  PAS masih  belum dapat  menyelesaikan  perbalahan yang  mampu  memberi laluan kepada  perundingan  mengenai  perpaduan  Melayu  yang   mereka  rancangkan. Mereka berada  di satu  sekatan  di mana mereka saling tuduh menuduh pihak yang lawan yang tidak  ikhlas   dengan  perundingan  itu. 

Tujuan  sebenar  memang  amat jelas, kerana  adanya  tentangan   terhadap perundingan itu. Kedua-dua  pihak  tidak  bersedia menerima  keikhlasan  yang  ditunjukkan oleh pihak  saingan  sambil   cuba  memomokkan  usaha  pihak yang  lagi  satu.  PAS  masih sangsi dengan  inisiatif UMNO kerana  itu sebarang   reaksi  PAS dianggap dengan penuh kesangsian  pula  oleh UMNO. Di sebalik  semua  itu ada pula  satu perkara penting  yang menghantui  perkara  ini yang tidak  diambil kira. 

UMNO boleh menyatakan bahawa Parti  Keadilan Nasional, ataupun  Keadilan, bukannya sebuah parti Melayu, dan PAS boleh bersetuju pula dengan  pendapat ini.  Sedangkan Keadilan merupakan satu komponen penting dalam pencarian menyatupadukan orang Melayu.  Lagi pun, cara perundingan itu akan mencapai kejayaannya,  bergantung kepada  nasib yang sedang mencengkam ketua ulung  Keadilan,  bekas   timbalan  perdana  menteri,  Anwar Ibrahim yang  sedang  terpenjara. 

Anwar  merupakan   icon  yang  menyangga  kedua-dua  parti: yang satu  kerana sikap anti partinya dan  yang  satu  lagi kerana  sikapnya  untuk mendapatkan sokongan padu orang Melayu. Tetapi, kalaulah dia dibebankan  seperti yang  didesak  oleh  para penyokongnya, masalah  dalaman  kedua-dua  parti  itu  akan terus  naik  melonjak. 

Jadinya,  segala  gembar-gembur perundingan  itu adalah satu usaha  meneguhkan  asas sokongan  yang mungkin  merungkai seandainya  Anwar  dibebaskan dan   terus menyertai Keadilan,  UMNO  ataupun  PAS.  Dengan  lain perkataan  beliau  persis  laksana daun joker   dalam  permainan  mencari  perpaduan. 

Para  ahli  UMNO  dan  juga  PAS   tidak  berapa  ghairah dengan soal  perpaduan Melayu itu dan tidak  kisah sangat  dengan hasil  persidangan  mengenainya. Ia  sudah menjadi satu penyelesaian politik  kepada  kepincangan budaya yang tercetus  apabila kedua-dua parti saling bersaing untuk meraih  sokongan. Dalam kemelut  ini setiap  parti itu cuba menunjukkan kemampuannya  berbincang  dengan kekuatan  yang difikirkannya semakin menyinar. 

Pandangan  ini sengaja   terpendam  dalam UMNO tetapi  tidak pula  di kalangan PAS. Para pemimpin PAS   bertindak  memberikan penjelasan  kepada akar umbi  parti  kenapa mereka bertindak untuk  berunding  dengan mengungkit  fakta sejarah  dan  keagamaan dan kenapa PAS  boleh  berunding tanpa  sesiapa merasa sangsi akan  tindakan  itu.  Tindakan PAS yang sungguh  berkesan itu  membuatkan UMNO berada  dalam keadaan  bercelaru. 

Perjanjian  Hudaibiyah  yang  dilaksanakan  oleh  Nabi Mohammad (saw) dengan pihak jahiliyah  pada 1400 tahun yang  lalu  dijadikan rujukan  oleh  presiden PAS Fadzil Nor untuk  menjadi dorongan  berunding dengan  UMNO. Kalau  Nabi boleh berunding dengan orang jahiliyah kenapakah  PAS tidak  boleh berunding  dengan UMNO?  Malahan, HARAKAH telah menyokong hujah  ini dengan membangkitkan kisah Allah  bertemu  Iblis (kalau mengikut tradisi Kristian  disebut syaitan ataupun  ‘satan’)  di Taman Firdaus sebelum Adam  ditipu  untuk  memakan  buah  khuldi,   sebagai satu  justifikasi  untuk PAS berunding  dengan UMNO. 

Sepatutnya  UMNO  telah mengungkitkan fakta  sejarah  betapa  dalam   perjanjian di antara Nabi dengan kaum jahiliyah  itu dulu, ia  telah dimulakan dengan kaum jahiliyah yang meletakkan pra syarat sebelum  bersetuju berunding.  Allah  telah memperkenankan Iblis  mengadap-Nya  di  Taman Firdaus itu  ditiru pula  oleh   UMNO ketika  mahu bertemu dengan PAS. Inilah  yang  saya lihat daripada  kaca mata  seorang  yang bukan beragama Islam dan sebagai  orang biasa sahaja.  Tidak hairanlah  kalau ada   pendapat daripada golongan  yang anti-ulama dalam UMNO  yang mengungkit  perkara ini. Tetapi, mereka tidak berbuat  begitu.  Kenapa  agaknya? 

Para  pemimpin  UMNO  sedang menghadapi kesulitan  untuk  memberikan  penerangan kepada akar  umbi  parti,  dalam suasana  yang seperti dulu kala.  Akar  umbi  bukan sahaja tidak menyokong UMNO  lagi. Perpaduan  Melayu itu  merupakan  satu masalah  besar yang menghantui  UMNO  dengan ahli-ahlinya. Sikap  media massa  seperti  akhbar, radio  dan televisyen  menyepikan kisah  yang  berlaku  di setiap  mesyuarat   UMNO di pihak  akar umbi  memberikan gambaran  betapa UMNO sedang tergugat. 

Kerana  itu, isu  perundingan  mengenai perpaduan adalah merupakan satu  sahaja jenis sandiwara    untuk  PAS masa kini. Sebaliknya,   ia  merupakan  salah satu sandiwara yang memang banyak dipentaskan  oleh UMNO sehinggakan   tidak  ada  satu pun sandiwara  khas di mana UMNO  menyimpan  daun jokernya.   UMNO  cuba  menghidupkan  balik enjin perundingan  dengan insentif  yang segar, tetapi  ia  masih belum berjaya  lagi. UMNO telah  membiarkan isu perundingan  itu  dicemari oleh unsur  kepalsuan. Betapa pun perkara  itu dianalisis kini,  ternyata  PAS masih  berada   di pentas   perdana. Ini masih juga  tidak  bererti  bahawa  perundingan  perpaduan itu  akan  dapat disambung semula.

-MGG  Pillai
28.2.2001.

Terjemahan MT
1/3/2001