Utusan Perbesarkan Isu Meruntuh Patung Buddha

Assalamualaikum saudara webmaster.

Saya dapati Utusan Malaysia serta akhbar lain cuba memaparkan dan memperbesarkan isu Taleban merobohkan patung Buddha. Saya berharap Ustaz Ali Muda dapat menerangkan semula isu tersebut dalam konteks Malaysia, agar rakyat Malaysia tidak mengaitkan dengan dasar Islam yang akan dilaksanakan sekiranya insyaAllah Barisan Alternatif menguasai kerajaan.

Saya percaya tindakan Taleban itu wajar oleh kerana hampir 100 peratus dari penduduknya adalah Islam, dan tidak keterlaluan hampir tiada yang menganuti agama Buddha. Keadaan ini boleh disamakan dengan kedatangan Islam ke Mekah semasa pembukaan kota Mekah, di mana berhala di hadapan Kaabah diruntuhkan demi menyucikan sekitar Baitullah dan Masjidil Haram.

Sekian. Wassalam

Anonymous

Nota webmaster: Ya, kita berharap Ustaz Ali Muda akan menulis isu ini tentang mengapa tindakan meruntuhkan patung-patung itu tidak menggambarkan kezaliman dasar Islam terhadap kebebasan berugama untuk lain-lain bangsa. Kita tidak faham mengapa Utusan Meloya memperbesarkan itu melainkan dengan bertujuan menggambarkan Islam itu sebagai suatu yang buruk dan kejam. Jika demikianlah perlakuan dan niat mereka, mengapa marah jika ada pihak mengatakan mereka tidak Islamic atau dengan lebih tepat mereka itu kufur dengan Allah. Siapa Kufur? Para pekerja yang menulis dan mengiyakan perkataan yang memburukkan Islam dan mereka yang membaca dan bersetuju dengan tulisan itu.. Wallahua'lam ~ Webmaster