Ingatan kepada anjing kurap, FRU, SB, orang UMNO, RTM, TV 3/4, hakim/peguam, Utusan Meloya.

Kepada anjing-anjing kurap, FRU dan SB, kamu diminta sedar apa yang telah kamu lakukan ke atas marhaen yang tidak berdosa. Apakah kamu sanggup dilaknati oleh Allah dan menerima pembalasan yang setimpal di akhirat nanti. Maknanya, kamu lebih takut kepada Mahathir daripada Tuhan? Adakah Mahathir akan menghargai jasa kamu lanyak marhaen yang tidak berdosa? Jawapannya ialah TIDAK. Kepada anjing-anjing kurap, masih ingatkah kamu apa yang telah berlaku menjelang Hari Raya Aidilfitri di mana kamu belum lagi menerima gaji untuk membeli segala barang keperluan untuk menyambut ketibaan Syawal dan penggal persekolahan anak-anak kamu tahun 2001.

Sudah tentu isteri dan anak-anak kamu merungut kerana tiada duit untuk membeli barang keperluan. Adakah Mahathir masuk campur dalam hal ini untuk menyelesaikan masalah penerimaan gaji yang lewat? Setahu saya jawapannya ialah TIDAK. Maknanya kamu tidak dihargai oleh Mahathir dan kamu hanyalah boneka kepada beliau. Bukan sahaja kamu diperbodohkan, dipergunakan dan dicucuk hidung oleh Mahathir untuk kepentingan diri sendiri malah apa yang sedih ialah kamu (anjing kurap, FRU dan SB) turut menanggung dosa yang sepatutnya kamu boleh elakkan jika kamu tahu apa itu dosa dan pembalasan. Shame on you anjing kurap, FRU and SB! Kepada bapa anjing kurap Norian Mai, anda telah mencemarkan nama baik polis.

Rencana ini ditujukan juga kepada orang UMNO, MCA, MIC, RTM, TV ¾, Utusan Meloya dan lain-lain. Sampai bila kamu hendak terus bertuankan perompak/penyangak/pencuri. Adakah mahu lebih sayang kepada harta, kedudukan, pekerjaan dan pangkat dan tidak takut turut menanggung dosa bersama Mahathir/Taib Mahmud di akhirat nanti? Kepada orang UMNO, apa yang kamu tunggu lagi, segera buat usul undi tidak percaya kepada Mahathir pada perhimpunan Agung UMNO nanti. Kepada RTM, TV 3/4 dan Utusan Meloya dan lain-lain, apa faedah yang kamu dapat? Hanyalah dosa-dosa yang semakin bertambah setiap hari menyebarkan pembohongan, fitnah, ugutan, politik benci, politik perkauman sempit, propaganda dan putarbelit untuk melindungi dan menjaga kepentingan Mahathir dan suku sakatnya. Hanya dengan sesuap nasi kamu sanggup melakukan pekerjaan terkutuk untuk menindas marhaen. Ingatlah doa orang teraniaya lebih makbul.

Kembalilah kepangkal jalan dan kamu diminta renungi, hayati dan fahami beberapa potong ayat di bawah.

1. “Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan), atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya. Dan (ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa yang dapat menolongnya.” (Surah Al-Baqarah 2:270) maksud ayat tersebut: 

1. Allah melarang keras bersubahat dengan orang-orang yang zalim seperti Mahathir. 

2. Orang yang zalim tidak wajar dibantu. Jika seseorang membantu orang yang zalim, orang tersebut akan terus menerus melakukan kezaliman. 

3. Menyokong atau condong kepada orang yang zalim adalah satu bentuk kezaliman. 

4. Orang yang menyokong kezaliman akan dibalas dengan azab sengsara oleh Allah. Kepada anjing kurap, FRU dan SB, adakah kamu tidak takut pembalasan Allah? 

2. “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim, maka (kalau kamu berlaku demikian) api neraka akan membakar kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan dapat pertolongan)” (Surah Hud 11:113) 3. “Dan tolong-menolonglah di antara kamu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah ayat 2)

Kepada anjing-anjing kurap, FRU dan SB yang melakukan kezaliman ke atas marhaen yang tidak berdosa, tinggalkanlah perbuatan kamu yang dilaknati oleh Allah. Mulai sekarang, mengucap banyak-banyak, bertaubat dan banyakkan buat pahala dan ibadat semoga keinsafan kamu akan dimaafkan oleh Tuhan. Satu hari nanti Mahathir akan tumbang juga (jadi penghuni Sungai Buloh, Wallahualam) dan saya tidak mahu dengar apa jua alasan kamu menyokong, bersubahat dan bekerjasama dengan Mahathir (diktator tua). Tiada sebab kamu berbuat demikan jika kamu takut kepada Tuhan dan bukannya takut kepada Mahathir (Doktor Mahafiraun jahat, Mahazalim, Perompak Negara, Bapa Pemusnah Negara)

LTL