SEKADAR SATU PERINGATAN!!

Assalamualaikum,

Saudara-saudari yang membaca surat ini.

Awaslah jika menerima e-mail dari orang yang bernama "kaah" ini. Saya pernah subscribe pada laman "ahli_sunnah_vs_anti_hadith@yahoogroups.com" dan terus unsubscribe immediately bila menerima mail-mail pertama. Sebabnya ialah dihalaman itu Golongan Anti-Hadith yang dipelopori oleh Kassim Ahmad dan mendapat restu ramai pemimpin UMNO termasuk Dr. M terus-menerus mencaci dan menghina Rasulullah s.a.w. dengan begitu hebat. Saya yakin mereka confirm murtad tetapi memandangkan benefit dan advantage kepada UMNO supaya ramai rakyat buta Islam atau keliru, maka dipupuk dan dibiarkan pertubuhan sesat ini berkembang biak.

Salah seorang penulis Anti-Hadith yang amat tekun 'berjihad' menegakkan kemurtadan golongan ini serta brainwash netters ialah si "kaah" ini. Sehingga dia mengaku dirinya Utusan Tuhan dan Rasul!! Ini bukan fitnah tetapi nyata dan jelas dalam laman yang saya sebut tadi.

Oleh itu, jika menerima e-mail darinya dan rakan seperjuangannya, wajiblah kita block sender atau delete saja. Kalau kita rasa nak cuba nasihat dan mengajak dia bertaubat, boleh cuba tapi dah ramai yang cuba. Malangnya sebagaimana Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 8 "Telah Aku kunci rapat hati mereka, Ku tutup pendengaran mereka, dan Ku tutup rapat mata mereka dan mereka akan dihumban kedalam azab yang pedih".

Dari panjangnya penulisan beliau dan setelah saya amati dan bandingkan dengan buku-buku Kassim Ahmad, nyatalah pemikirannya serupa. Malah saya berani mengsyakki bahwa "kaah" itu ialah KAssim AHmad.

Wassalam.


    From: ka ah <kaah_99@yahoo.com>
Reply-To: tabligh@yahoogroups.com
To: tabligh@yahoogroups.com
Subject: Re: [tabligh] Re: [kullu-muslim]RISALAH FIKIR (235) : TA'BIIRUL-MANAAM (18).....
Date: Fri, 2 Mar 2001 01:03:34 -0800 (PST)

saudara... kita diberi akal fikiran oleh allah dan
kitab sebagai panduan, sedemikian apa jua perkara
adalah atas diri kita sendiri.  lihatlah bagaimana
kesudahannya cerita antara nabi adam dan syaitan
mengenai pokok khuldi.

sekian