Berjihad melalui politik wajib jika hendak menegakkan hukum Allah

Assalamualaikum,

Awas dan jagalah iman kita yang senipis rambut ini. Islam sempurna. Ilmu Hisab 'Aqikah memang lain dari yang dibelajar disekolah. Enam tolak satu ialah kosong. Kalau tolak dua pun kosong....seterusnya. 6666 tolak satu pun jawapannya kosong.

Maknanya kalau kita ragu satu ayat, hatta satu huruf pun dari Al-Quran, maka batallah syahadah iman kita dan hancur leburlah segala amalan dan tinggallah diri menjadi kafir. Na'uzubillahi minzalik!

Politik itu dari Islam. Hanya dengan kuasa politik sahaja kita dapat melaksanakan hukum Allah. Lihatlah UMNO yang memerintah 43 tahun. Apa yang boleh dibanggakan dengan Islam? Bank Islam, UIA, pajak gadai Islam, kubah besar-besar hinggakan Mahligai Mahathir yang menggunakan wang hasil rompakan dari Petronas itu pun ada kubah besar. Islam di Malaysia hanya pada syi'ar (lambang) dan bukannya syari'ah.

Kita yang berjuang untuk Islam mestilah memastikan Islam menang dan gerakan Islam menang. Bersatulah memenangkan PAS dan BA kerana PAS menjunjung Kitabullah dan As-Sunnah. Jangan jadi musang berbulu ayam. Satu kisah benar berlaku di Shah Alam (kalau tak silap saya) di Masjid kedua terbesar yang terletak di Seksyen 26. Ada seorang yang selalu keluar mengajak orang kepada Islam, kadang-kala berbulan lamanya. Tetapi beliau menjadi pengintip UMNO dan JAIS dan selalu merakamkan ceramah dan repot pada 'ketuanya'. Sedangkan masjid itu memegang rekod Malaysia sebagai masjid yang paling aktif menganjurkan majlis kuliah dan sebagainya setiap hari.

Saya tidak mengatakan semua orang yang keluar mendakwah itu berperangai jahat seperti beliau itu. Tetapi saya amat sedih dan marah beliau yang terkenal dan rajin ibadah itu menjadi dalang menggagalkan PAS dari memerintah dan menegakkan Islam. Sungguh ironic sekali. Dengar khabar dia sudah diwar-warkan menjadi bendahari masjid untuk AJK baru yang JAIS sekarang berkeras untuk ditubuhkan.

Seolah-olah masjid hanya boleh mengajar ayat yang mengampu UMNO/BN saja. Sedangkan kalau kita kaji Al-Quran, lebih separuh isinya adalah menentang kerajaan Malaysia dalam apa sudut pun. Adakah Jakim, Ikim, Yadim, JAIS, dll bersedia untuk mencadangkan kepada Mahathir supaya separuh isi itu dimansuhkan? Atau mereka bersedia melaksanakan saranan Mahathir supaya Quran ditafsir semula?

Dari sudut fiqh, jalan menuju sesuatu yang wajib itu menjadi wajib. Sebagaimana wudhu yang dasarnya sunat menjadi wajib kerana melaksanakan solat yang memang wajib. Maka menegakkan hukum Allah itu wajib. Oleh kerana matlamat ini hanya boleh dicapai dengan kuasa politik, maka merampas kuasa politik (atau menang pilihanraya) menjadi wajib, mengundi juga wajib, mendaftar juga wajib, berjuang untuk menang itu juga wajib.

Wassalam.



    From: "Abd. Hamid Othman" <badique@hotmail.com>
To: badzrulnizam@hotmail.com, coolpet99@yahoo.com, alkhatab@yahoo.com, ruzish@rnma.po.my, hizb@hizbi.net, Asma_Ahmad@jabil.com, Sariful_Hazmi@jabil.com, astorasesat@hotmail.com, Rosyizam_abdul@jabil.com, Mohd_Yusof@jabil.com, dakwah@listbot.com, Fauzi@sci.com, mohd_razaidi@jabil.com, Noraida_Daud@jabil.com, ismailm@allegiance.net, jelutongman@hotmail.com, alhapus@yahoo.com, khairunnisaa_y@yahoo.com, ali_aljunid@yahoo.com, pawang_hecker@hotmail.com, fathalaz@sby.centrin.net.id
CC: oarahman@usm.my
Subject: Re: Mastika Hadith - Muqaddimah 1(e)...(ii)
Date: Fri, 02 Mar 2001 06:38:50 +0800

Assalamu'alaikum wmwb semua,

Ana nak komen sikit, kerana Allah, dari Allah dan untuk Allah.

Pertama, politik adalah asas kejadian manusia dimuka bumi dan sesungguhnya politik merupakan sunnah Nabi s.a.w. yang hukumnya wajib sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sunnahku yang paling besar ialah menegakkan hukum Allah". Jadi janganlah ada lagi kalangan kita umat Islam yang masih berfahaman sekular-nasionalis yang mengatakan politik suku-ugama suku. Dikhuatiri akan membatalkan syahadah maka rugilah jika mati dalam keadaan kufur.

Allah berfirman didalam Surah Al-Baqarah "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat, 'sesungguhnya akanKu jadikan dimuka bumi ini Khalifah'........". Tafsiran para ulama (bukan ular mamak atau ulamak suk) bahwa khalifah bermaksud pentadbir dan bukan pemerintah. Pentadbir bermaksud beriman pada Allah dan Rasul, kitab dan yang lainnya, 'adil, ihsan, mengutamakan kaum kerabat dan saudara Islam terutama fakir miskin, mengajak kepada kebenaran dan kebaikan dan mencegah segala kemaksiatan dan kemungkaran, mengelakkan permusuhan melainkan jika Islam dan maruah dihina (sila rujuk setiap akhiran khutbah Jumaat, tok khatib baca surah An-Nahl ayat 30 kalau tak silap).

Kalau dihuraikan ciri khalifah diatas, tanya diri sendiri adakah pemimpin kita ini mempunyai ciri tersebut? Bandingkan Tuan Guru Nik Aziz dan Abd. Hadi dengan Mahathir dan angkatannya. Yang mana lebih dekat (walaupun tidak 100% macam Nabi) dengan ciri kepimpinan Islam, maka golongan itulah yang wajib kita sokong dan ikuti. Kita tidak taksub kepada pemimpin sebagaimana penyokong dan pendokong parti sekular-nasionalis yang satu itu. Mereka menyokong saja apa yang pemimpin dan angkatan mereka kata dan buat walaupun menghina Islam, Nabi dan hukum hudud sebagainya. Bertaubatlah kita sebelum mati dalam kekufuran.

Politik bukan isu lapuk. Politik Islam maju kehadapan dan mengimbangi antara dunia dan akhirat. Yang lapuk ialah pemikiran manusia yang telah dan masih dijajah oleh Yahudi dan Nasrani. Mahathir kata bersatu menentang penjajahan semula kuasa asing, sedangkan kita tak pernah merdeka pun! Kemerdekaan hakiki ialah merdeka dari segala penghambaan terhadap makhluk dan material dan takut dan taat hanya kepada Allah dan Rasul. Tetapi Malaysia masih dok pakai undang-undang Yahudi dan Nasrani serta violently menentang hukum Allah dilaksanakan (lihat surat ugutan Mahathir kepada kerajaan PAS Kelantan mengenai pelaksanaan hudud). Maka mari kita ikut nasihat Mahathir untuk bersatu menentang penjajahan - iaitu dengan menyokong parti yang berjuang menegakkan Islam bersandarkan Quran dan Sunnah dan nyahkan selama-lamanya apa jua pemerintahan penjajah (penjajah berkulit dan cakap Melayu).

Mengenai isu memaki dan mencarut yang diputar-belitkan oleh media terkongkong dan diutarakan oleh "ruzish" dibawah, perhatikan Firman Allah dalam Surah An-Nisa':148, "Sesungguhnya Allah tidak menyukai perkataan buruk (memaki, mencarut, menengking, sebagainya) yang keluar dari mulut seseorang terhadap orang lain melainkan daripada orang yang dizalimi (dan terhadap orang yang zalim). Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Allah menyebut perkataan zalim didalam Al-Quran sebanyak 212 kali dengan makna dan situasi berbeza. Maka sahlah Allah membenarkan kita mencarut sebagaimana Tuan Guru Nik Aziz jelaskan lebih-lebih lagi syarat yang Allah beri telah ada sekarang.

Cara nak balik kepangkal jalan ialah "Islam is the way of life" dan jangan termakan dengan dakyah musuh Islam bahwa politik suku, ekonomi suku, hukum suku, Islam hanya solat, zakat dan puasa, yang lain tak boleh sebab masyarakat majmuk................. Tiada yang lebih tinggi dari Islam dan Islam MESTILAH memerintah dan bukan diperintah.

Allahuakbar.