Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda KeADILan

Tindakan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang yang melahirkan rasa tidak puas hati beliau terhadap kemasukan bekas ahli DAP ke dalam KeADILan, tanpa melalui saluran Majlis Pimpinan Barisan Alternatif, amat mengecewakan saya.  Pimpinan tertinggi KeADILan juga tidak sewajarnya menolak kemasukan bekas ahli mana-mana parti politik ke dalam keADILan.

Tindakan kedua-dua pihak ini jelas bercanggah dengan amalan demokrasi yang mereka laung-laungkan.  Apatah lagi, hak untuk menyertai mana-mana pertubuhan atau parti politik adalah hak semua warganegara Malaysia yang termaktub di bawah Fasal 10 Perlembagaan Persekutuan.

Larangan terhadap bekas ahli sesebuah parti yang menganggotai Barisan Alternatif daripada menyertai Parti lain dalam Barisan Alternatif adalah tidak demokratik dan merugikan Barisan Alternatif.  Ianya dipandang sebagai usaha menggalakkan ahli yang tidak bersetuju dengan kepimpinan parti yang mereka sertai untuk keluar parti dan menyertai Barisan Nasional.  Ramai lagi ahli dan pemimpin yang berkualiti akan terus terkorban jika dasar ini diteruskan.

Sehubungan dengan itu, saya mendesak agar Majlis Pimpinan Barisan Alternatif segera mengadakan mesyuarat khas bagi menggugurkan sebarang peraturan atau persefahaman yang jelas bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Hamdan Taha Naib 
Ketua Pemuda KeADILan Malaysia 
012 6507895